Clean CCRIS – Sebab Loan Kena Reject 2023

Ada banyak sebab kenapa bank reject permohonan pinjaman perumahan anda ataupun pinjaman anda yang lain. Salah satu antara sebab-sebab yang popular yang membuatkan permohonan pinjaman anda kena reject adalah disebabkan oleh isu “clean ccris”. Artikel pada kali ini adalah khusus bagi membincangkan berkenaan dengan isu langsung tak ada apa-apa komitmen dengan bank dan bagaimana cara untuk mengatasi isu tersebut agar, anda boleh mandapatkan pinjaman yang anda inginkan.

Pada artikel yang akan datang, kami akan memberikan beberapa tips dan apa itu term-term yang ada dalam CCRIS rekod. Antaranya adalah AKPK, Special Attention Account, CTOS dan lain-lain. Pastikan anda beli rekod CCRIS anda dahulu dan lihat apa yang tak kena sebelum anda mula untuk apply pinjaman rumah. Ini bagi membolehkan pinjaman rumah anda lulus dengan cepat tanpa ada apa-apa masalah di kemudian hari. 

clean ccris

Langsung Tak Ada Apa-Apa Komitmen, Boleh Ke Apply Loan?

Jawapan boleh, adalah lebih baik untuk anda buat 1 komitmen dengan bank untuk sekadar ada rekod dalam CCRIS. Itu sudah cukup memadai daripada langusung tak ada rekod. Tempoh rekod sebaiknya adalah setahun sebelum anda apply loan, kalau tak, beberapa bulan sebelum anda apply pinjaman rumah pun sudah membantu. 

Antara kemudahan yang anda boleh mohon untuk ada rekod dalam CCRIS anda adalah seperti berikut;

ASB Loan

ASB Loan – Kebanyakan bank suka kepada ASB loan, tetapi jangan terlalu banyak kerana ianya boleh dianggap sebagai beban kewangan kepada kebanyakan bank. Anda apply ASB loan hanya untuk sekadar ada rekod dalam CCRIS anda memang tak ada masalah. 

Boleh baca lagi berkenaan dengan info berkaitan dengan ASB Financing di dalam 2 artikel di bawah;

Kad Kredit

Kad Kredit – Kad Kredit pun membantu untuk anda mempunyai rekod dalam CCRIS. Apply kad kredit dan sentiasa bayar “on time” ianya pasti membantu anda dalam application loan seterusnya.

Tetapi awas dan jangan apply terlalu banyak kad kredit. Potong kad yang tidak digunakan kerana kalau ada banyak sangat kad kredit walaupun tak digunakan, ianya akan memberikan kesan kepada scoring pinjaman anda nanti. Boleh juga baca di sini untuk tips bayar kad kredit secara berkesan.

AEON Kredit

AEON KREDIT – Ansuran pinjaman mudah dari AEON pun adalah salah satu cara yang PALING CEPAT untuk anda dapatkan rekod dengan bank. Beli satu telefon berharga RM700 secara installment dengan AEON Kredit, ya, anda berjaya ada 1 loan dengan AEON. Mudah kan!

Dalam banyak-banyak pilihan, ini adalah antara pilihan yang cepat dan pantas untuk anda lakukan. Kalau ada mempunyai masalah “clean ccris” dan ingin pinjaman anda lulus dengan cepat, boleh buat pinjaman ansuran mudah dari AEON ini.

Personal Loan

Personal Loan – Kalau boleh elakkan untuk anda mempunyai personal loan kerana personal loan membuatkan kredit scoring anda menjadi rendah. Ada kemugkinan jika anda membuat permohonan kredit terutamanya pinjaman rumah, bank akan reject permohonan anda kerana anda mempunyai keupayaan kredit yang rendah. 

Boleh baca juga beberapa tips dari kami tentang tips dan cara untuk kurangkan bayaran personal loan anda. Boleh baca di SINI.

Kepada bakal pengantin baru yang terfikir nak buat personal loan untuk majlis perkahwinan anda tu, boleh baca artikel INI sebelum buat apa-apa keputusan untuk teruskan dengan perkahwinan anda.

ASB loan, Kad Kredit dan AEON Kredit adalah antara beberapa cara yang paling mudah untuk anda mendapatkan pinjaman perumahan. Jika anda terbaca artikel ini, dan anda tidak  mempunyai rekod CCRIS, kami rekemen anda untuk gunakan teknik ini bagi membolehkan anda mempunyai rekod CCRIS yang bagus.

Kalau Rekod CCRIS Masih “CLEAN” Boleh Apply Lagi Ke?

Perkara seperti ini memang banyak kali terjadi apabila anda sedang dalam perses pembiyaan rumah umpamanya. Nak apply kredit facility baru memang akan amik masa, jadi gunakan je apa yang ada dan ada ke bank yang nak bagi loan kepada mereka yang langsung tak ada apa-apa rekod dengan bank?

Ya, memang ada bank yang akan bagi tapi berkemungkinan pinjaman anda akan dihadkan kepada 80% sehingga 85% margin. Ada juga bank yang memberikan akses kepada pinjaman jika anda langsung tak ada apa-apa rekod dengan bank, tetapi anda perlu tunjukkan yang anda mempunyai “at least” simpanan sebanyak 10% daripada jumlah pinjaman yang anda mahukan. Anda mempunyai saving, tak ada masalah untuk mendapatkan pinjaman. 

Boleh ke BORANG INI kalau anda nak dapatkan pinjaman perumahan dalam kes anda mempunyai isu seperti CLEAN CCRIS. Kami akan bantu anda untuk mendapatkan pinjaman perumahan dalam keadaan segera.

Apapun, semoga anda berjaya mendapatkan pinjaman yang anda mahukan. Harap artikel ini memberikan sedikit input kepada anda berkenaan dengan apa yang anda perlu tahu dan risiko jika anda langsung tiada apa-apa rekod dalam CCRIS anda. 

Jangan lupa untuk follow channel Telegram kami seperti di bawah ini ya;

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *