5 Keburukan Atome Anda Perlu Tahu

Apa keburukan Atome yang anda perlu tahu? Atome ini merupakan salah satu skim “buy now pay later” ataupun beli sekarang bayar kemudian. Ianya merupakan satu platform yang membolehkan anda untuk beli dahulu dan bayar kemudian. Menarik kan? Ianya didatangkan dengan pelbagai promosi menarik dan teknik marketing yang berkesan yang membolehkan nama Atome ini semakin meningkat naik dari masa ke semasa.

Dalam artikel ini, saya akan fokus kepada apa itu Atome, kelebihan dan kekurangan Atome serta apa alternatif lain yang anda boleh gunakan untuk Atome. Boleh baca artikel ini sampai habis.

keburukan atome

Pengalaman menggunakan Atome

Sebelum anda pergi jauh dengan Atome dan pengalaman menggunakan applikasi ini. Saya nak cuba rekemen kepada anda untuk pelan prepaid murah dengan harga RM20 yang membolehkan anda untuk mendapat dan membuat panggilan telefon tanpa had dan juga data yang agak banyak sesuai untuk kegunaan peribadi anda. 

Nak pilihan data yang lebih besar pun tak ada masalah, anda boleh dapat data sehingga 500GB dengan pelan daripada Tune Talk. Boleh terus dapatkan simkad Tune Talk kedai shopee kami di bawah ini.

Terus kepada apa yang anda perlu tahu berkenaan dengan Atome. Sebelum pergi jauh, macam mana nak guna Atome ni?

  • Download app Atome di Google Play Store / Apple App Store. Tak susah, simple je!
  • Daftar di applikasi dan jangan lupa buat pengesahan.
  • Anda boleh terus beli barang yang mereka jual, mana yang minat tu boleh terus beli.
  • Anda pun boleh gunakan sebagai payment method untuk kedai yang partner dengan Atome. Macam Starbuck dan lain-lain tu.

Contoh anda ke Starbuck beli Frappucino RM15, anda boleh buat bayaran secara ansuran sebanyak 3 kali bayaran. Nampak cool kan. Cumanya, kalau beli barang kecil seperti air ini tak berbaloi nak buat ansuran sampai 3 bulan bayaran, lebih baik beli barangan yang besar macam laptop ke, smartphone 5g ke, baru berbaloi sikit kalau nak guna. 

Antara kedai yang menerima pembayaran menggunakan Atome adalah machines dan juga switch. Bolehlah beli iphone ataupun ipad dan buat bayaran ansuran menggunakan Atome. 

Kebaikan Atome

  • Pembayaran boleh dilakukan secara ansuran. Mana tahu anda ada telefon rosak nak perlu telefon baru segera, cash pulak tak ada sebab tak gaji lagi, jadi Atome adalah antara alternatif yang ada. Boleh terus beli dengan ansuran sebanyak 3 bulan ataupun lebih.
  • Atome tidak kenakan faedah ataupun faedah 0%. Ianya ada caj lewat bayaran sahaja. Menarik kan.
  • Boleh tengok di website Atome ataupun dalam app mereka. Banyak pilihan kedai yang anda boleh buat pembayaran sama ada pembayaran secara online ataupun offline.

Keburukan Atome

  • Status patuh syariah masih tak jelas ataupun boleh dikatakan belum patuh syariah lagi. 
  • Ada caj lambat bayar yang anda patut tahu. Caj yang dikenakan adalah berjumlah Rm23 hingga RM30 untuk setiap kali kelewatan. Jadinya, kalau nak gunakan app ataupun servis ini boleh, cuma elakkan daripada terlewat bayaran.
  • Menggalakkan anda untuk berhutang walaupun untuk barangan yang kecil. Kalau hutang untuk laptop, smartphone, itu masih boleh diterima lagi. Akan tetapi hutang untuk minum Starbuck dan lain-lain itu, cuba anda elakkan. Anda dah habis pun minum dan makan di Starbuck, akan tetapi masih lagi kena bayaran bulan-bulan seterusnya.
  • Sebab ianya mudah, jadi elakkan terlalu bergantung kepada skim ini dan belanja dalam kemampuan. Jangan belanja lebih dari keperluan kalau menggunakan applikasi ini.
  • Cuba dahulu applikasi ataupun servis ini untuk pembayaran yang murah untuk tahu lebih lanjut. Dah faham dan selesa, barulah anda boleh gunakan applikasi ini dengan lebih kerap.

Atome Patuh Syariah?

Adakah Atome ini patuh syariah, ini adalah antara jawapan terbaik yang saya jumpa di dalam internet.

KUALA LUMPUR: Syarikat gerbang pembayaran patuh Syariah, PayHalal, dengan kerjasama Atome, menawarkan penyertaan peniaganya kemudahan beli-belah sulung mereka ‘i Buy Now Pay Later’ (iBNPL) – satu program tanpa riba, sifar peratus faedah.

Peniaga yang mendaftar dengan PayHalal kini boleh mendapat manfaat daripada program itu serta daripada beribu-ribu pengguna pra-kelulusan Atome dengan had perbelanjaan maksimum RM5,000.

Dalam kewangan Islam, riba merujuk kepada faedah yang dikenakan ke atas pinjaman atau deposit.

PayHalal berkata program itu berhasrat bagi memberikan peniaga pendapatan yang mampan dengan menjana trafik ke kedai web dan kedai fizikal mereka dengan jenama terkenal seperti Zurich Takaful, Celcom, Misz Nina dan Cattle Queen. [sumber]

Berdasarkan kepada petikan akhbar di atas, hanya ada kerjasama sahaja antara Atome dan PayHalal. Tetapi ianya tak menjadikan Atome patuh syariah. 

Jadi setakat artikel ini ditulis, masih tiada lagi status ataupun panel syariah untuk Atome ini. Kami akan update dari masa ke semasa jika ada apa-apa info terkini berkenaan dengan Atome ini. 

Anda dah tahu status Atome, terpulang kepada anda nak teruskan berbelanja ataupun sebaliknya.

Berbaloi ke Guna Atome?

Sebelum nak tahu berbaloi ataupun sebaliknya, lebih baik anda tahu dahulu berkenaan dengan Atome untuk jelas berkenaan dengan peranan mereka.

Atome ialah salah satu platform pembiayaan pengguna digital terkemuka di Asia Tenggara. Singkatan untuk “Available to Me”, Atome menawarkan pembeli penyelesaian pembayaran yang fleksibel di peruncit dalam talian dan luar talian yang popular merentas kategori seperti fesyen, kecantikan, gaya hidup, perjalanan, kecergasan dan perkakas rumah.

Atome ialah sebahagian daripada Atome Financial, sebuah syarikat fintech terkemuka dengan pengalaman luas dalam kewangan pengguna dan mempromosikan keterangkuman kewangan melalui teknologi AI.

Atome Financial adalah sebahagian daripada Advance Intelligence Group, salah satu syarikatpermulaan teknologi bebas terbesar yang berpangkalan di Singapura. Ditubuhkan pada 2016, Advance Intelligence Group mempunyai kehadiran di seluruh Asia Selatan dan Tenggara serta China.  [sumber]

Berbaloi ataupun tidak itu bergantung kepada individu. Ada sesetengah yang tak nak menggunakan servis ini kerana masih belum ada status yang jelas berkenaan dengan keharusan menggunakan skim ini.

Pandangan peribadi saya, nak guna tak ada masalah cuma dari segi pengurusan kewangan itu, kenalah lebih jelas dan elakkan daripada terlebih belanja ataupun berhutang di luar kemampuan. Memang sedia maklum ramai ganerasi muda yang terjerat dalam hutang kad kredit yang tak berkesudahan, ianya sama sahaja dengan skim ataupun servis seperti ini.

Perlu ada disiplin dan pengurusan kewangan peribadi yang betul untuk jangka masa panjang. Apapun ini sedikit sebanyak kebaikan dan keburukan Atome yang anda perlu tahu. 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *