Keburukan Kad Kredit CIMB Penting 2024

Kali ini kami cuba fokus berkenaan dengan keburukan kad kredit CIMB yang anda perlu tahu dan fahamkan. Sepertimana kad kredit Maybank, kad CIMB juga ada banyak kebaikan dan kekurangan yang anda perlu fahami dan dapatkan info lanjut.

Disiplin dalam penggunaan wang adalah sangat penting dalam anda nak gunakan kad kredit. Kalau anda tak ada disiplin yang kuat, adalah tak digalakkan untuk anda nak guna kad kredit ini. 

Dalam artikel ini juga, kami akan berikan beberapa alternatif selain daripada daripada kad kredit CIMB yang anda perlu tahu. 

keburukan kad kredit cimb

Apa Kebaikan Guna Kad Kredit CIMB

Saya ceritakan dahulu ada beberapa kebaikan kalau anda gunakan kad kredit CIMB ini. Kalau rasa berbaloi, boleh terus gunakan.

Setiap Perbelanjaan Akan Dapat Point

Point ataupun mata ganjaran ini anda akan dapat untuk setiap kali anda berbelanja. Lebih menarik, anda boleh gunakan point yang anda dapat ini untuk ditukar kepada barangan lain seperti smartphone, pembakar roti, blender dan lain-lain.

Pun tak mustahil untuk anda dapat voucher daripada shopping mall tertentu seperti AEON yang anda boleh gunakan untuk berbelanja di sana. Ianya bukan sekadar berbelanja sahaja dan anda boleh dapat banyak manfaat. Rugi kan kalau tak guna. Ianya tak terpakai untuk CIMB sahaja, kad kredit lain pun ada sediakan point seperti ini.

Rebat Sehingga 12% Banyak Betul

Berita baik terutama untuk mereka yang gunakan kad kredit CIMB. Bagi mereka yang sering mengisi minyak di PETRONAS, anda berpeluang mendapat rebat tunai sehingga 12% apabila menggunakan kad kredit CIMB PETRONAS Visa-i untuk membuat pembayaran di PETRONAS atau transaksi menggunakan applikasi Setel.

Tidak setakat itu dan lebih menarik, anda juga akan menerima rebat tunai sehingga 6% jika menggunakan kad kredit CIMB PETRONAS Visa Platinum-i ini untuk membeli barang runcit seperti di 7 Eleven ataupun di Speedmart. Banyak lagi manfaat dari merchant lain yang anda boleh dapatkan, rugi kalau tak cuba.

Perlindungan Takaful Untuk Mereka Yang Gunakan Kapal Terbang

Kalau anda tempah flight kapal terbang, anda boleh mendapat sehingga RM 1 juta perlindungan insurans kemalangan. Menarik kan! 

Ianya tak jauh beza sangat dengan kalau anda gunakan simkad Tune Talk dalam kehidupan seharian anda. Pelan Tune Talk bukan sahaja murah dan tak masuk akal, ianya turut didatangkan dengan perlindungan takaful kemalangan (baca : Personal Accident Takaful). Jadi, tak perlulah nak subscribe takaful kemalangan lepas ni.

Servis Kereta Dengan 0% Ansuran Faedah

Bagi pemilik kereta Proton atau Perodua, jika anda ingin membuat penyelengaraan kereta, prosesnya menjadi lebih mudah dengan menggunakan kad kredit CIMB PETRONAS Visa-i. Anda boleh membayar secara ansuran dengan bayaran bulanan mudah, tanpa faedah sehingga 24 bulan untuk perkhidmatan servis kereta.

Memang best kan kalau gunakan kad kredit CIMB ni.

Banyak lagi sebenarnya kebaikan kad kredit CIMB ini, akan tetapi yang lebih penting daripada itu adalah, apakah keburukan anda perlu tahu. Ini penting agar lebih mudah anda nak mencorak kedudukan kewangan anda pada masa akan datang.

Apa Keburukan Guna Kad Kredit CIMB

Penggunaan kad kredit yang berlebihan boleh menyebabkan individu mengumpul hutang yang tinggi. Ini kerana keupayaan untuk membuat pembelian tanpa membayar secara segera boleh menjadikan seseorang tergoda untuk menghabiskan lebih daripada yang mereka mampu bayar. Banyak yang terjerat dengan perangkap kad kredit ini dan menyebabkan muflis. Teruskan bacaan sehingga habis, kami tunjuk beberapa keratan dan statistik berkaitan.

Jika baki bulanan tidak dibayar sepenuhnya, faedah akan dikenakan pada baki tertunggak. Kadar faedah kad kredit biasanya tinggi, dan jika tidak diurus dengan baik, faedah boleh memberatkan kewangan individu. Anda terus berbelanja, cuma bayar jumlah minumum sahaja, bulan depan terus lagi berbelanja dan sekali lagi, hanya bayar minimum. Lama kelamaan, termasuk dalam perangkap hutang yang tak berkesudahan.

Penggunaan kad kredit yang berlebihan boleh mencipta kebergantungan pada kad plastik kredit, di mana individu mungkin merasa sukar untuk mengurus kewangan mereka tanpa bergantung pada sumber kredit tambahan. Jangan rasa tergantung dengan kad ini dan pastikan anda yang mengawal kad ini dan bukan kad ini yang mengawal anda.

Jika pembayaran bulanan dilakukan lewat, penyedia kad kredit mungkin mengenakan caj lewat bayar. Bagai jatuh ditimpa tangga, caj ini boleh menambah jumlah keseluruhan hutang dan meningkatkan beban kewangan. Dengan faedah yang dikenakan + dengan caj lewat bayar, memang akan menyulitkan anda nanti. Sebab itu daripada awal saya rekemen, kad ini untuk mereka yang mempunyai disiplin yang tinggi sahaja.

Jalan Keluar Daripada Hutang

Harapnya anda bukan dalam kalangan mereka yang mempunyai masalah dengan pengunaan kad kredit ini. Untuk info, memang ramai yang dah pun muflis disebabkan oleh penggunaan kad kredit ini.

Berdasarkan statistik yang dikongsikan Jabatan Insolvensi Malaysia baru-baru ini, sebanyak 5,502 kes muflis berpunca daripada kad kredit.

Selain kad kredit, antara punca utama muflis di negara ini ialah pinjaman peribadi, sewa beli kenderaan dan pinjaman perniagaan. Experian Information Services (Malaysia) dalam analisis yang dilaporkan media baru-baru ini menyatakan, golongan berumur antara 22 hingga 28 tahun adalah mereka yang berdepan kesukaran membayar balik hutang kad kredit. [sumber]

Sebelum perkara ini menjadi lebih melarat, dapatkan bantuan dan nasihat daripada mereka yang lebih pakar. Cuba selesaikan masalah anda sendiri sama ada dengan kurangkan perbelanjaan ataupun tambah pendapatan anda. Kalau misalkata masih belum selesai lagi, boleh cuba dapatkan bantuan daripada pihak AKPK.

Boleh baca berkenaan dengan kebaikan dan keburukan AKPK dan bagaimana AKPK boleh membantu di SINI.

Pada saya, anggaplah kad kredit ini sebagai satu alat kewangan anda. Pandai gunakan sebaiknya, ianya akan memudahkan anda untuk buat pelbagai perkara. Kalau tak pandai gunakan dan tiada disiplin yang baik, ianya akan terus menjerat. Anda lebih tahu diri anda dan lakukanlah keputusan dengan baik dan bijak.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *