Keburukan Overlap Loan Anda Perlu Tahu!

Ada keburukan overlap loan ke yang anda perlu tahu? Overlap loan ataupun dalam bahasa yang lebih mudah, pembiyaan semula rumah adalah salah satu cara untuk anda yang mempunyai hutang yang tinggi untuk menyatukan hutang dan ada kalanya, membolehkan komitmen bulanan anda menjadi semakin rendah.

Ada 2 cara biasanya overlap loan ini boleh dilakukan dan kami akan cuba ceritakan beberapa info berkenaan dengan overlap loan ini dalam artikel kami di sini. Boleh baca sampai habis kerana ada banyak info yang mungkin membantu anda untuk kurangkan beban kewangan anda dan ada masanya, anda juga mungkin boleh memperolehi wang tunai hasil daripada strategi overlap loan ini.

keburukan overlap loan

Overlap Loan Melalui Pinjaman Peribadi

Sebelum pergi lebih jauh, perlu tahu apa itu overlap loan? Overlap loan adalah pembiayaan baru ke atas pembiayaan yang sedia ada dengan menggunakan institiusi kewangan yang sama. Overlap loan ini sebenarnya tak jauh beza sangat pun dengan konsep topup loan.

Kemudahan ini selalunya ditawarkan apabila kadar pinjaman terkini ditawarkan pada harga yang lebih rendah dan ada kes dan keadaan dimana overlap loan ini membolehkan beban kewangan bulanan semakin berkurang. 

Saya pernah dapat client yang dapat jimat bayaran bulanan sebanyak RM800 selepas buat konsep overlap loan ataupun konsep yang lebih tepat, debt consolidation loan ini. Akan saya terangkan dengan lebih lengkap dalam beberapa perenggan di bawah nanti.

Overlap Loan Melalui Pembiayaan Semula Rumah (Refinance)

Refinance rumah adalah konsep pembiayaan semula menggunakan bank yang berbeza. Contoh sekarang ada loan rumah dengan CIMB dan apabila buat pembiayaan semula rumah, buat dengan Bank Islam sebagai contoh. Ini adalah antara konsep pembiayaan semula rumah yang ramai orang tahu. 

Overlap loan ataupun topup loan adalah pembiayaan dengan bank yang sama. Kalau gunakan bank yang sama, biasanya akan ada sedikit pengurangan kos dan tak perlukan khidmat peguam. Tapi tak semua bank tawarkan pakej ini. 

Overlap loan ini biasanya digunakan dalam konteks pinjaman peribadi dan tak semestinya membolehkan anda untuk kurangkan komitmen bulanan sebab tempoh pembiyaan untuk pinjaman peribadi hanyalah maksimum 9 tahun. Ianya berbeza dengan pinjaman rumah yang boleh ditarik sehingga 35 tahun. 

Macam Mana Refinance Boleh Kurangkan Komitmen Bulanan Rumah?

Pinjaman rumah adalah satu pinjaman yang membolehkan tempoh pembiayaan itu dipanjangkan sehingga 35 tahun atau lebih. Ianya bergantung banyak kepada faktor umur seseorang. Lagi panjang tempoh pinjaman seseorang itu, lagi kurang komitmen bulanan.

Sebab itu salah satu cara untuk kurangkan komitmen bulanan adalah dengan cara penyatuan hutang seperti ini. Hutang seperti hutang peribadi (baca : personal loan), hutang kad kredit dan hutang kereta yang berbaki 7 ataupun 8 tahun, apabila disatukan dalam satu pinjaman dan ditarik tempoh pembiayaan sehingga 35 tahun, memang akan nampak pengurangan dari segi bebanan hutang. Sebab itu memang ada pelanggan saya yang dapat membuat pengurangan sebanyak RM800 sebulan dan ianya adalah satu jumlah yang banyak terutama mereka yang mempunyai banyak hutang dan hidup cukup-cukup makan.

Kalau anda berminat nak buat penyatuan hutang ataupun nak refinance, boleh isi borang di bawah dan kami akan hubungi dalam masa terdekat.

Apapun, ianya tak mustahil kerana ramai yang dah berjaya menyatukan hutang mereka dan mengurangkan komitmen bulanan mereka. Anda ada rumah? Boleh cuba buat pembiayaan semula ataupun refinance rumah anda.

Kadar Faedah Yang Semakin Berkurangan

Ada kemungkinan yang pinjaman anda akan dikenakan kadar faedah yang lebih rendah. Ini adalah kerana pinjaman lama menggunakan konsep ataupun pengiraan kadar faedah yang lama. Biasanya tak fleksible dan kadar faedah baru akan jadi kadar faedah yang lebih rendah dan mudah.

Siapa tak nak cuba dengan kadar faedah yang baru lebih rendah kan. Sebab tu ramai yang cuba overlap loan ini ataupun refinance ini.

Cash Tambahan Atau Satukan Hutang

Untuk refinance ataupun overlap loan, anda boleh pilih untuk sama ada, nak satukan hutang ataupun nak cash tambahan. Bergantung kepada syarat, anda pun boleh untuk pilih kedua-dua iaitu, selepas buat penyatuan hutang, masih ada juga sedikit cash tambahan untuk anda gunakan. 

Dalam kes macam ini, gunakan cash itu sebaiknya dan pengurangan hutang itu pun sebenarnya membantu komitmen bulanan anda. 

Boleh ke buat penyatuan hutang bersama dengan overlap loan?

Jawapannya bergantung kepada keadaan.  Ini juga adalah antara keburukan overlap loan yang agak ketara kerana tak semua bank ada tawarkan overlap loan ini, apatah lagi pakej penyatuan hutang dalam overlap loan. Sekali lagi nak ingatkan, facility overlap hutang ini hanya ditawarkan untuk pinjaman peribadi sahaja, jika membabitkan pembiayaan rumah, ianya dipanggil refinance ataupun topup loan.

Mengikut kajian saya, ada beberapa institiusi kewangan yang menawarkan pinjaman peribadi ataupun overlap loan bersama dengan konsep penyatuan hutang. Antara bank yang tawarkan adalah AgroBank (Agro Cash-i) dan juga Bank Rakyat (pembiyaan peribadi i – penyatuan hutang).

Bank Rakyat ini agak mesra dengan penjawat awam dan boleh barikan “fast approval” jika anda merupakan seorang penjawat awam. Jika anda kerja dalam sektor swasta, saya tak rekemen anda buat pinjaman peribadi dengan Bank Rakyat. Boleh cuba Maybank di bawah ini.

Apapun, kalau anda nak cuba buat pembiayaan peribadi, boleh gunakan khidmat personal loan Maybank seperti di bawah ini. Fast approval dan semuanya boleh dilakukan secara online sahaja.

Berbaloi ataupun tak, boleh cuba sendiri.

Cara overlap loan bank rakyat

Bank Rakyat adalah antara bank yang bagus untuk anda cuba buat penyatuan hutang dengan syarat, anda adalah pekerja dalam sektor awam. Swasta tak boleh buat masa ini.

Mempunyai banyak pembiayaan yang berbeza, bayaran pada masa yang berlainan untuk jumlah yang berbeza dan kepada pelbagai pihak boleh membuatkan anda tertekan. Akan tetapi, dengan Pembiayaan Peribadi-i Penyatuan Hutang anda hanya perlu memohon satu pembiayaan untuk membayar pembiayaan yang lain.

Manfaat yang anda akan peroleh ialah:

  • Penumpuan pada satu ansuran sahaja
  • Kadar keuntungan serendah 2.76% setahun
  • Peralihan daripada pembiayaan konvensional kepada syariah

Memohon pembiayaan adalah satu keputusan yang penting, oleh itu kami telah menyediakan panduan untuk membantu anda membuat keputusan dengan tiga langkah mudah iaitu :

1. Senaraikan semua pembiayaan anda.

​​Dapatkan baki pembiayaan, kadar keuntungan yang dikenakan dan ansuran bulanan untuk pembiayaan yang anda ingin jelaskan atau satukan.

2. Kira kelayakan pembiayaan anda

Anda boleh mendapatkan anggaran kelayakkan pembiayaan dengan mengunjungi cawangan Bank Rakyat berhampiran atau menghubungi Pusat Panggilan kami di talian 1 300 80 5454. Info lanjut di SINI. 

Keburukan Overlap Loan – Tak Semestinya Kurangkan Komitmen Bulanan Anda

Konsep overlap loan adalah menggunakan pembiayaan peribadi ataupun personal loan. Kekurangan personal loan pula adalah, ianya tak boleh dilakukan untuk jangka masa lebih dari 9 tahun. Tempoh pembiayaan untuk pembiayaan peribadi adalah sehingga 9 tahun secara maksimum.

Penyatuan hutang menggunakan personal loan biasanya tak akan kurangkan komitmen bulanan kecuali kalau tempoh hutang anda yang lain kurang dari 5 tahun. Apapun, untuk hal ini, anda perlu buat pengiraan dan teliti semua maklumat sebelum sign apa-apa dokumen berkaitan dengan pembiayaan semula.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *