Ada Ke Cara Check Balance Tune Talk ?

Macam mana nak check balance Tune Talk? Pada kali ini, kami akan berikan 2 cara simple sahaja, macam mana nak periksa baki ataupun balance dalam akaun Tune Talk anda. Penting sebenarnya nak tahu baki dalam akaun, anda boleh terus melanggan pelan yang sedia ada ataupun perlu untuk tambah nilai (baca top up) akaun anda.

Juga beberapa tips yang anda perlu tahu dan juga review pelan panas daripada Tune Talk. Artikel ini akan sedikit sebanyak memberikan panduan dan gambaran kepada anda untuk periksa baki, tambah nilai dan juga melanggan pelan data daripada syarikat telekomunikasi Tune Talk. 

Sebelum ini saya pakai line postpaid dan apabila bertukar ke Tune Talk, ianya menjadi jauh lebih mudah dan murah. Lebih penting daripada itu adalah lebih fleksible.

Applikasi Tune Talk

Cara yang paling mudah untuk anda periksa baki akaun anda adalah dengan menggunakan applikasi Tune Talk. Tidak terhad kepada baki dalam akaun, anda pun boleh melanggan data, menambah nilai, dapatkan bonus berharga terhad seperti claim KFC Snack Plate apabila melanggan Bebas 55 dan sebagainya (ini terhad untuk tempoh masa tertentu). Semuanya boleh dilakukan dalam applikasi Tune Talk.

Buat carian dalam apple app store ataupun google play store.

Sekarang ini memang ke arah penggunaan applikasi. Bagi saya penggunaan applikasi adalah lebih memudahkan kerana seperti yang saya nyatakan di atas, semuanya boleh dilakukan dalam applikasi. 

Pendaftaran baru untuk syarikat ini sama ada anda nak no baru ataupun port out dari syarikat telekomunikasi anda sekarnag ke syarikat Tune Talk pun semuanya boleh dilakukan secara online sahaja.

Bagi pengguna Halo Telco pun ada boleh menggunakan applikasi Tune Talk ini walaupun pengguna Halo Telco mempunyai applikasi sendiri iaitu Halogo Lifestyle. Kalau anda tak pasti anda merupakan pengguna applikasi yang mana, tiada masalah kerana anda boleh sahaja terus menggunakan applikasi Tune Talk ini untuk memudahkan kerja-kerja seharian anda. 

Nak Beli Simkad Tune Talk Di Mana

Penting untuk anda tahu di mana anda nak beli dan dapatkan simkad Tune Talk ini. Walaupun tiada kaitan dengan isi utama artikel pada kali ini iaitu cara check balance Tune Talk, akan tetapi perkara ini adalah sangat penting.

Untuk membeli ataupun mendapatkan sendiri simkad Tune Talk, anda boleh terus membeli di kedai Shopee kami. Simkad yang kami jual adalah pada harga diskaun. Iaitu pada harga subsini dan pembelian yang agak terhad. Nak tahu berapa harga kami jual simkad ini di Shopee? Kalau tak nak tahu tak perlu nak tekan butang di bawah ini.

Sekarang kan zaman teknologi, kalau anda nak dapatkan simkad, nak kena pergi ke kedai lagi, google lagi di mana kedai simkad tune talk terdekat. Kalau beli di Shopee ini lebih mudah dan cepat, buat je pembelian, terus sampai ke rumah. Kalau tak ada akaun bank pun tak mengapa, anda boleh buat pembayaran melalui cash iaitu cash on delivery (COD) ataupun satu lagi pembayaran adalah melalui cash payment at convenient store (7 Eleven ataupun KK Mart).

Boleh tengok review di kedai Shopee saya untuk dapatkan info lanjut berkenaan dengan simkad ini di pasaran.

Pelan Yang Ada Di Tune Talk

Tune Talk dan Halo Telco melalui pelan revolusi terbaru pelan Jimat menawarkan banyak pilihan pelan yang bagus-bagun untuk anda langgan. Bermula dengan pelan yang berharga RM15, kepada yang berharga RM20 sehingga kepada pelan Bebas 55. Review berkenaan dengan pelan Bebas 55 ni pula, anda boleh tengok dalam video di bawah ini.

Untuk membeli pelan ini, anda boleh beli sahaja di kedai Shopee kami di link atas. Kalau nak tahu lebih detail berkenaa dengan pilihan pelan yang ada, boleh baca lebih lanjut di SINI.

Kalau saya review sekali lagi berkenaan dengan pelan yang ada, artikel akan jadi terlalu panjang dan hilang fokus. Sekali lagi, fokus artikel pada kali ini adalah berkenaan dengan cara check balance Tune Talk.

Cara Kedua – *111# ataupun *133#

Cara kedua ini mudah sahaja, dan ianya lebih memfokuskan kepada meraka yang tak berapa pandai nak gunakan applikasi dan lebih gemar menggunkan cara lama. Nak gunakan cara ini boleh tak ada masalah, cuma dalam masa terdekat ini, perlu untuk perlahan-lahan beralih ke penggunaan applikasi.

Ataupun boleh tengok dalam video di bawah ini.

Bukan setakat syarikat Tune Talk sahaja, kesemua pengendali syarikat telekomunikasi sekarang ini sudah mula dan perlahan-lahan beralih kepada penggunaan applikasi. Mereka masih mengekalkan cara lama, ya betul dan pada masa yang sama, mereka juga memberikan fokus yang serious kepada pembangunan applikasi.

  • *111# – ini lebih kepada menu utama. Tak terhad kepada periksa baki akaun, anda pun boleh tambah nilai dan melanggan data dalam menu ini. Untuk melanggan data, anda perlu untuk terlebih dahulu, membeli 16 digit pin di kedai seperti 7Eleven dan kemudian masukkan satu persatu dalam menu ini. Lebih menarik, anda pun boleh tambah nilai cara ini di applikasi Tune Talk.
  • *133# – cara ini membolehkan anda untuk terus lihat baki dalam akaun, tempoh had tamat, status akaun, langganan pelan dan lain-lain. Ianya menarik dan terus tuju kepada info berapa dalam baki akaun anda.
  • Ini fokus kepada periksa balance dalam akaun Tune Talk. Ada banyak lagi sebenarnya code lain yang anda perlu tahu dan anda boleh dapatkan info lanjut di SINI.

Port Out Dari Telco Anda Ke Tune Talk – Simple Je

Selain daripada check balance Tune Talk ataupun baki dalam akaun anda, dengan hanya menggunakan applikasi yang saya nyatakan di atas, anda boleh transfer daripada Telco anda yang ada sekarang kepada Tune Talk. Proses pertukaran ini tidaklah terlalu sukar dan semuanya boleh dilakukan dalam applikasi sahaja.

Sampai sini sahaja artikel ini dan harap anda dah boleh semak baki akaun anda dengan cepat dan mudah.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *