Maksud Trader – Beza Dengan Investor

Apakah maksud trader dan apakah perbezaan dengan seorang investor? Adakah anda merupakan seorang trader ataupun seorang investor. Stail dan strategi yang anda sedang gunakan akan menentukan kecenderungan anda sama ada anda seorang trader ataupun seorang investor.

Untuk anda yang masih baru berdagang dalam pasaran saham, boleh baca beberapa nota daripada kami berkenaan dengan pelaburan saham. Ada banyak info dalam blog smartinvest101 yang membicarakan tentang saham.

Tanpa mengira anda sebenarnya seorang trader ataupun investor, apa yang lebih penting adalah anda boleh mendapat keuntungan daripada pasaran saham. Apa sahaja strategi dan teknik pelaburan anda, asalkan anda dapat buat untung dalam pelaburan saham, itu sudah memadai. Apapun, kita akan bincangkan dengan lebih detail berkenaan dengan perbezaan andara seorang trader ataupun investor.

maksud trader

Teknik Pelaburan

Sebelum saya nak cerita berkenaan tentang teknik pelaburan, adalah lebih baik untuk anda tahu berkenaan dengan analisa pelaburan yang lebih komprehensif untuk jangka masa panjang. Sama ada anda seorang trader, investor ataupun lain-lain, analisa menggunakan trading software adalah wajib. Memiliki akaun tradingview adalah antara trading platofrm yang sangat berbaloi untuk anda sendiri cuba. Saya paling rekemen tradingview berbanding dengan platform lain. 

Boleh claim 30 day tradingview free trial di link bawah.

Pendekatan pelaburan menggunakan teknikal analisis adalah antara perkara penting yang anda perlu tahu. Ada banyak cara dan strategi teknikal analisis yang anda perlu tahu dan dalam artikel ini, kami akan rekemen beberapa video teknikal analisis yang baik untuk anda dapatkan info dengan lebih lanjut.

Bagi pelabur (baca : investor), teori mereka ialah nilai syarikat bergerak seiring dengan harga sahamnya. Teknik ini agak sinonim dengan strategi yang digunapakai oleh pelabur lagenda Warren Buffet

Apabila nilai syarikat meningkat hasil dari perkembangan bisnes, ia akan menyebabkan semakin ramai pelabur menaruh keyakinan terhadap syarikat tersebut. Ini menyebabkan semakin ramai yang membeli saham syarikat dan inilah yang menyebabkan harga saham syarikat ikut meningkat secara seiringan. Memang betul la kan, ianya akan naik apabila ramai yang yakin dengan kedudukan dan strategi sesuatu syarikat.

Untuk mengenalpasti nilai syarikat, pelabur menggunakan analisis fundamental. Analisis fundamental ialah analisis yang memeriksa syarikat melalui 3 perspektif utama,

  • Asas fundamental syarikat
  • Prospek bisnes syarikat
  • Nilai intrinsik syarikat

Asas fundamental syarikat diperiksa untuk menentukan kestabilan syarikat tersebut dalam mazhab fundemantal analisis. Prospek bisnes syarikat pula dikaji untuk menilai kemungkinan pertumbuhan syarikat pada masa depan. Nilai intrinsik syarikat digunakan untuk menilai nilai sebenar syarikat dan dibandingkan dengan harga saham semasa. Apapun, saya rekemen bahan bacaan di bawah kalau anda nak tahu dengan lebih lanjut berkenaan dengan strategi nak pilih saham menggunakan teknikal analisis dan fundamental analisis.

Market Yang Sesuai Untuk Investor

Anda mungkin nak tahu apakah pasaran yang sesuai kalau anda nak gunakan strategi sebagai investor ataupun pelabur. Kebiasaannya, pelabur adalah mereka yang melabur dalam satu jangka masa yang panjang, boleh jadi sebulan, bertahun dan sebagainya. Anda pun boleh gunakan strategi sebagai trader dalam beberapa pasaran di bawah ini. 

