2 Panduan & Cara Membeli Saham 2021

Ramai yang bertanya, macam mana cara membeli saham di Bursa Saham Kuala Lumpur. Sebenarnya tidak susah untuk membeli saham terutama kalau anda sudah biasa membuat transaksi menjual dan membeli saham. Kalau anda baru bermula nak berjinak-jinak dengan saham, mungkin sukar untuk membuat pembeli saham tetapi kalau dah biasa ataupun dah cuba beli saham sekali, insyaAllah lepas tu memang tiada masalah lagi untuk membuat pembelian saham.

Kalau anda pelabur baru yang nak mula berjinak dengan pelaburan saham ini, anda tidak perlu risau dengan cara membeli saham kerana ianya tidak susah, memang mudah untuk menjual dan membeli saham. Yang patut anda risaukan lagi adalah tentang cara untuk melabur saham. Cara pemilihan kaunter saham dan juga timing terbaik untuk anda mula menjual dan membeli saham. Ini lebih penting daripada cara membeli saham kerana ianya patut dijadikan prioriti dalam membuat penilaian saham mana yang terbaik yang anda inginkan.

cara membeli saham

Sebelum membeli saham – apa yang anda perlu tahu

Sebelum membeli saham, anda perlu membuka satu akaun saham daripada banyak platform yang ada di Malaysia ini. Boleh teruskan membaca artikel ini sehingga habis bagi mendapatkan info lanjut berkenaan dengan tips ataupun broker terbaik dan untuk mencari platform terbaik untuk pelaburan anda. Nasihat saya, kalau nakkan platform yang murah dan harga yang terbaik, cuba buka akaun saham dengan aminvest, setakat ini, aminvest menawarkan cas yang paling murah untuk menjual dan membeli saham.

Apapun, banyak lagi syarikat broker saham yang anda boleh pilih selain daripada aminvest, ada maybank invest, rhb invest dan banyak lagi di Malaysia. Hubungi bank-bank ini ataupun walk in ke investment bank terdekat untuk membuka akaun saham terbaru anda.

Dah ada akaun lepas tu nak buat apa?

Lepas dah ada akaun, anda sudah boleh analisa kaunter-kaunter saham yang berpotensi untuk anda laburkan. Macam mana nak buat analisa ini, cara paling mudah adalah membuat analisa berdasarkan kepada teknikal analisis dan fundemantal analisis. Apa tu?

Teknikal analisis adalah teknik yang berdasarkan kepada graf, menjual dan membeli berdasarkan kepada analisa trend sesuatu kaunter. Ianya salah satu teknik yang efektif dalam pelaburan saham dan ramai yang berjaya dengan teknikal analisis ini. Untuk mendalami ini, memang memerlukan kesungguhan untuk belajar. Semunya bermula dengan langkah pertama.

Satu lagi, anda boleh dapatkan beberapa siri tips untuk anda trade saham secara percuma di SINI. Harap ianya membantu anda untuk sukses dalam pelaburan saham yang anda ceburi.

Fundemantal analisis adalah teknik pelaburan dengan menggunakan ataupun melihat kepada kekuatan sesuatu syarikat. Sama ada syarikat itu kuat ataupun tidak, bergantung kepada penyata kewangan syarikat tersebut. Ianya menceritakan tentang kesihatan kewangan syarikat dan bagaimana syarikat beroperasi untuk membolehkan anda membuat keuntungan dengan pelaburan saham. Untuk mendalami teknik ini, memang memerlukan kesungguhan dan cara tersendiri.

Apapun, boleh tengok beberapa pilihan dan tips candlestick saham seperti dalam video di bawah ini;

Bila dah pilih kaunter – boleh beli saham

Dah ada kaunter yang anda mahukan dan harga yang anda inginkan, boleh mula membuat jual dan beli saham. Disebabkan anda akan menggunakan platform berbeza-beza, lebih baik untuk anda hubungi remiser anda tentang langkah ini kerana ianya akan membantu anda untuk membuat pembelian. Tetapi, memang cara membeli saham tidak susah dan yang lebih sukar adalah cara membuat analisa daripada beribu-ribu kaunter saham.

Tak tahu macam mana nak filter kaunter berpotensi, jangan risau kerana kalau anda subscribe channel Youtube smartinvest101 kami, ada banyak info dan perkongsian menarik berkenaan dengan topik saham. Antaranya adalah tips dan cara untuk scan kaunter saham yang berpotensi seperti dalam video di bawah ini.

Untuk pembelian saham, anda boleh lakukan secara online sahaja sekarang ini. Kalau dulu tengok TV cerita pasal pelaburan saham, ada remiser dihujung telefon, tetapi kini semuanya di hujung jari sahaja. Kalau ada di depan komputer, anda boleh buy atau cancel position dalam sekelip mata. Analisis pun mudah sekarang ini cuma depan komputer sahaja. Bergantung kepada remiser yang anda gunakan.

Nak Jual dan Beli Semuanya di Hujung Jari Sahaja

Kalau anda gunakan platform dari CIMB, anda boleh tengok beberapa step by step macam mana cara nak menjual dan membeli serta banyak lagi tips lain untuk pelaburan saham lain. Boleh tengok video di bawah ini, semuanya mudah sahaja kalau nak buat buy and sell dalam saham ini menggunakan broker masing-masing tidak terhad kepada CIMB.

Alternatif Lain Kepada Pelaburan Saham

Saham adalah pelaburan satu arah. Maksudnya, anda cuma boleh “buy low” dan “sell high” sahaja. Sebagai alternatif lain yang patuh syariah di Malaysia, ada satu lagi alternatif lain yang ada. Anda boleh juga ambil short position daripada pasaran tersebut. Erti kata lain, anda boleh buat duit semasa market dalam keadaan downtrend. Menarik kan? Nak tahu lebih lanjut berkenaan dengan market tersebut, boleh ke ARTIKEL INI untuk info lanjut.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Pin It on Pinterest