Pengalaman Guna Kad Kredit Maybank Ikhwan 2024

Pada kali ini saya nak share pengalaman guna Kad Kredit Maybank Ikhwan. Kenapa ikhwan? Sebab saya sendiri gunakan kad kredit ini untuk kegunaan harian. Kalau rasa berbaloi, anda pun boleh gunakan kad kredit ini pada masa akand datang.

Bukan setakat kelebihan dan kenaikan kad kredit ini, saya juga akan cuba kongsikan beberapa keburukan kad kredit ini yang anda perlu tahu dan elakkan pada masa akan datang. Juga pilihan yang anda ada selain kad kredit Ikhwan ini seperti jenama lain CIMB dan sebagainya. Kalau rasa berbaloi, anda boleh terus gunakan kad ini seperti biasa dan lebih mudah, buat permohonan kad kredit secara online terus.

pengalaman guna kad kredit maybank ikhwan

Kebaikan Kad Kredit Maybank Ikhwan

Kita mulakan dengan beberapa kebaikan yang spesifik apa yang Kad Kredit Maybank Ikhwan ini boleh tawarkan.

Tak Perlu Gaji Tinggi Untuk Memohon

Biasanya, kalau nak mohon kad kredit ini, perlukan gaji yang besar. Akan tetapi, untuk kad kredit Maybank Ikhwan ini, anda tak perlukan gaji yang terlalu besar. Gaji sekadar RM2500 pun sudah berbaloi dan anda boleh cuba buat permohonan.

Nak mohon tak susah pun, anda boleh terus buat permohonan secara online di laman web Maybank2u. Untuk memudahkan anda, berikut adalah laman web yang memudahkan anda untuk buat permohonan. Mohon Kad Kredit Maybank Ikhwan di bawah.

Nak mohon tak ada masalah, cuma masih tertakluk pada syarat seperti kelayakan, komitmen anda dalam CCRIS rekod dan harapnya tiada apa-apa hutang tertunggak yang muncul dalam CTOS. Kalau ada, boleh gunakan beberapa cara lain untuk anda berhutang dengan menggunakan konsep yang lebih kurang sama seperti mana kad kredit.

Mata Ganjaran Setiap Kali Berbelanja

Saya rasa semua syarikat kad kredit akan ada mata ganjaran yang anda boleh “claim” selepas berbelanja. Ini penting sebab bukan sekadar anda berbelanja, akan tetapi anda dapat memanfaatkan mata ganjaran yang bakal anda terima. Mata ganjaran yang diberikan adalah RM1 = 1 treat point.

Lagi banyak anda berbelanja, lagi banyak point yang anda dapat. Kesemua point ini anda boleh kumpulkan dan tebus untuk mendapatkan pelbagai barangan yang bagus dan berkualiti untuk kegunaan anda sendiri. Antara barangan yang anda boleh tebus adalah seperti voucher, smartphone, power bank dan bermacam lagi barangan yang bagus untuk anda gunakan. 

Nak tengok bawangan apa yang anda boleh tebus boleh terus ke SINI.

Tabung Amal

Berbelanja sambil beramal ini memang penting. Ianya konsep yang tidak jauh beza kalau anda melanggan talian prepaid Tune Talk Halo Telco. Untuk kad kredit Maybank ini, tabung amal adalah sebanyak 0.1% daripada penggunaan dan ada lah juga sedikit sebanyak sumbangan kepada mereka yang memerlukan. 

Tiada Caj Tahunan

Ada sesetengah kad kredit yang mengenakan caj tahunan. Akan tetapi kad kredit Maybank ini tidak kenakan caj tahunan. Juga, tiada apa-apa syarat yang dilampirkan berkenaan dengan kad kredit ini. Anda boleh gunakan tanpa was-was.

Ada Cash Rebate Untuk Petrol dan Lain-lain

Nak dapatkan cash rebate ini ada syarat yang tersendiri. Untuk memudahkan anda, saya akan cuba nyatakan syarat tersebut.

  • Maksimum adalah Rm50 untuk 1 bulan sahaja. Untuk mendapatkan rebate sebanyak RM50 ini, apa yang anda perlu lakukan adalah untuk berbelanja sebanyak RM1000 untuk bulan tersebut. Kemudian anda dapat pulangan tunai sebanyak RM50. Selebihnya anda bayar sahaja hutang kad kredit ini secara on time dan jangan anda tunggkan. Kalau ada tunggakan dan anda hanya bayar minimum, ianya hanya akan menyusahkan anda satu hari nanti.
  • Jangan lupa untuk lihat terma dan syarat terkini daripada pihak Maybank Ikhwan berkenaan dengan syarat bagi mendapatakan cash rebate ini. 

Nak Kerjakan Umrah Pun Boleh

Anda boleh kerjakan umrah kalau anda gunakan kad kredit ini. Anda boleh untuk kerjakan umrah yang mana, 2 orang yang akan terpilih setiap bulan. Untungnya siapa yang layak tu kan.

Penyertaan adalah secara automatik jika anda berbelanja sebanyak Rm200 dalam satu resit. Lagi banyak anda berbelanja, lagi tinggi peluang anda untuk terpilih sebagai salah seorang jemaah umrah. Mana tahu rezeki kan! Ianya tak jauh beza dengan konsep menyimpan sambil dapat hadiah SSPN ini. 

Kalau yang bukan beragama islam, jangan risau ada alternatif lain seperti percutian di tempat lain kepada anda. 

Keburukan Kad Kredit Ikhwan

Ada kebaikan dan juga ada keburukan. Yang penting gunakan sebaiknya. Tak semua indah, dalam dalam artikel ini pun sama. Saya cuba sebaik yang boleh untuk berikan anda realiti penggunaan kad kredit. 

Pakai Kad Kredit Tapi Bayar Minimum

Anda menggunakan kad kredit setiap bulan, bagus tak ada masalah. Anda berbelanja sehingga sebanyak RM2000 sebulan, akan tetapi, anda hanya membayar sebanyak Rm200 sahaja. Bulan depan pun sama, anda berbelanja secara maksimum anda kemudian, anda hanya membayar jumlah yang minimum.

Hutang terus terkumpul sehingga ke paras yang tidak boleh dikawal lagi. Elakkan daripada kejadian seperti ini dan elakkan daripada terus membayar jumlah yang minimum. Kalau sampai tak boleh nak dikawal lagi, boleh terus serah diri kepada pihak AKPK.

Kalau masih boleh terus kawal diri, hentikan penggunaan dan bayar lebih dari minimum. Dapat bonus setiap tahum itu, gunakan untuk membayar hutang kad kredit.

Dikenakan Interest

Kalau anda hanya bayar minimum, anda akan dikenakan interest setiap bulan. Ianya betul! Ianya akan dikenakan dah paling tinggi adalah sehingga 18% setiap bulan. Elakkan daripada perkara ini daripada berlarutan dan bayar lebih daripada minimum. Kalau guna RM1000, terus bayar habis Rm1000 lebih baik. Manfaatkan point ataupun mata ganjaran yang diberikan.

Boleh Disenarai Hitam – Bankrap

Kalau anda tak bayar hutang kad kredit ini, ianya akan berikan kesan kepada rekod dalam CCRIS anda. Tertunggak 2 atau 3 bulan ini, akan menjejaskan rekod pinjaman anda. Nak buat pinjaman rumah pun dah susah nanti. Ye lah, siapa nak bagi pinjam kat orang yang ada rekod 3 bulan tak bayar hutang

Kalau setakat tak bayar hutang dan ada rekod tak baik dalam CCRIS ini OK lagi, makin teruk kalau disenarai hitam dan diishitkar sebagai seorang yang bankrap. Nak kerja kerajaan dah tak boleh, nak buka akaun bank pun dah susah.

Berdasarkan statistik yang dikongsikan Jabatan Insolvensi Malaysia baru-baru ini, sebanyak 5,502 kes muflis berpunca daripada kad kredit.

Selain kad kredit, antara punca utama muflis di negara ini ialah pinjaman peribadi, sewa beli kenderaan dan pinjaman perniagaan. Experian Information Services (Malaysia) dalam analisis yang dilaporkan media baru-baru ini menyatakan, golongan berumur antara 22 hingga 28 tahun adalah mereka yang berdepan kesukaran membayar balik hutang kad kredit. [sumber]

Berbaloi Ke Guna Kad Kredit Ini

Ini pengalaman guna kad kredit Maybank Ikhwan yang anda perlu tahu. Ini antara beberapa kebaikan dan keburukan kad kredit yang pada saya penting untuk anda tahu. 

Nak guna kad kredit tak ada masalah bukan setakat kad dari Ikhwan Maybank ini, mana-mana syarikat pun boleh tak ada masalah kalau anda nak guna. Cumanya, disiplin penggunaan itu kena ada dan yang itu adalah yang paling penting.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *