4 Pinjaman Perumahan Hong Leong Bank Terbaik

Sekarang ini memang banyak bank yang menawarkan pinjaman perumahan dan antara pilihan yang popular dan kompetatif adalah apa yang ditawarkan oleh Hong Leong Bank. Sebagai seorang yang kerap berurusan dengan bank untuk pelbagai pinjaman perumahan, apa yang ditawarkan oleh bank ini memang berbaloi untuk anda cuba.

Khusus pada kali ini, kami ingin memberikan beberapa tips penting berkenaan dengan cara untuk mendapatkan pinjaman dan cara untuk permohonan pinjaman anda mudah lulus. Tak kira dimanapun anda, anda masih boleh mandapatkan pinajaman daripada bank ini ataupun boleh merujuk kepada kami untuk mendapatkan info lanjut.

pinjaman perumahan hong leong bank

Pinjaman Perumahan Hong Leong, Apa Yang Anda Perlu Tahu

Sebelum mendapatkan pinjaman bank, apa yang anda perlu lakukan adalah untuk mendapatkan laporan ccris rekod anda agar anda dapat melihat sendiri jika terdapat mana-mana pinjaman anda yang masih belum terlunas ataupun, anda mempunyai tunggakan dalam pinjaman anda. Jika anda mempunyai tunggakan dalam pinjaman anda, adalah disarankan untuk terlebih dahulu, selesaikan segala tunggakan yang ada.

Kalau anda mempunyai rekod tidak OK dengan CTOS pun anda perlu lakukan perkara yang sama. Langsaikan semua hutang yang ada barulah lebih mudah untuk membuat pinjaman. Disarankan untuk anda check semua info berkenaan dengan pinjaman anda dan barulah lakukan permohonan untuk pinjaman perumahan.

Apa Yang Menarik dengan HLB?

Kelulusan pantas jika anda menghantar semua dokumen dengan lengkap. Pengalaman saya, dalam masa seminggu sudah boleh untuk mendapatkan jawapan sama ada permohonan pinjaman berjaya ataupun sebaliknya. Kalau anda memang dalam proses untuk mendapatkan pinjaman perumahan sama ada rumah lelong, rumah terpakai ataupun sebaliknya, boleh cuba dengan bank ini.

Menawarkan Debt Service Ratio yang tinggi untuk pelanggan. Jika anda tergolong dalam mereka yang bergaji rm2500, boleh mencuba untuk mendapatkan pinjaman daripada bank ini. Ianya lebih mudah jika anda mempunyai gaji yang tetap setiap bulan, tiada rekod yang tidak baik dengan bank dalam erti kata lain mempunyai CCRIS rekod yang sangat cantik, anda digalakkan untuk mendapatkan pinjaman daripada bank ini.

Kalau mahukan permohonan pinjaman anda lebih sukses dan kami akan tolong applykan pinjaman anda ke beberapa bank serentak, boleh cuba untuk isi borang di link bawah. Kami bantu untuk mendapatkan pinjaman perumahan pada kadar yang terbaik.

>>Pinjaman Perumahan Perbankan Islam<<

Apa Yang HLB Tawarkan?

Berikut adalah pakej pinjaman yang Hong Leong tawarkan. Boleh tengok pilihan yang ada.

Rumah Subsale

Rumah Subsale – Untuk info, bank ini tidak menawarkan Skim Rumah Pertamaku – 100% loan kepada peminjam. Apa yang ditawarkan adalah pinjaman sebanyak 90% daripada harga pasaran kepada peminjam. Oleh sebab itu penting untuk anda cuba dapatkan penilai  yang boleh memberikan harga pasaran yang tinggi kepada anda.

Untuk info rumah subsale dan dokumen berkaitan, boleh tengok artikel kami di SINI.

Rumah Lelong

Rumah Lelong – Untuk mendapatkan pinjaman untuk rumah lelong pun tak ada masalah. Memang ada sesetengah bank tidak mahu memproses pinjaman untuk rumah lelong tetapi untuk HLB, tiada masalah untuk mendapatkan pinjaman.

Kalau anda ingin mendapatkan pinajaman rumah, boleh hubungi kami melalui link di atas untuk mendapatkan pinjaman rumah. Boleh ikuti artikel ini untuk dapatkan info lanjut berkenaan dengan rumah lelong.

Refinance

Refinance – Bank ini juga mempunyai skim refinance mereka yang tersendiri tetapi skim yang mereka tawarkan sedikit unik. Mereka hanya menawarkan pinjaman sekitar 80% daripada harga pasaran untuk pembiayaan semula rumah. Kalau anda memang tidak mahu amount yang banyak untuk pinjaman rumah, boleh dapatkan daripada untuk lanjut daripada bank ini.

Saya ada tulis pengalaman saya refinance rumah sendiri di SINI. Harap artikel ini dapat berikan anda pencerahan untuk anda mendapatkan pinjaman perumahan terbaik berdasarkan kepada apa yang anda mahukan.

Cuba Dapatkan Pinjaman Daripada Banyak Bank – Lebih Peluang Untuk Pinjaman Lulus

HLB adalah salah satu daripada beberapa bank yang menawarkan pinjaman pada kadar yang murah dan mudah untuk lulus. Ianya juga merupakan salah satu daripada beberapa panel bank kami dan jika anda serious ingin mendapatkan pinjaman rumah, boleh pm kami dan kami akan cuba sedaya upaya untuk mendapatkan pinjaman rumah.

Ramai clent saya yang dah approve loan dengan Hong Leong Bank. Anda cuba dahulu kerana belum cuba belum tahu.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *