Raiz VS Wahed mana lebih berbaloi? Artikel ini sangat sesuai untuk anda yang nak mempelbagaikan lagi pelaburan anda dan tidak terhad kepada yang nak simpan dalam Tabung Haji dan ASB sahaja. Anda boleh mempelbagaikan lagi pelaburan anda melalui kedua-dua platform ini.

Apa yang platform ini tawarkan? Kita akan kupas satu persatu dan saya sangat berharap anda akan dapat sesuatu selepas membaca artikel ini.

Saya mula invest dalam kedua-dua platform ini untuk mencari alternatif yang lebih murah daripada Unit Trust dan juga jika tak sempat nak invest dalam saham dan crypto. Cuma masukkan duit dalam app, mereka akan laburkan duit anda di tempat yang telah mereka tetapkan. Kos pun murah, anda pun tak perlu nak pening kepala invest dana anda ataupun mempelajari teknikal analisis semua tu. Semuanya Robo – Advisor yang uruskan. Konsep ini memang menarik

Tapi sebelum pergi lebih jauh, nak bagi disclaimer siap-siap. Artikel ini bukanlah nasihat kewangan ataupun bukanlah satu “investment advise”. Ianya lebih kepada perkongsian untuk tujuan pendidikan sahaja. Jika keuntungan yang anda cari, boleh rujuk kepada penasihat kewangan. Lakukan analisa sendiri sebelum melabur dalam mana-mana pelaburan.

raiz vs wahed

Apa Itu Raiz Invest?

Nak tahu lebih lanjut berkenaan dengan topik ini, saya sarankan anda baca dahulu artikel kami yang terangkan lebih detail berkenaan dengan apa itu Raiz invest di SINI.

Kemudian, baru boleh bandingkan antara kedua-dua pelaburan ini. Pun boleh baca keburukan Raiz ini juga sebagai satu lagi artikel yang anda wajib baca dan bandingkan dengan Wahed invest.

Apa Itu Wahed Invest?

Nak tahu lebih lanjut berkenaan dengan apa itu Wahed Invest pun boleh rujuk artikel di SINI. Nak terangkan detail di sini akan mengambil masa yang agak panjang. Lebih baik anda baca sahaja artikel di atas dan kemudian kita boleh pergi kepada perbezaan antara kedua-dua platform pelaburan ini.

Nak tahu juga berkenaan dengan kekurangan Wahed Invest, boleh dapatkan info lanjut di SINI

Fee Yang Di Kenakan

Sebelum pergi lebih jauh, adalah lebih baik untuk membandingkan fee ataupun caj yang dikenakan oleh kedua-dua platform ini. Fee yang dikenakan mestilah murah sedikit jika nak dibandingkan dengan pelaburan di Unit Trust dan juga pada masa yang sama berbaloi untuk digunakan.

Untuk fee ataupun caj yang dikenakan, saya lebih gemar menggunakan platform Wahed Invest. Kenapa di Wahed dan bukan di Raiz. Pelaburan dengan jumlah Rm6000 ke bawah agak mahal di Raiz, anda akan tahu kenapa jika anda baca artikel di SINI.

Fee yang dikenakan oleh pihak Wahed pula boleh dikatakan agak murah dan mengenakan fee yang lebih adil. Boleh baca lebih lanjut berkenaan dengan fee dalam artikel di SINI. 

Perkara pertama yang patut dilakukan adalah memikirkan berkenaan dengan fee ataupun caj yang dikenakan. Jika terlalu mahal, lebih baik invest dalam Unit Trust. Kalau nak pulangan yang lebih tinggi, boleh cuba invest dalam platform Luno dalam Crypto.

Di Mana Wang Di Laburkan

Raiz melaburkan dana anda dalam dana yang dimiliki oleh Permodalan Nasional Berhad. Ketika artikel ini ditulis, Raiz menambah lagi 3 jenis dana yang boleh dilaburkan dan menjadikan kesemuanya adalah 6 jenis pelaburan.

  • ASN Sara 1
  • ASN Equity 3
  • ASN Imbang 2
  • UOB United i-Global Balanced Fund
  • Aberdeen Standard Islamic World Equity Fund
  • UOB High Quality Sukuk Fund

Bergantung kepada profile ataupun kesediaan anda, anda boleh memilih jenis pelaburan yang ada bergantung kepada profile anda. Apa-apapun, anda boleh daftar akaun Raiz dalam butang di bawah ini.

Wahed pula melaburkan dana dan wang anda dalam banyak platform. Menjadikan platform pelaburan lebih menarik dan diversified.

Wang anda akan dilaburkan dalam;

  • Global Stock
  • Sukuk
  • Gold
  • Money Market
  • Real Estate

Dan lain-lain lagi. Anda boleh ke link di akhir artikel untuk tahu berkenaan dengan platform pelaburan yang ada dalam Wahed Invest.

Pun, saya rekemen untuk anda tengok video di bawah ini berkenaan dengan platform yang ada dalam Wahed Invest untuk anda maksimumkan dalam pelaburan anda.

Oh ya, kalau anda nak buka akaun Wahed Invest, jangan lupa gunakan referral code 

Mohsan3

Ianya bagi membolehkan anda mendapat Rm20 ke dalam wallet anda dan pada masa yang sama, memberikan semangat kepada team smartinvest101 untuk terus menulis dan berikan review jujur berkenaan dengan pelbagai topik bermanfaat dalam blog dan channel Youtube kami.

Sekali lagi, nak cari platform yang lebih berbaloi dan lebih menyeluruh, saya nampak Wahed Invest boleh berikan apa yang anda cari.

Mana Berbaloi Antara Kedua Platform Ini

Saya ada berikan sedikit review berkenaan dengan pengalaman sebulan menyertai Raiz Invest ini. Review tersebut boleh tengok dalam video di bawah ini.

Raiz dan Wahed mempunyai kelebihan yang berbeza-beza dan bergantung kepada bajet anda. Ada banyak faktor yang patut diambil kira sebelum membuat pelaburan. Disebabkan oleh struktur caj pengurusan Wahed lebih rendah dan juga, platform pelaburan Wahed yang lebih banyak, saya agak cenderung untuk memilih Wahed berbanding dengan Raiz Invest. 

Jika anda ada modal yang agak besar, Rm6000 dan ke atas, mungkin boleh cuba untuk invest di Raiz dan lihat kesannya bagaimana. Jika modal anda adalah Rm1000, saya lebih rekemen anda untuk cuba dan invest dalam Wahed Invest.

Jika anda ada modal, boleh cuba untuk invest dalam kedua-dua platform pelaburan ini dan ianya adalah antara satu alternatif yang baik dan bagus berbanding dengan ASB, Tabung Haji dan lain-lain lagi.

Alternatif Lain Selain Daripada Raiz Vs Wahed

Ada terlalu banyak alternatif yang ada. Kalau dahulu memang saya akan rekemen pelaburan saham, akan tetapi ada banyak perkara yang anda perlu ambil kira dan buat masa ini, saya lebih selesa untuk cuba invest dalam Cryptocurrency. Boleh tengok di bawah kenapa sekarang saya sudah beralih ke dalam dunia Crypto berbanding dengan saham.

Cuma perlu diingatkan, pelaburan dalam Crypto ini agak berisiko dan boleh memberikan pulangan yang lebih tinggi berbanding dengan platform dalam Wahed Invest dan Raiz ini. Cuma bila pulangan lebih tinggi itu, datang dengan risiko rugi yang tinggi juga. “High risk high return”.

Jika anda mempunyai kemahiran teknikal analisis akan sangat membantu pelaburan dalam Crypto dan juga dengan Tradingview, anda boleh analisa tidak terhad kepada Crypto seperti Bitcoin, anda juga boleh membeli dan analisa teknikal dana Wahed seperti Wahed ETF.

Apapun sampai di sini sahaja. Raiz vs Wahed yang mana terbaik? Saya dah berikan pandangan saya dan mungkin pandangan ini salah, seterusnya terpulang kepada anda.

Related Posts

14 thoughts on “Raiz Vs Wahed – Mana Berbaloi?

  1. Terima kasih kongsi info tsb mmg kak xfhm psl melabor ni, pernah nak join Raiz tp psl xfhm jd tak invest lg

    1. terima kasih atas feedback. Tak la mudah, masih kena buat pilihan sendiri juga.

    1. sangat berbaloi dan boleh berikan pulangan yang baik juga.

  2. Terima kasih di atas perkongsian yang mendalam serta lengkap sebegini. InsyaAllah akan banyak membantu yang sedang mencari peluang untuk melabur.

  3. Good to see more platform available now untuk buat investment kan! Bila ada persaingan sihat macam ni, we will dapat to invest in the best platform kan! Pernah dengar about Raiz tapi tak pernah try lagi. So far using Luno only

    1. terbaik, boleh cuba ni, Luno strategi lain.

  4. nak tanya, jika kita laburkan ke salah satu dana contohnya UOB United i-Global Balanced Fund, boleh tak kita keluarkan pelaburan kita bila2? atau ada tempoh pelaburan kita dilock dengan dana tu?

    tq

    1. Boleh keluarkan bila-bila tak ada masalah. Cuma kalau keluarkan awal ni, dividen tak dapat la biasanya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *