7 Kebaikan & Keburukan Shopee Pay Later

Apa keburukan Shopee Pay Later? SPayLater ialah sistem bayaran ansuran untuk pembeli2 yang layak. Pembeli yang layak boleh memilih bayaran ansuran selama 2, 3 atau 6 bulan. Sekarang ini memang tak asing lagi Shopee Pay later. Satu kemudahan yang diwujudkan oleh pihak Shopee bagi membolehkan pengguna di Shopee membeli pelbagai barangan dan dibayar ansuran. Ianya ada kebaikan dan ada juga keburukan yang anda perlu tahu.

Fahami tulisan ini untuk anda tahu apa yang baik dan bagus untuk kewangan anda sendiri. Ada ketikanya mungkin perlu untuk anda dapatkan fasility Shopee Pay Later ini dan ada ketikanya juga tak perlu. Apaun, dalam artikel ini, saya akan tuliskan beberapa kebaikan dan keburukan Shopee Pay Later yang anda perlu tahu.

keburukan shopee pay later

Jimatkan Belanja Kewangan Anda Dengan Telco

Prinsip asas dalam kewangan adalah, anda kena kurangkan perbelanjaan dan tambah pendapatan. Nak tambah pendapatan perlukan skill tertentu dan latihan yang banyak. Ianya akan ambil sedikit masa dan anda boleh bermula dari sekarang.

Lebih mudah untuk kurangkan perbelanjaan. Salah satu perkara yang anda boleh kurangkan adalah dengan menukar talian telefon anda kepada prepaid di bawah Tune Talk. Jika anda bukan seorang yang “heavy user” saya anggap di rumah sudah ada wifi dan juga di tempat kerja, boleh cuba pelan Tune Talk ini.

Kalau anda seorang yang “heavy user” pun tak ada masalah kerana Tune Talk boleh tawarkan sehingga 500GB data kepada anda. Nak kekal no lama dan dapatkan no baru pun boleh tak ada masalah. Boleh terus beli di kedai Shopee kami di bawah ini.

Kebaikan SPayLater Anda Perlu Tahu

  • Anda boleh beli barang yang anda mahukan dengan cepat walaupun tak ada cash dalam akaun ataupun gaji masih belum masuk. Mana tahu anda nak beli satu barang ini dan Shopee tawarkan diskaun tak masuk akal, duit tak ada lagi, boleh beli terus pakai SPayLater ni. 
  • Anda nak beli barang yang mahal, laptop contohnya. Boleh beli menggunakan SPaylater ini dan bayar secara ansuran selama beberapa bulan. Cara ini membolehkan anda membeli barangan yang anda nak tersebut pada harga yang anda boleh bayar setiap bulan. Cuma kena pastikan berapa jumlah caj interest % yang dikenakan agar memudahkan anda untuk buat pengiraan.

Betul Ke Shopee Pay Later Ni Patuh Syariah?

Untuk menjawab persoalan ini, adalah lebih baik kita rujuk laman web mufti wilayah persekutuan. Ada panjang lebar jawapan berkenaan dengan isu ini. Sebelum pergi lebih jauh, jom kita dalami isu ini menurut laman web mufti wilayah persekutuan.

Assalamualaikum, saya nak tanya, apakah hukum menggunakan Shopee Pay Later? Terima Kasih.

Jawapan Ringkas

Terdapat beberapa isu syariah yang timbul melibatkan caj pemprosesan dan caj lewat bayar dalam sistem SpayLater sebagaimana berikut:

1) Bagi kaedah pembayaran secara one-off dalam tempoh sebulan, tiada isu syariah padanya sekiranya pembayaran diselesaikan dalam tempoh sebulan sepertimana yang ditetapkan. Sebaliknya, sekiranya pelanggan lewat menyelesaikan bayaran dan dikenakan caj lewat bayar, maka berlakulah riba yang diharamkan Syarak. 

2) Bagi kaedah pembayaran secara ansuran pula, terdapat dua isu Syariah padanya melibatkan caj pemprosesan dan caj lewat bayar. Hal ini kerana setiap caj pemprosesan dan caj lewat bayar yang dikenakan melebihi kos operasi dan kerugian sebenar adalah sebahagian daripada riba.

Kesimpulan

Setelah penelitian dilakukan terhadap sistem pembayaran ansuran yang ditawarkan Shopee iaitu SPayLater, kami mendapati bahawa terdapat beberapa isu-isu syariah yang timbul. Isu-isu syariah tersebut adalah pada caj pemprosesan dan Caj lewat bayar yang mempunyai unsur riba. Manakala bagi kaedah pembayaran secara one-off dalam tempoh sebulan,  maka tiada isu syariah padanya kerana tidak ada unsur riba dan ia boleh digunakan. Namun, sekiranya pelanggan lewat bayar dan dikenakan caj tambahan, maka berlakukah riba al-Qard. Adalah ditegaskan bahawa umat Islam dilarang untuk terlibat dengan sebarang transaksi yang mempunyai unsur riba kerana riba adalah haram dan berdosa besar. [sumber]

Keburukan SPayLater

Ada beberapa perkara yang saya tidak gemar dan berkenan dengan Shopee Pay Later ini. Yang pertama sekali tentulah kadar faedah.

Kadar Faedah Shopee Pay Later

Yuran servis (service fee) dikenakan sebanyak 1.25% sebulan. Di samping itu, caj lewat sebanyak 1.5% sebulan dikenakan sebagai denda bayaran ansuran lewat. Maksudnya di sini kita kena bayar lebih sikit kalau kita gunakan khidmat ini. Kalau kita dapat bayar sebelum pihak Shopee kenakan caj sebanyak 1.25% tu tak ada masalah. Kalau terlambat sikit, memang mereka akan kenakan caj.

Selain itu, SPaylater ini akan kenakan limit untuk akaun anda dan ianya bergantung kepada rekod pembelian anda sebelum ini. Anda dapat tahu berapa limit akaun anda dalam dashboard. Berita baik anda boleh cuba mohon untuk tambah limit yang anda ada dan sama ada diluluskan atau tidak itu bergantung kepada permohonan.

Apa jadi kalau tak bayar? Tentulah pihak Shopee akan call dan remind anda untuk buat pembayaran. Taklah kena gertak macam kalau buat pinjaman dengan pinjaman wang berlesen, cumanya rekod anda tidak bayar akan masuk dalam rekod CTOS

Kalau dah masuk dalam rekod CTOS ni, susah sikit nak nak buat pinjaman pada masa depan. Pinjaman rumah paling susah, kalau pinjaman kereta ataupun personal loan tu boleh lagi bergantung kepada bank masing-masing.

Cara Aktifkan SPayLater

Nak aktifkan SPayLater ni tak susah pun. Kalau anda nak tahu, kami ada buatkan satu artikel khas berkenaan dengan cara nak aktifkan. Boleh baca cara aktifkan Shopee Pay Later SINI.

Alternatif Kepada SPaylater

Alternatif terbaik adalah, anda cuba dapatkan satu kad kredit. Ada banyak kad kredit patuh syariah yang dikeluarkan oleh bank-bank Islam di Malaysia ini. Lagipun, kalau misalkata permohonan anda gagal di SPayLater, tak ada masalah pun nak gunakan kad kredit. Sama sahaja boleh guna dan terus bayar bulan yang sama ataupun, anda guna dan bayar beransur-ansur. 

Jangan berhutang ataupun guna skim seperti ini adalah satu lagi alternatif yang anda boleh cuba. Kalau hutang yang besar seperti rumah ataupun kereta itu ya, boleh faham lagi kalau tak mampu nak sediakan cash sebanyak 300k. Untuk barang di Shopee ini, adalah lebih baik untuk beli je cash.

Berbaloi Ke Shopee Pay Later ni?

Pada saya berbaloi kalau anda nak gunakan untuk kejar promosi dan bayar pada bulan yang sama sebelum pihak Shopee kenakan apa-apa caj perkhidmatan. Kalau anda gunakan untuk tujuan ini tak ada masalah. Ada beberapa keburukan Shopee pay later ini yang anda kena fikirkan kalau nak langgan servis ini.

Kalau anda nak gunakan untuk bayaran ansuran saya cadangkan untuk anda fikir dahulu dan cari alternatif lain. Salah satu sebab adalah bayaran ansuran ini tak bagus untuk kewangan peribadi anda. Satu lagi, amalan bayaran ansuran ini adalah termasuk dalam riba dan tidak digalakkan dalam islam menurut Majlis Fatwa Wilayah Persekutuan.

Sumber lain – ust lariba FB

Related Posts

2 thoughts on “7 Kebaikan & Keburukan Shopee Pay Later

  1. 1. Spay later Tu kan, kalau kita cuma aktif’kan je tapi tak guna langsung, kita tak perlu bayar apa2 lah kan?

    2. Cth saya dah settle hutang saya dalam 20 lebih macam tu dan selepas saya bayar hutang tersebut nanti adakah saya perlu bayar apa2 selain hutang?

    1. kalau aktifkan tapi tak guna, tak perlu bayar apa2

      tiada apa yang kena bayar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *