Loan Rumah Paling Senang Lulus – Baca Sebelum Beli

Loan rumah paling senang lulus ni macam mana? Kami ada kongsikan cerita berkenaan dengan kisah customer yang ingin buat pinjaman rumah dan loan beliau telahpun lulus dengan jayanya. Yang lebih menarik adalah, loan ini lulus dalam masa 1 hari sahaja.

Kalau nak ikutkan, jarang dapat kes macam ini. Kalau dapat pun, kes seperti ini kenalah kes yang betul-betul bagus dan customer hantar dokumen lengkap. Kalau ada dokumen yang tak lengkap, memang akan ambil masa sikit untuk proses loan approve. Apapun, kami kongsikan kisah berkenaan dengan pinjaman rumah tersebut di bawah.

loan rumah paling senang lulus

Boleh ke kes loan approve dalam masa 1 hari? Ada terima 1 kes customer nak apply loan untuk pinjaman rumah di Bandar Putra, Kulai.

Harga rumah tidaklah terlalu tinggi, dan setelah melihat kepada kedudukan kewangan pembeli, dan rekod CCRIS mereka, memang tiada apa-apa tunggakan, jadi, kebarangkalian untuk loan lulus adalah sangat tinggi.

Masa pertama kali jumpa, customer dah bawa siap-siap dokumen yang diperlukan untuk pinjaman rumah, beserta dengan CCRIS rekod sekali.

Pinjaman ini adalah join application antara suami dan isteri.

Dokumen semua dah dapat, terus submit ke bank untuk loan application. Semua maklumat lengkap, bank terus send ke HQ untuk approval pada hari yang sama. Yang penting, dokumen semua lengkap.

Esoknya terus dapat feedback loan approve.

✔ Loan Approve RM220k (90%)
✔ Interest rate : 5.1%
✔ Bank : Bank A***

Tahniah kepada client kerana berjaya dapat rumah pertama. Loan dah approve dan dan sign agreement.

So far inilah kes paling cepat loan approve, kepada yang nak buat pinjaman rumah, boleh KLIK link INI untuk dapatkan info berkenaan dengan pinjaman rumah anda. Harapnya, lebih mudah pinjaman rumah anda lulus dan kalau anda ingin dapatkan tips ataupun ingin dapatkan pinjaman rumah.

Tempoh Lulus Pinjaman Rumah

Tempoh lulus untuk sesuatu pinjaman rumah amatlah bergantung kepada banyak faktor. Kebiasaannya, akan mengambil masa sehingga 2 minggu jika dokumen yang diberikan adalah dokumen yang lengkap. Jika banyak dokumen yang tak lengkap, memang kena tunggu sehingga sebulan untuk proses untuk dapat tahu sama ada pinjaman itu boleh lulus ataupun sebaliknya. Untuk selamat, kebanyakan bank memberikan tempoh masa sehingga 2 minggu untuk dapat keputusan.

Ini untuk kes biasa, kalau kes seperti tiada rekod CCRIS, bekerja sendiri, ianya akan sedikit ambil masa untuk proses pinjaman diluluskan. Juga, bergantung kepada bank yang anda buat pinjaman. Ada sesetengah bank yang tak berapa suka berikan pinjaman kepada mereka yang bekerja sendiri. Jika anda seorang pekerja yang makan gaji, ianya akan jadi lebih mudah dan cepat.

Cara Ataupun Tips Mudah Lulus Loan Rumah

Untuk tahu berkenaan dengan cara ataupun tips mudah lulus pinjaman perumahan anda, apa yang anda perlu lakukan adalah untuk anda tahu kenapa sesuatu pinjaman itu tidak lulus. Untuk itu, kami jemput anda untuk tengok artikel 6 sebab pinjaman rumah tak lulus di SINI dahulu sebagai salah satu input.

Apapun, yang penting, jangan ada sebarang rekod tertunggak dengan bank, ataupun lihat kepada CTOS rekod, kalau ada yang tertunggak pun akan jadi masalah. Jaga dan cantikkan komitmen anda dan kalau yang tak ada hutang langsung tu, kalau boleh ambil 1 kad kredit ataupun buat satu hutang agar mudah untuk mendapat pinjaman daripada bank.

Apabila gaji anda bagus, lebih mudah kalau makan gaji dan ada tolakan kwsp, makin mudahlah untuk pinjaman perumahan diluluskan. Nak tahu lebih lanjut berkenaan dengan apa proses selepas loan rumah lulus, boleh tengok pencerahan dalam video di bawah ini.

Bank Mana Senang Lulus Pinjaman Rumah?

Bank sekarang banyak bergantung kepada beberapa faktor agar pinjaman seseorang itu lulus. Antara faktor utama adalah DSR – boleh baca di SINI, CCRIS rekod untuk lihat tiada yang tertunggak dan satu lagi adalah Scoring. Setiap bank mempunyai scoring yang berbeza dan memang betul ada sesetengah bank yang mempunyai scoring yang agak strict berbanding lainnya.

Sebagai contoh, tak semua bank mahukan mereka yang kerja oil & gas, tak semua nak beri pinjam pada mereka yang bekerja sendiri dan tak semua juga nak berikan pinjaman kepada mereka yang bekerja di Singapura. Oleh sebab itu, adalah lebih baik untuk anda buat pinjaman dan apply beberapa bank serentak. Tak tahu macam mana nak apply bank serentak, kami boleh tolong anda untuk apply beberapa bank serentak.

Harap artikel loan rumah paling senang lulus ini membantu anda untuk membuat keputusan yang betul kalau anda nak buat pinjaman rumah.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *