Pada kali ini, kami akan memberikan info tentang keburukan Long TV yang perlu anda tahu sebelum membuat keputusan untuk membeli atau menggunakan peranti ini. Teknologi Long TV sudah tidak asing lagi dalam kehidupan masyarakat kita. Inovasi paling terkini dan tercanggih membolehkan anda untuk menikmati apa sahaja tayangan cerita, filem, berita, atau drama tanpa sempadan negara. 

Apa itu Long TV?

Jika anda pernah mendengar tentang Android TV Box pasti anda juga tidak terkecuali untuk tahu tentang Long TV. Apa yang membezakannya adalah Long TV telah mendapat Sijil Kelulusan dari SIRIM dan MCMC. Long TV adalah sebuah perangkat berbentuk kotak yang dikuasakan oleh sistem operasi Android sebagai platform yang berfungsi selayaknya seperti Smart TV build-in Android. Namun begitu, setiap teknologi yang memberi manfaat pasti ada keburukannya yang tersendiri. 

keburukan long tv

1. Isu lagging

Masalah utama yang sering kali menjadi isu dalam menggunakan Long TV sudah tentu pada “buffering”, “loading”, dan “no internet connection”. Ini risiko yang perlu di hadapi oleh semua pengguna dalam menggunakan peranti output seperti ini. Walaupun kadar internet yang diperlukan dalam menghidupkan peranti tersebut hanya 4mbps untuk streaming live TV dan movie tetapi anda perlu faham yang Long TV menyokong kualiti video sehingga 4K/UHD (2160p). Video seperti ini kebiasaannya memerlukan kadar kelajuan internet tinggi sekitar 15mbps atau lebih. Jadi, tidak hairan jika anda terus sahaja bergelut dengan isu-isu lagging yang tidak berkesudahan kerana sumber masalahnya adalah pada sambungan internet yang disalurkan kepada Long TV. 

Lagi banyak peranti yang disambungkan dengan internet, lagi tinggi lebar jalur yang diperlukan. Maknanya, anda perlu bijak dalam merancang ekosistem rangkaian dan internet di rumah. Sekiranya anda mahu mengalirkan kandungan video-video 4K dan dalam masa yang sama mempunyai pelbagai peranti yang menyambung pada rangkaian tersebut secara serentak, adalah lebih baik untuk melabur dalam kelajuan internet seperti 200mbps. 

Ramai pengguna yang menggunakan Long TV mengadu tentang pengalaman mereka menonton rancangan siaran langsung di LemLive. Siaran sukan contohnya, sangat memberi pangalaman buruk kepada penonton kerana konsistensi “delay” sangatlah teruk. Manakala bagi siaran-siaran langsung yang lain wajib anda akan berdepan dengan “delay” 1 hingga 3 minit dari durasi asalnya.

2. Sukar untuk menaip

Internet Movie Box yang disambungkan kepada televisyen anda melalui kabel HDMI bertindak untuk mengaktifkan peranti ini. Masalah yang bakal anda hadapi adalah pada ruangan “search” nanti, yang mana anda perlu menggunakan sebuah peranti atau medium lain untuk menambah keselesaan semasa menaip seperti keyboard. Berbeza dengan Smart TV yang kebanyakkannya menyediakan fungsi “touch screen” untuk memudahkan anda. 

3. Semakin tinggi penggunaan elektrik

Untuk menghidupkan televisyen dan internet, anda memerlukan sambungan elektrik. Penggunaan elektrik akan berganda jika anda turut menggunakan peranti-peranti tambahan yang lain sebagai peranti sokongan agar Long TV berfungsi dengan baik. Contohnya seperti keyboard, speaker, game controller, dan sebagainya. 

Kenyataan ini tidak berdiri sendiri kerana ia disokong oleh dapatan kajian terhadap golongan belia di Malaysia di tahun 2012. Dapatan menunjukkan belia menghabiskan kira-kira 32.6 jam setiap hari melakukan aktiviti yang berkaitan media sama ada meenonton televisyen, melayari internet dan sebagainya. Peningkatan penggunaan ini semakin meningkat pada setiap tahun dan automatik menyumbang pula pada bil-bil elektrik anda. 

4. Tiada update

Bagi yang membeli Long TV versi local , anda tidak akan mendapatkan kemas kini terbaru untuk menaik taraf server anda. Namun, dari segi harga ia agak murah berbanding versi Long TV yang dijual di pasaran. 

5. Hanya boleh tonton di TV

Anda tidak boleh memindahkan apa yang anda tonton di Long TV ke dalam peranti-peranti lain selain televisyen yang mempunyai sambungan internet yang kuat. Sejujurnya, keadaan seperti ini tidak fleksibal kepada pengguna yang mempunyai masa terhad di rumah atau mereka yang banyak menghabiskan masa dengan gadget, laptop dan peranti-peranti mini yang lain.

Contoh mudah, anda boleh menonton Youtube di smartphone sambil baring dan makan keropok, lalu mengapa perlu duduk di hadapan televisyen yang besar itu. Teknologi yang mementingkan fleksibiliti memang sangat penting untuk memudahkan urusan manusia pada hari ini. Hanya kemajuan operasi sahaja, ia tidak mampu memberikan kepuasan yang maksimum kepada cara hidup anda. 

6. Masalah server

Siaran Long TV khususnya siaran langsung, sering kali berhadapan dengan masalah server low atau non-respond. Waktu di antara pukul 8 hingga 12 tengah malam, biasanya anda akan berhadapan dengan masalah ini. Hal ini disebabkan, pada ketika itu ramai pengguna menonton rancangan siaran langsung yang sama. Untuk masalah server, tidak anda solusi yang boleh anda lakukan melainkan pihak Long TV menaik taraf sistem operasinya sendiri. 

7. Sukar mencari yang berkualiti

Lambakan model Long TV dan agen-agen yang menjualnya menjadikan pembeli keliru dalam mencari yang benar-benar berkualiti. Yang ini kata bagus, yang itu kata bagus, pening kepala dibuatnya. Sudahlah mahal harganya, kemudian terbeli yang palsu pula, makin bertambah-tambah kerugian anda. 

8. Harga yang terlalu mahal

Dengan harga RM 399 anda akan mendapatkan sebuah set Long TV untuk anda menonton hanya di rumah. Apa pendapat anda? Berbaloi atau tidak? Bagi anda yang tiada masalah kewangan atau mahukan pengalaman menggunakan Long TV, rasanya ia tidak menjadi masalah langsung bagi anda. Tetapi bagaimana pula dengan pembeli-pembeli biasa yang kewangannya ala-kadar tetapi mempunyai perspektif yang tinggi terhadap Long TV dalam mengantikan Astro semata-mata untuk mengurangkan bayaran bulanan mereka?

9. Ekosistem TV yang baru

Teknologi baru mesti mempunyai ekosistem yang baru. Yang mana anda sebagai pengguna terpaksa dan terdesak untuk balajar dan masuk dalam komuniti sistem mereka. Platform tonton biasa seperti Astro, anda hanya perlu tekan “on” maka terpaparlah semua rancangan. Berbeza dengan Long TV, ia menyediakan rancangan-rancangan secara langsung yang boleh ditonton dalam LemLive, manakala untuk capture movie anda boleh ke LemMovie. Dari segi display screen, ia sudah berbeza apatah lagi sistem operasinya. Long TV menggunakan pemproses dari HiSilicon sebagai platfom hub hiburan di rumah. 

10. Isu alih bahasa

Tidak dinafikan Long TV mempunyai siaran televisyen antarabangsa seperti Korea, Taiwan, Thailand, Indonesia, United Kingdom, dan bermacam-macam lagi. Namun, dari segi kemampuan alih bahasa, ia tidak mampu mencapai tahap yang memuaskan terutamanya bagi pengguna golongan tua yang tidak celik IT. Mungkin golongan muda boleh mencari alternatif lain untuk mengaktifkan alih bahasa atau berpura-pura memahami dengan melihat illustrasinya sahaja, tetapi ia bukanlah solusi yang terbaik. Isu alih bahasa masih perlu dibaiki kerana amatlah rugi jika siaran banyak meliputi seluruh dunia tetapi yang mampu di tonton cumalah siaran-siaran dalam Malaysia sahaja.

11. Claim 4K

Resolution yang dipaparkan kebanyakkan tidak seperti yang digambarkan mempunyai 4K. Kemampuan Long TV dalam menyokong video yang mempunyai resolution 4K ditambah kelajuan internet yang pantas dan kuat, masih tidak mampu memberikan anda pengalaman menonton rancangan-rancangan TV dalam 4K kerana ia tidak menyediakannya.

12. Sampai bila boleh beroperasi?

Sijil perakauan dari SIRIM dan MCMC yang diberikan kepada Long TV hanyalah untuk kebenaran membabitkan pematuhan modul WiFi dan Bluetooth mengikut standard teknikal yang dikuatkuasakan di Malaysia. Ia bukanlah kebenaran dan kelulusan memuat turun aplikasi atau menstrim sebarang kandungan yang dilindungi hakciptanya untuk digunakan secara haram. Jenayah cetak rompak berkonsepkan kotak TV Android ini telah berlaku pada tahun lalu.

Berkemungkinan besar tidak mustahil akan datang, peranti-peranti seperti ini akan di tarik semula operasinya di Malaysia walaupun ia mempunyai sijil perakauan yang sah.

Ini adalah antara kelemahan dan keburukan Long TV yang ketara.

13. Channel yang tidak konsisten

Ada kalanya anda boleh melihat Channel ABC, tetapi ada kalanya juga anda tidak boleh melihatnya. Anda pasti tertanya-tanya mengapa? Untuk pengetahuan anda, siaran di Long TV tidak konsisten. Ini bermakna, anda tiada jaminan untuk memiliki siaran tersebut secara tetap. Ia boleh dihapuskan dengan serta merta tanpa notis atau pemberitahuan yang selayaknya kepada anda. 

Long TV penganti atau alternatif

Bagi kami, masalah pada Long TV memang sangat memberi kesan kepada mood menonton seseorang. Anda menonton pasti untuk mencari keseronokkan dan merehatkan minda setelah seharian penat di luar, tetapi mood anda bertambah teruk jika terpaksa mencari solusi kepada kualiti video yang tersekat-sekat itu. Sebagai alternatif, anda boleh mencuba Android TV dan boleh dapatkan info lanjut di SINI.

Adakah Long TV penganti kepada platform yang sedia ada atau alternatif sahaja? Bagi kami, peranti ini masih jauh untuk diklasifikasikan kepada penganti tetapi boleh sekiranya anda mahu menjadikan ia sebagai medium alternatif kepada pengguna yang mempunyai bajet rendah. 

Tidak dinafikan, teknologi memang sangat membantu dan memudahkan urusan seharian manusia tetapi ada kalanya teknologi juga tidak ketinggalan dalam mendesak manusia mengikuti langkahnya. Diharapkan artikel tentang keburukan Long TV ini dapat memberikan anda sedikit pencerahan yang terbaik dalam anda membuat pilihan. 

Related Posts

One thought on “13 Keburukan Long TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *