Cara Mengerjakan Umrah Untuk Wanita

Apa info terkini cara mengerjakan umrah untuk wanita terutama sekali dari segi panduan dan larangan bagi membantu melancarkan proses umrah. Bermula tahun 2022, sudah ada banyak kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan Arab Saudi terutama bagi mereka khususnya golongan wanita untuk mengerjakan umrah dan haji semestinya.

Dalam artikel ini, kami akan berikan beberapa info yang anda perlu tahu berkenaan dengan tips dan cara mengerjakan umrah bagi memudahkan anda. Nak travel solo tanpa mahram pun tiada masalah, boleh sahaja. Nakkan ada yang temankan pun lagi bagus, ada la kawan semasa lakukan proses umrah.

cara tunaikan umrah untuk wanita

Wanita Boleh Lakukan Umrah Tanpa Mahram

Jika sebelum ini, jika seseorang wanita nak lakukan umrah, memang wajib ada mahram, akan tetapi sekarngg tidak lagi.

JEDDAH: Wanita kini dibenarkan mengerjakan ibadah haji dan umrah tanpa penjaga lelaki atau mahram.

Pengumuman oleh Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Al-Rabiah itu sekali gus menamatkan kontroversi yang berlarutan sama ada mahram diperlukan untuk mengiringi jemaah wanita.

Sementara itu Penasihat Perkhidmatan Haji dan Umrah Arab Saudi, Ahmed Saleh Halabi berkata wanita yang menunaikan umrah atau haji tanpa mahram perlu ditemani bersama wanita atau pihak lain.

Halabi berkata keputusan ini sesuai dengan fatwa penyeliaan Alazhar AlSharif di Mesir, Abbas Shoman, Mac lalu.

Sebelum ini, Kementerian Haji dan Umrah Saudi mengumumkan membenarkan kaum wanita menunaikan umrah tanpa mahram pada Mac lalu. [sumber]

Apa yang pasti, perjalanan untuk seorang wanita melakukan umrah akan menjadi jauh lebih mudah sebelum ini. Akan tetapi, anda masih perlu untuk mengikuti syarat-syarat lain dan perlu untuk ditemani oleh wanita yang lain.

Sesi Perjalanan Umrah

Sesi perjalanan umrah ini saya tak nak sentuh banyak kerana saya pasti, anda yang nak ke sana nanti pasti tahu serba sedikit berkenaan dengan perjalanan ke sana. Bagi saya, nak lakukan umrah tak salahpun nak ambil kursus khas, tapi kalau tak ambil kursus dan belajar “on the spot” dengan mutawif di sana pun tiada masalah. Boleh tengok gambar di bawah.

rukun umrah

Niat ihram kemudian tawaf, saie, bercukur bagi lelaki dan tertib ikut peraturan. 

Nak tahu berkenaan dengan tips dan strategi perjalan umrah DIY dan sedikit panduan kepada anda untuk mengerjakan umrah, boleh tengok dalam panduan di bawah ini.

Nak Buat DIY Atau Nak Melalui Agensi?

Anda nak buat Umrah DIY ataupun nak lakukan umrah melalui agensi? 

Saya tahu memang ada isu bila lakukan umrah melalui agensi ini, sebab itu timbul idea untuk lakukan umrah secara sendiri ataupun Do It Yourself (DIY)

SUNGAI PETANI: Seorang pengarah urusan sebuah syarikat dipenjara 230 tahun selepas didapati bersalah di Mahkamah Majistret, di sini atas 23 pertuduhan berkaitan penipuan pakej umrah dan ziarah ke Mesir antara 2015 hingga 2016.

Majistret Arif Mohamad Shariff membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah ke atas tertuduh, Misbahalmunir Omar, 56.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun bagi setiap pertuduhan dan membenarkan semua hukuman dijalankan serentak bermula tarikh sabitan yang bermaksud tertuduh hanya perlu menjalani hukuman penjara selama 10 tahun. [sumber]

Lagi cerita jemaah umrah ditipu

SUNGAI PETANI: A managing director of a company was sentenced to 10 years in prison by the Magistrate’s Court here after he was found guilty of 23 counts of fraud related to umrah and Egypt tour package between 2015 and 2016.

Magistrate Arif Mohamad Shariff made the decision after finding that the prosecution had succeeded in proving the case beyond reasonable doubt against the accused Misbahalmunir Omar, 56.

The magistrate handed down a 10-year prison sentence for each charge, totalling 230 years, and allowed the sentences to run concurrently from the date of his arrest. [sumber]

Jadinya, kalau nak lakukan umrah melalui agensi, kena lebih berhati-hati dan pilih agensi yang berwibawa dan ternama. Boleh juga untuk dapatkan testimoni daripada mereka yang pernah ikut menggunakan umrah daripada pakej tertentu. Elakkan daripada memilih pakej umrah yang pelik ataupun tawaran harga yang jauh lebih murah berbanding dengan harga pasaran. Biar mahal sikit yang penting dipercayai.

Kos Laksana Umrah Makin Mahal?

Sekarang ini semua perkara makin mahal. Nak tunaikan umrah pun makin mahal disebabkan oleh faktor penginapan di Arab Saudi yang naik harga berkali ganda. Akibatnya, pengguna yang nak menunaikan umrah ini terpaksa menyerap harga dan menjadikan pakej ini naik harga berkali ganda.

Kuala Lumpur: Jemaah umrah negara ini berlapang dada dan akur dengan kenaikan mendadak harga pakej umrah kerana memahami situasi keadaan semasa ketika ini, selain pakej itu sudah ditempah awal.

Bakal jemaah umrah dari Shah Alam, Nurul Maizan Mohd Din, 47, berkata, harga pakej umrah ketika ini memang diakui jauh berbeza berbanding sebelum penularan Covid-19 lalu dan ketika ini juga permintaan menunaikan ibadah itu tinggi.

Menurutnya, dia akan berangkat ke Tanah Suci pada 1 Februari depan bersama dua anaknya dan sudah menempah pakej itu sejak Oktober tahun lalu.

“Ketika membuat tempahan pakej itu harga masih kekal dan saya dimaklumkan harga mungkin dinaikkan… mereka sahkan memang harga dinaikkan. Tambahan harga kira-kira 10 hingga 15 peratus di saat akhir.

“Saya tertanya juga mulanya kenapa berlaku kenaikan harga tetapi berlapang dada dan pihak agensi terangkan yang kos di sana meningkat atas faktor kadar hotel, penerbangan kurang, tetapi jemaah ramai dan visa,” katanya. [sumber]

Apabila kos naik harga atas sebab faktor yang bukan dalam kawalan kita, sabar sahajalah. Cubalah buat yang terbaik, mana tahu nanti Allah balas dengan balasan yanng lebih baik dan diganjari kalau tidak didunia, di akhirat sana.

Walaupun anda nak cuba dan dapatkan info lanjut berkenaan dengan Umrah DIY, mungkin anda boleh berjimat sedikit, akan tetapi faktor lain seperti kos penerbangan, VISA dan lain-lain adalah faktor yang diluar kawalan juga. Sekali lagi, tak salah nak tahu dan dapatkan ilmu berkenaan dengan Umrah DIY ini.

Kos berkenaan dengan umrah juga semakin naik, boleh cuba untuk tambah pendapatan dan berikut adalah beberapa idea untuk anda tambah pendapatan;

Rukun Umrah

1. Berihram

Memakai pakaian ihram. Bagi lelaki, memakai 2 lembar kain putih yang tidak berjahit.

Manakala bagi wanita pula pakaian ihram lebih bebas yang menutup seluruh tubuh, kecuali wajah dan telapak tangan.

Disunatkan memakai pakaian berwarna putih.

2. Tawaf

Mengelilingi kaabah 7 pusingan. Niat tawaf adalah “Aku berniat tawaf umrah di Kaabah ini tujuh pusingan kerana Allah Taala.”

3. Saie

Syarat sah saie ialah dilakukan selepas tawaf, dengan tujuan hendaklah semata-mata untuk saie.

Bermula dari bukit Safa dan tamat di bukit Marwah, sempurna bilangan 7 kali dari kaki bukit ke kaki bukit.

Perjalanan tidak boleh terputus, seperti melencong keluar melalui satu pintu dan masuk semula dengan pintu lain.

4. Tahallul

Mencukur atau menggunting sebahagian rambut di kepala selepas selesai saie bagi menandakan telah selesai mengerjakan umrah.

Memotong rambut sekurang-kurangnya 3 helai.

Adalah afdhal bagi lelaki untuk bercukur.

Bagi yang tiada rambut di kepala, memadai melalukan pisau di kulit kepala.

Bagi wanita, boleh memotong mana-mana bahagian rambut asalkan tidak kurang dari 3 helai.

5. Tertib

Setiap rukun yang dilakukan mesti mengikut turutan dengan tertib.

Umrah Ni Mudah Je

Umrah bagi saya yang pernah mengerjakan pada tahun 2011 dahulu, ya memang mudah dan tak susah. Nak lakukan ibadat ini pun syarat tak terlalu banyak dan anda boleh sahaja belajar ketika di Mekah dan Madinah nanti. 

Pandangan Peribadi Saya

Sedikit pandangan peribadi saya berkenaan dengan cara mengerjakan umrah untuk wanita sama ada nak buat stail DIY ataupun nak gunakan agensi?

Jika anda nak lakukan umrah untuk kali pertama, saya lebih sarankan untuk melalui agensi yang berwibawa dan disahkan. Ianya lebih mudah melalui agensi kerana tempat tinggal, pengangkutan, pakaian semua sudah disahkan. Tapi tak salahpun kalau anda cuba dapatkan info dan ilmu serta pengalaman daripada panduan umrah DIY, tempat-tempat menarik dan lain-lain.

Jika anda pernah lakukan umrah, untuk kali kedua dan sudah tahu tempat, baru saya rekemen buat stail DIY ini. Ianya akan lebih mudah kerana anda sudah ada dan tahu gambaran awal berkenaan dengan suasana di sana.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *