Pada artikel kali ini, kami nak fokus berkenaan dengan beberapa keburukan Raiz invest yang anda patut tahu dan juga apa cadangan kami kepada anda untuk penambahbaikan. Di akhir artikel, ada beberapa alternatif yang kami boleh berikan kepada anda yang mungkin anda boleh fikirkan.
Raiz ini memang dah lama ada di Malaysia dan merupakan antara platform pelaburan yang telahpun disahkan oleh suruhanjaya sekuriti. Ianya merupakan satu platform pelaburan yang disahkan dan bukannya skim-skim yang tak sepatutnya.
Apapun, saya rekemen anda untuk baca sampai habis sebelum anda cuba platform ini. Juga, satu lagi yang kami nak ingatkan, artikel ini bukanlah nasihat kewangan kerana ianya hanya panduan secara umum sahaja. Artikel ini tidak lain hanya untuk tujuan pendidikan sahaja. Jika anda nakkan nasihat dalam bentuk kewangan, bolehlah rujuk penasihat kewangan yang bertauliah.

Kekurangan & Keburukan Raiz – Kos Yang Agak Tinggi
Sebelum pergi lebih jauh, perkara pertama sekali yang anda perlu ambil kira adalah faktor kos. Kos yang terlalu mahal, akan menyebabkan keuntungan anda menjadi lebih kecil dan sebaliknya.
Ini pun adalah antara sebab kenapa saya berhijrah daripada saham Malaysia kepada crypto kerana faktor kos. Ok berbalik kepada Raiz invest, kos yang dikenakan oleh pihak mereka adalah.
- RM1.5 / Month untuk bawah Rm6000
- 0.025%/month Untuk RM6000 ke atas
Jika anda nak membuat pelaburan di bawah RM6000, agak tinggi kos yang bakal dikenakan kepada anda. Jika anda membuat pelaburan sebanyak RM10 pula, caj yang dikenakan adalah sehingga 15% setiap bulan. Memang tak berbaloi kalau jumlah yang terlalu kecil.
Pada pandangan saya, jika nak invest dalam Raiz ini, nilai yang berbaloi adalah sebanyak Rm6000 dan anda hanya dikenakan 0.025% sahaja. Ianya boleh dikatakan murah dan berbaoi dengan caj yang dikenakan.
Kalau tak ada RM6000 macam mana? Boleh sahaja anda simpan dahulu sehingga cukup RM6000 dan kalau nak invest juga, saya boleh rekemen platform lain yang mempunyai fee yang lebih rendah sedikit berbanding Raiz. Boleh cuba Bitcoin ataupun Wahed Invest.
Funding Akaun – Terus Deduct Dari Akaun Tanpa Ada Persetujuan
Bila anda gunakan Raiz ini, anda kena setup funding akaun iaitu akaun yang Raiz akan deduct apabila anda nak deposit dana ke dalam akaun Raiz. Yang saya sendiri tak berapa gemar adalah, apabila anda bercadang nak depo, katakan depo Rm100, anda klik sahaja dalam sistem yang anda nak depo Rm100. Automatik tak lama lepas tu anda akan nampak yang duit anda dalam akaun kena tolak.
Pada awal-awal memang ada info dan verification yang membolehkan pihak Raiz lakukan perkara ini dan kita telahpun bersetuju, akan tetapi, sejak saya terlibat dalam dunia Crypto dan lihat banyak dana-dana dicuri dari exchange, jadi saya agak berhati-hati di sini.
Saya rekemen, linkan dengan akaun bank yang bukan akaun bank utama. Bukan akaun bank yang digunakan untuk simpan duit dan lain-lain. Akaun yang sudah tak berapa nak digunakan dan link dengan Raiz, mungkin dengan cara ini lebih selamat sikit. Ni antara keburukan Raiz yang pada pandangan saya perlu diperbaiki lagi.
Limit Kepada Beberapa Produk, Sekarang Ada Penambahan 3 Produk
Ketika awal-awal saya invest dalam Raiz ini, cuma ada produk dari Permodalan Nasional Berhad sahaja. Akan tetapi, kali ini ada penambahan dana daripada beberapa dana unit trust lain bagi membolehkan pelabur seperti kita mempelbagaikan dana pelaburan.
- ASN Sara 1
- ASN Equity 3
- ASN Imbang 2
- UOB United i-Global Balanced Fund
- Aberdeen Standard Islamic World Equity Fund
- UOB High Quality Sukuk Fund
Ketika artikel ini ditulis, ada 6 dana yang anda boleh laburkan dalam Raiz invest ini. Saya rekemen anda tengok video di bawah ini. Video tersebut adalah review dan pengalaman saya sendiri invest dalam Raiz dan performance selepas sebulan menyertai program ini.
Ini performance pada waktu itu, kalau anda nak melabur boleh cuba laburkan dana yang kecil dahulu dan lihat kepada hasilnya.
Limited Akses Untuk Buat Teknikal Analisis
Bagi yang ada kemahiran dalam membuat analisa teknikal kepada carta atau performace aset kelas, ianya seperti satu kekurangan. Teknikal analisis adalah carta yang ada boleh analisa dengan menggunakan tools seperti candlestick, indikator dan lain-lain untuk mengetahui pelbagai support dan resistance dalam satu aset.
Biasanya kalau nak analisa, memang saya akan gunakan tradingview sahaja. Kalau aset seperti Bitcoin, Etherium dan juga beberapa dana dalam Wahed Invest, memang boleh sahaja kalau saya nak buat analisa teknikal dengan Tradingview(daftar akaun FREE di sini), akan tetapi data berkaitan dengan info tersebut tiada lagi buat masa ni kalau menggunakan Raiz invest Malaysia. Ini mungkin sesuatu yang boleh diperbaiki lagi dari masa ke semasa.
Bagaimana Robo Adviser Raiz Buat Pembelian?
Jika dana itu jatuh dan terus jatuh, bila Raiz akan “cut loss” ataupun adakah akan tambah pembelian. Biasanya perkara ini akan dilakukan oleh fund manager ataupun dalam Bahasa Melayu, oleh pengurus dana.
Mungkin perlukan sedikit ketelusan di sini tentang bagaimana cara dan method menjual dan membeli dana-dana ini. Apakah strategi dan teknik yang digunakan oleh fund manager ataupun Robo Advisor dalam membuat pembelian dana-dana ini.
Alternatif Selain Raiz
Memang ada banyak alternatif untuk Raiz ini dan ini adalah antara beberapa cadangan saya untuk anda pelabagaikan lagi pelaburan anda.
Cryptocurrency
Cryptocurrency ini memang agak berisiko dan ada kemungkinan anda boleh rugi dan boleh untung. Kalau anda buat kajian secara jangka masa panjang, aset seperti Bitcoin ini bagaimana dan penerimaan aset ini oleh masyarakat dunia. Aset ini telahpun naik daripada haranya $1 sehingga paras tertinggi $60000 dalam masa 12 ke 13 tahun sahaja.
Nak bermula, boleh tengok beberapa artikel di bawah ini.
Yang best, modal minima Rm1000 pun tak ada masalah nak mula.
Wahed Invest
Wahed ini tak jauh beza dengan Raiz, ianya seperti dana unit amanah dan keputusan pelaburan dilakukan oleh pihak Robo Advisor.
Kalau di awal artikel tadi, saya ada mengatakan yang fee untuk Raiz ini, paling berbaloi kalau nak laburkan sebanyak RM6000. Kalau dalam Wahed ini tiada masalah kerana fee mereka lebih rendah dari itu.
Berapa fee kalau nak invest dalam Wahed? Saya tak nak ulang semula info, berkenaan dengan fee anda boleh baca dalam artikel kami di SINI. Info seperti itu memang anda boleh dapatkan di sana.
Bagi saya Wahed ini adalah antara alternatif lain yang bagus untuk Raiz. Tapi tak salah pun kalau anda nak laburkan dana anda dalam kedua-dua tempat. Juga sebagai alternatif kepada Tabung Haji.
Boleh Cuba Invest Tak Ada Masalah
Ini beberapa info berkenaan dengan keburukan Raiz Invest yang anda perlu tahu. Nak teruskan melabur ataupun sebaliknya, terpulang.
Cuma sebanyak, jangan laburkan kesemua dana anda dalam 1 tempat. Pastikan dah ada emergency saving ataupun dana kecemasan sebelum anda mula membuat pelaburan.
saya cuma ada akuan CIMB dan BSN,
saya cadang nak invert tapi katanya cuma akuan Maybank sahaja yg boleh.
sekarang mcm dah banyak akaun bank pun boleh