Saham

Saham adalah antara pasaran yang paling asas. Cumanya, ianya adalah antara pasaran yang sangat bergantung kepada indeks KLCI. Kalau indeks KLCI dalam keadaan menaik, memang mudah sangat nak buat duit. Kalau dalam keadaan menurun, memang kena ikhtiar macam-macam cara untuk dapatkan keuntungan secara konsisten. Banyak saham berkualiti yang anda boleh beli dan anda boleh pegang saham tersebut untuk satu jangka masa yang agak lama.

CryptoCurrency

Bitcoin dan Etherium adalah antara kelas aset yang saya sangat rekemen untuk anda cuba pelajari dan dapatkan info lanjut. Pasaran Bitcoin bergerak 24/7 langsung tiada rehat dan anda memang boleh pegang kelas aset ini selama yang anda mahukan. Kalau anda ada di Malaysia, boleh gunakan Luno sebagai satu medium untuk menjual dan membeli pelbagai kelas aset ini.

Gold

Ya, anda boleh membeli emas dan menjual emas. Cuma setakat artikel ini ditulis, ada isu dengan Quantum Metal, jadi saya tak rekemen anda gunakan quantum metal untuk membeli dan menjual emas sampailah isu tersebut selesai. Nak tahu isu apa yang ada pada quantum metal, boleh baca artikel kami di SINI.

Nak beli ataupun nak jual emas, saya lebih rekemen anda menggunakan Wahed Invest. Boleh ikut step by step seperti di bawah ini bagi memudahkan anda beli emas tanpa ada caj yang pelik-pelik.

Market Yang Sesuai Untuk Trader

Trader ini sangat sinonim dengan short term ataupun janga masa singkat. Hari ni masuk, petang dah keluar ataupun harini ni masuk, esok dah keluar. Ianya tak salah yang penting boleh buat profit dan untung.

Berikut adalah antara beberapa aset kelas yang anda boleh cuba kalau anda nak tahu lebih lanjut berkenaan dengan trader.

FCPO

Saya paling rekemen aset kelas ini diantara semua. Sebagai pengenalan, Futures Crude Palm Oil (FCPO) adalah pasaran hadapan kelapa sawit. Ianya sangat volatile dan mempunyai volume yang tinggi. Nak tahu lebih lanjut berkenaan dengan FCPO boleh baca beberapa artikel saya berkenaan dengan FCPO di bawah ini.

FCPO adalah satu pelaburan yang patuh syariah di Malaysia dan anda boleh melabur tanpa was-was.

Forex

Ramai yang melabur dalam FCPO datang daripada Forex. Ianya satu pasaran yang bagus cuma ada isu syariah dalam forex yang anda perlu lebih berhati-hati. Ianya sangat sesuai untuk trader dan mempunyai volume trade yang sangat bagus. Boleh cuba trade Forex.

Apa Yang Lebih Penting Sebagai Trader Ataupun Investor

Betul apa yang lebih penting adalah kebolehan untuk mendapat keuntungan dalam pelaburan saham ataupun apa sahaja pelaburan yang ada di pasaran sama ada FCPO, Gold dan lain-lain. 

Cuma nak ingatkan yang, kalau anda kerap in dan out, keluar masuk dalam pasaran saham ataupun FCPO, ada kemungkinan anda lebih kerap untuk buat kesalahan. Bagi saya, berdasarkan pengalaman yang sedikit dalam strategi pelaburan ini, nak cari setup untuk entry ini agak susah dan perlukan kesabaran yang tinggi. Disebabkan oleh nak cari entry ini agak sukar, adalah lebih baik untuk cuba bertahan dalam setup entry tersebut.

Saya lebih rekemen untuk seserorang itu menggunakan strategi investor iaitu satu pelaburan jangka panjang. Cumanya, tak semua orang boleh bersabar dan menggunakan strategi jangka masa panjang ini. Strategi ini memang mengambil masa sedikit lama dan kadangkala memerlukan modal yang besar. Inilah maksud trader yang sebenar.

Ramai pelabur yang tak sabar nak tunggu dan menggunakan approach yang lebih cepat. Tak salahpun yang penting boleh dapatkan keuntungan dan tak rugi. Tak salahpun nak cuba cara ini. Dah tahu maksud trader dan beza antara trader dan investor? Harap artikel ini bagi info berguna pada anda.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *