6 Sebab Loan Rumah Tak Lepas

Sejak akhir-akhir ini memang banyak uruskan pinjaman rumah, boleh ke SINI untuk tahu mengenai siapa saya. Bila banyak uruskan pinjaman rumah ini, memang banyak la cerita pinjaman rumah yang tak lepas dan pada kali ini, kami ingin berikan beberapa info penting berkenaan dengan pinjaman perumahan agar memudahkan anda untuk membuat pinjaman dan kenapa sebab tak lepas.

Kenapa tak lepas? Memang ada banyak sebab disebabkan beberapa faktor seperti komitmen, dan lain-lain. Kalau anda sedang apply pinjaman rumah, boleh cuba beberapa tips ini, kalau anda sedang untuk mendapatkan pinjaman dalam masa terdekat, boleh amalkan tips yang kami cadangkan ini untuk membolehkan anda mendapat pinjaman dan membolehkan pinjaman anda lulus dengan mudah.

#1 Komitmen Terlalu Tinggi

Ini adalah antara sebab yang paling popular kenapa pinjaman tidak lulus. Mana tidak kalau gaji cuma RM3000 tetapi bayaran kereta sehingga RM1500 sebulan. Belum campur bayaran lain seperti maintenance kereta, ataupun duit belanja. Kalau komitmen terlalu tinggi, memang susah bank nak proses pinjaman rumah.

Oleh itu, cara yang paling mudah adalah dengan kurangkan komitmen bulanan agar lebih mudah untuk mendapat pinjaman khususnya berkaitan dengan pinjaman rumah.

#2 “Clean CCRIS” nak buat apa?

“Kalau komitmen tinggi pun susah, kalau langsung tak ada komitmen dengan bank pun susah!”

Kalau langsung tak ada komitmen dengan bank ini pun menyebabkan pinjaman rumah anda menjadi susah kerana bank mempunyai risiko kerana tidak pernah tahu corak pembayaran pinjaman anda. Untuk info, sebenarnya, ramai yang mempunyai masalah “clean ccris” ini dan salah satu cara untuk atasi masalah ini adalah dengan cuba buat 1 komitmen dengan bank. Komitmen apa?

Cuba buat 1 card credit daripada mana-mana bank. Dengan card credit ini membolehkan anda mempunyai 1 rekod dengan bank dan anda boleh gunakan apabila nak apply loan tersebut.

Cara kedua, gunakan AEON credit dan dapatkan 1 pinjaman untuk ansuran mudah. Beli alatan elektrik seperti TV dan lain-lain kemudian bayar gunakan AEON. ini adalah cara yang paling cepat untuk anda buat 1 rekod kredit dengan bank untuk pinjaman perumahan anda.

Kedua-dua cara ini perlukan masa paling kuran sebulan atau 2 bulan sebelum membuat pinjaman rumah. Kalau anda urgent, ada beberapa bank yang boleh berikan pinjaman walaupun anda mempunyai 0 di CCRIS Report tersebut. Untuk tahu bank apa? Boleh isi borang ini dan kami akan cuba hubungi anda dalam masa terdekat.

#3 CCRIS Payment Tak Cantik

Setiap pinjaman yang anda pinjam dengan bank, akan disimpan rekod di dalam CCRIS rekod. Kalau anda pernah mempunyai tunggakan sehingga 2 bulan, memang menjadi masalah untuk pinjaman anda lulus. Apapun, cuba bayar pinjaman bulanan anda “on time” dan elakkan daripada tertunggak melebihi 2 bulan. Kalau sudah lebih 2 bulan, memang akan menjadi satu masalah besar.

#4 Nama Blacklist

Nama pernah blacklist disebabkan oleh pernah Guarantor orang lain ataupun pernah membuat pinjaman dan tidak berbayar. Apabila ini terjadi, memang kena settlekan masalah tersebut baru boleh buat pinjaman dengan bank. Kalau boleh elakkan untuk menjadi guarantor orang lain selain daripada sedara mara.

#5 Bankrupt atau dalam Senarai AKPK

Tahu apa itu AKPK? Kalau tak tahu berkenaan dengan AKPK boleh ke SINI. AKPK adalah agensi kaunseling di bawah Bank Negara dengan tujuan penubuhan untuk membantu mereka yang mempunyai masalah kewangan ataupun pinjaman yang tidak berbayar. AKPK memang telah membantu ramai orang keluar daripada gejala dan masalah kewangan.

AKPK akan restructure balik kewangan seseorang dan panjangkan tempoh pembayaran supaya seseorang itu boleh membayar balik pinjaman dengan bank. Jika sedang berada dalam senarai AKPK, memang kena keluar dahulu sebelum boleh membuat pinjaman dengan bank.

#6 Low Scoring

“Scoring Fail”

“Minta Maaf Scoring Rendah”

Kalau anda mempunyai masalah ini, boleh cuba berhubung dengan kami kerana ada beberapa institiusi kewangan yang tidak tengok sangat pada isu “scoring”. Kalau memang scoring adalah masalah anda, kami boleh cuba membantu untuk pinjaman perumahan anda.

Apapun, ini adalah 6 sebab utama kenapa pinjaman perumahan anda tidak lepas.

Kalau mahu pihak kami periksa kelayakan pinjaman anda, boleh ke LINK INI.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *