7 Sebab Kenapa Perlu Ambil Takaful?

Kenapa perlu ambil takaful? Pada kali ini, kami nak berikan informasi kepada anda untuk memberikan penjelasan berkenaan dengan topik takaful. Ianya merupakan topik yang sering menjadi kontroversi. Apapun, harapnya, pada akhir artikel nanti anda akan mendapat manfaat daripada Takaful ini.

Apa Itu Takaful?

Takaful di takrifkan sebagai insuran Islam yang menjadi alternatif kepada insurans konvensional biasa yang mengandungi unsur-unsur riba, gharar dan perjudian. Konsep ini dapat di lihat melalui proses persetujuan kumpulan peserta yang saling bersetuju untuk menjamin antara satu sama lain apabila sesiapa sahaja dari kalangan mereka berdepan dengan risiko kehilangan, kemusnahan harta benda atau apa-apa musibah yang melanda.

Ibaratnya seperi sebuah perisai yang melindungi dan membela nasib seseorang dari kemudaratan ke atas diri dan keluarganya. 

kenapa perlu ambil takaful

Rakyat Malaysia Terlalu Septikal Dengan Perkataan “Insurans”

Maklumat rasmi yang di keluarkan oleh Takaful Ikhlas pada tahun 2016 menyatakan bahawa industri ini di Malaysia masih di tahap yang sangat rendah sekitar 13 peratus sahaja berbanding insuran konvensional yang telah mencecah 40 peratus. Manakala pada tahun 2019, statistik menunjukkan sedikit peningkatan pada skim keluarga berbanding am. 

Mengapa situasi ini boleh terjadi sedangkan anda tahu yang kemalangan dan keselamatan tidak boleh di ramal pada masa akan datang? Malang tidak berbau. Stigma yang bermain di minda rakyat Malaysia masih tidak mampu di baca oleh semua orang tetapi yang pasti setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza. Artikel pada kali ini akan menyenaraikan 7 sebab kenapa perlu ambil takaful dalam kehidupan seharian.

1. Melindungi Diri dan Keluarga

Anda tidak akan selalu bersama keluarga. Kudrat dan tanggungjawab yang di miliki akan di peruntukkan untuk mencari nafkah dan meneruskan kerjaya di luar. Jadi apa yang anda boleh tinggalkan kepada mereka untuk memastikan keselamatan mereka sentiasa terjaga?

Dua jenis bentuk skim ini terbahagi kepada keluarga dan am. Skim keluarga bertujuan melindungi diri dari kemalangan dan kematian di masa hadapan. Boleh juga menjadi medium kepada anda untuk membuat simpanan yang mana jika di teliti ganjaran perolehan di akhir tempoh matang itu sangat berbaloi. 

Skim am pula akan meliputi semua aspek perlindungan insurans seperti kemalangan, kerosakan dan kehilangan harta benda kecuali insurans nyawa. 

2. Bebas Dari Unsur Haram

Insurans konvensional mempunyai unsur-unsur riba, gharar (ketidaktentuan) dan maisir (perjudian). Hal ini telah di putuskan oleh Majlis Kebangsaan 1972. Lima aspek penting lain yang di temui dalam sistem ini juga turut memainkan peranan dalam memberi pandangan yang terperinci dalam aspek Islam. Antaranya seperti:

  • Persepakatan peserta untuk kebaikan bersama.
  • Ada peserta menyumbang untuk menolong peserta yang memerlukan bantuan.
  • Ada unsur tabarru’ (derma) yang bertujuan untuk membahagikan kerugian dan mengagihkan liabiliti melalui sistem tabungan komuniti.
  • Elemen ketidaktentuan tidak wujud terutamanya yang berkaitan dengan langganan dan pampasan.
  • Skim ini tidak bermaksud untuk meraih kesempatan atas kos yang terpaksa di tanggung oleh individu atau peserta lain.

Keistimewaan skim ini turut di perakui di badan undang-undang negara kerana ia terikat di bawah Akta Takaful 1984 yang mempunyai 68 seksyen dan terbahagi kepada 4 bahagian. Salah satunya mewajibkan pihak pengendali untuk menubuhkan Jawatankuasa Pengawasan Syariah untuk menasihat pihak syarikat supaya operasi dan pengendaliannya tidak bertentangan dengan syariah.

Statusnya yang patuh syariah itu adalah antara sebab kuat kenapa perlu ambil Takaful.

3. Alternatif Kepada SOCSO 

Social Security Organization (SOCSO) atau nama lain Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di wajibkan bagi setiap pekerja yang bekerja di Malaysia. Walaupun SOCSO mempunyai pelbagai kelebihan dari skim yang di tawarkan seperti Skim Bencana Pekerja dan Skim Keilatan tetapi ia terikat kepada pekerja semata. 

Sebaliknya bagi sistem Halal pula, mampu memberikan perlindungan 24 jam sehingga anda capai pada umur persaraan. Setiap individu akan mempunyai jumlah perlindungan yang berbeza-beza mengikut konsep “trailor-made” dan perbezaan tidak dipengaruhi pada jenis-jenis pekerjaan sama ada kerajaan atau swasta. 

4. Alternatif Kepada KWSP  

Perbezaan pada konsep, di mana takaful membawa konsep simpan dan perlindungan manakala KWSP hanya simpanan. Kenyataan ini sahaja sudah menunjukkan dengan jelas bahawa kedua-duanya mempunyai keutamaan dalam menjaga kebajikan individu. Walau bagaimana pun, kredit lebih di berikan kepada skim patuh syariah ini yang mementingkan kedua-dua belah aspek dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada anda.

Simpanan membantu meringankan anda dalam bentuk kewangan ketika dalam masa-masa yang sulit. Tetapi simpanan tanpa perlindungan tidak mampu menjamin apa-apa pergantungan dan pembelaan ketika anda menghadapi situasi yang lebih teruk. 

Boleh baca juga artikel berkaitan dengan Hibah Takaful di SINI.

5. Pelaburan Yang Selamat, Terjamin dan Berpatutan

Jenis-jenis pelan dalam pelaburan:

Pelan Caruman TunggalPelan Caruman Berkala
Bayaran premium tunggal secara sekali gus.Bayaran caruman dibuat secara bulanan, suku tahunan, separuh tahunan atau tahunan. 
Jumlah perlindungan biasanya adalah peratusan daripada caruman tunggal. Jumlah perlindungan biasanya adalah gandaan caruman tahunan.
Bayaran manfaat adalah jumlah perlindungan dan nilai unit berkaitan pelaburan. Bayaran manfaat adalah jumlah perlindungan dan nilai unit berkaitan pelaburan.

Bukan itu sahaja, terdapat keistimewaan lain yang menaiktarafkan lagi sistem ini ke tahap yang lebih tinggi di mana:

  • Kelonggaran diberi untuk memilih sebarang skim perlindungan dan pelaburan.
  • Fleksibal dalam mengubah jumlah caruman mengikut perubahan kedudukan kewangan diri.
  • Fleksibal dalam menukar dana pelaburan sedia ada kepada dana pelaburan lain.
  • Penebusan sebahagian dari unit pelaburan boleh di lakukan pada bila-bila masa.
  • Bebas dalam memilih dan melabur dalam pelbagai jenis dana pelaburan. 

6. Menjamin Masa Depan Anak-anak

Sebagai satu skim perlindungan yang patuh syariah seperti ini, ia tidak menyokong dalam satu kelompok yang kecil sahaja. Perlindungan yang komprehensif meliputi kesihatan, dana jangka panjang, kediaman, keluarga serta pendidikan anak-anak. Ibu bapa adalah individu yang menjadi nakhoda dan bertanggungjawab untuk memastikan keperluan anak-anak sentiasa di beri keutamaan. 

Sekali lagi alternatif ini boleh meringankan tugas anda sebagai ibu dan bapa dalam merancangan kewangan masa depan anak-anak. Contohnya seperti, tabungan untuk melanjutkan pengajian di peringkat paling tinggi dan insentif di peringkat rendah dan menengah.  

7.  Penenang dan Ketenteraman Jiwa

Situasi yang melanda dunia pada masa ini sedikit sebanyak memberikan tekanan kepada semua rakyat Malaysia terutamanya yang bekerja. Norma baharu yang mendesak pekerja untuk melaksanakan kerja dari rumah mungkin barangkali mengurangkan kemalangan di tempat kerja tetapi sebaliknya menganggu kesihatan mental mereka. 

Tambahan pula, kes-kes dibuang kerja semakin kerap berlaku malah bukan sahaja melibatkan sektor industri kecil tetapi juga sektor besar yang dulu menjadi tunggang kepada ekonomi negara. Contohnya seperti industri penerbangan, perlancongan, pembuatan dan perkilangan.

Dengan memiliki skim perlindungan diri dan keluarga ini, sedikit sebanyak mampu mengurangkan tekanan kepada pekerja yang bergantung harap 100 peratus kepada gaji yang di terima dari syarikat. 

Keharmonian Diri dan Keluarga Di Tangan Anda

Di harap artikel pada kali ini boleh memberi sedikit sebanyak informasi kepada anda dan secara tidak langsung mengukuhkan lagi gambaran tentang kepentingan takaful dalam kehidupan. Membiarkan sahaja nasib pada masa akan datang tanpa melakukan apa-apa cara untuk melindungi diri dan orang tersayang bukanlah satu keputusan yang bijak.

Kasih sayang tidak di ukur dengan kebendaan dan kesenangan semata-mata melainkan seberapa teguh anda menjaga kebajikan ahli keluarga dengan memastikan mereka dapat hidup dengan tenang dan harmoni.

Pada hari ini terdapat banyak sumber yang boleh anda jadikan sebagai badan atau syarikat-syarikat yang menyediakan khidmat patuh syariah ini antaranya seperti:

  • AIA AFG Takaful Bhd
  • AmFamily Takaful Berhad
  • CIMB Aviva Takaful Berhad
  • Etiqa Takaful Berhad
  • Great Eastern Takaful Sdn Bhd
  • Hong Leong MSIG Takaful Berhad
  • HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn Bhd
  • ING PUBLIC Takaful Ehsan Berhad
  • Prudential BSN Takaful Berhad
  • Syarikat Takaful Malaysia Berhad
  • Takaful Ikhlas Sdn. Bhd.
  • MAA Takaful Berhad.

Berikut adalah antara beberapa syarikat takaful lain yang ada di Malaysia. Boleh dapatkan info lanjut di SINI.

Islam khususnya mewajibkan umatnya untuk berusaha mencari sesuatu yang Halal dalam semua perkara. Sehubungan dengan itu, menjadi kewajipan kepada anda untuk meninggalkan produk-produk haram atau mengandungi unsur-unsur syubhah. Boleh baca perbezaan ketara antara Insurans dan Takaful dalam artikel di SINI.

Konklusinya, alternatif ini bukan menjadi kemahuan lagi kepada anda sebaliknya keperluan dalam kehidupan untuk mengurangkan risiko yang tidak terduga pada masa akan datang.

Harapnya, artikel kenapa anda perlu ambil takaful ini memberikan pencerahan akan pentingnya takaful kepada anda.

Jangan lupa untuk follow channel Telegram kami di atas untuk dapatkan update terkini berkaitan dengan kewangan dan tips pelaburan.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *