3 Cara Buat Unlimited Hotspot 2023

Macam mana cara buat unlimited hotspot? Cara ini adalah khusus untuk anda cuba sendiri terutamanya yang tak ada kemahiran teknikal seperti coding dan programing. Ada banyak artikel lain yang tunjuk macam mana nak buat coding dan sebagainya untuk dapatkan akses unlimited hotspot.

Kalau anda tak mahir untuk gunakan coding pun tak mengapa, kerana saya faham, tak semua orang boleh buat coding sendiri dan agak teknikal. Beberapa blog ataupun website lain pun ada yang berikan content yang lebih kurang serupa cuma pada saya agak sedikit “complicated” kerana perlu untuk sesetengah tu, kena coding dan ada sesetenah tu, kena gunakan applikasi tertentu. Saya pun tak berapa suka sangat dengan coding dan programing, dan atas sebab itulah saya terpanggil berkongsi kepada anda semua artikel pada kali ini.

Apapun, artikel pada kali ini adalah pengalaman saya sendiri bagi mendapatkan internet berkualiti pada harga yang berpatutan. Saya jamin, strategi ini simple sangat dan anda yang tak ada pengetahuan teknikal pun boleh buat. Saya gunakan strategi ini kerana, atas sebab-sebab tertentu, saya tak dapat nak akses internet yang lebih stabil seperti Unifi dan lain-lain.

cara buat unlimited hotspot

Alternatif Kepada Unifi

Cara ini adalah alternatif kepada Unifi dan jika kawasan kediaman anda tiada akses kepada Unifi, barulah saya rekemen untuk anda gunakan strategi ini. Untuk dapatkan akses kepada Unifi pula, anda boleh sahaja beli di lama web mereka bagi mendapatkan akses kepada unfi.

Juga mungkin sebab-sebab tertentu yang anda tidak boleh melanggan Unifi disebabkan oleh kontrak Unifi selama 2 tahun dan ada kemungkinan yang anda tak dapat nak menetap selama 2 tahun di tempat yang sama. Mungkin juga anda tinggal di rumah sewa dan sebab lain lagi yang anda tak dapat nak langgan Unifi. Mengikut pengalaman saya, akses kepada Unifi adalah lebih baik daripada untuk anda gunakan unlimited hotspot ini.

Kena Ada Pelan Internet Unlimited 

Sebelum pergi lebih jauh lagi, apa yang anda perlukan adalah untuk dapatkan apa-apa sahaja pelan Unlimited Internet yang ada di pasaran sekarang ini. Banyak sekarang ni pelan internet seperti ini yang anda dan anda boleh pilih mana satu yang sesuai dengan anda.

halo telco
  • TERBARU: PLAN UNLIMITED (RM48/BLN)
  • Unlimited Data dengan kelajuan 6Mbps
  • Unlimited Call ke semua rangkaian dalam Malaysia
  • Hotspot sebanyak 5GB

Di atas ini adalah pelan internet tanpa had daripada Halo Telco. Inilah harga daripada pakej yang anda bayar. Harga yang berbaloi untuk pelan unlimited data yang sangat bagus untuk anda gunakan terutama untuk kerja dan lain-lain. Mana tahu akan ada PDPR ataupun sesi pembelajaran dalam talian lagi pada masa akan datang. Ianya akan sedikit sebanyak membantu anda.

Yang menarik daripada pelan Halo Telco ini adalah, walaupun anda sekadar user sahaja, anda sudah boleh ajak orang lain gunakan telco ini dan dapat sedikit referral. 

Menarik dan memang boleh buat income dan jana pendapatan secara santai-santai dengan Halo Telco ini. Jika anda berminat nak dapatkan pelan daripada Halo Telco ini, boleh dapatkan simkad ini di Kedai Shopee kami di bawah ini.

Berbaloi, memang sangat berbaloi. Oh ya, bersempena dengan promosi tahun ini, kami nak berikan giveaway Simkad Halo Telco ini pada harga promosi. Boleh terus beli di kedai Shopee kami dan jika ada sebarang pertanyaan, boleh berhubung dengan kami di ruangan chat Shopee.

Sekali lagi, pakej internet kalau nak gunakan strategi pada kali ini, wajib gunakan pakej yang ditawarkan dengan unlimited internet. Kalau tak ditawarkan dengan pakej unlimited internet, ada kemungkinan yang data anda akan cepat sahaja habis. Lagipun sekarang ini memang ada banyak pilihan pakej daripada syarikat telekomunikasi yang tawarkan talian internet tanpa had. Cari sahaja yang mana yang paling bersesuaian dengan anda.

Pelan Bebas55 ganti Tune48

Untuk info, sekarang ini pelan Tune48 ini sudah tidak dijual lagi. Yang ada sekarang ini adalah pelan ganti iaitu pelan Bebas55. Pelan ini menawarkan harga yang agak berbaloi pada internet quota yang lebih kurang sama iaitu pada 100gb internet (FUP). Dengan kadar kelajuan yang lebih tinggi sedikit daripada biasa.

Pelan ini menawarkan unlimited hotspot, jumlah hotspot adalah sama dengan jumlah FUP dan sangat sesuai sebagai pelan untuk unlimited hotspot terkini. Info lanjut juga anda boleh dapatkan dalam video di bawah ini.

Nak dapatkan pelan ini, anda boleh beli sahaja di kedai Shopee kami di link atas. Boleh terus beli dari sana dan antara pelan yang berbaloi untuk hotspot di rumah anda.

Beli Device Ini – Tak Mahal Pun Yang Penting Berbaloi

Dah ada pakej untuk unlimited internet, satu lagi item yang wajib anda ada untuk gunakan strategi ini adalah, anda perlukan device ataupun modem yang khusus. Apa yang modem ini buat adalah, ianya akan tukar data untuk smartphone yang anda guna sebagai hotspot. Sepatutnya, jika masuk ke dalam modem, automatik akan guna data hotspot kan, tapi tidak jadi seperti itu dalam hal ini. 

Cuma pasang sim pada modem je dan anda boleh mula nampak hasilnya nanti. Apapun sedikit tips dan guide untuk pemilihan modem yang berkualiti dan bagus pula. Saya pernah guna modem jenama Huawei dan juga jenama lain, dan buat masa ini saya rekemen yang jenama Huawei kepada anda semua. Agak mahal sikit tapi sangat bagus dan berkualiti.

Jenama OEM lain, kadang-kadang wifi tak dapat nak connect adalah antara isu utama yang sangat kerap terjadi. Sebab itu saya rekemen jenama Huawei dengan harga yang berpatutan dan kualiti yang bagus. Untuk jenama Huawei, saya paling rekemen jenama ataupun model Huawei B310 ataupun model Huawei B315 dan sebagainya. Saya ada pengalaman menggunakan model B310 dan B315 dan setakat ini memang tak mengecewakan.

Nak gunakan modem jenama lain pun tiada masalah, cuma sekali lagi, pengalaman saya jenama lain agak mengecewakan. Alang-alang nak cuba, jenama Huawei adalah yang anda patut cuba dulu. Mahal sikit tapi insyaAllah berbaloi.

Boleh Buat Unlimited Hotspot

Dah ada simkad dan modem, pasang sahaja insyaAllah dan boleh guna macam biasa. Cara ini memang simple dan efektif dan boleh dikatakan secara cara buat unlimited hotspot yang paling mudah tanpa perlu pengetahuan teknikal khususnya coding dan programing yang tinggi. Beli je devise dan boleh gunakan terus di rumah anda tanpa perlu nak buat modification.

Sebelum anda gembira dan membeli simkad Tune Talk Jimat dan juga Modem Huawei ini, pastikan kawasan anda ada coverage telco tersebut. Jika Halo Telco, menggunakan coverage Celcom dan celcom ada di kawasan anda. Jika tidak, boleh menggunakan Telco lain yang mungkin lebih kuat coverage di kawasan anda.

Teknik Ini Memang Boleh Cuba Sendiri

Simple sahaja tutorial cara buat unlimited hotspot pada kali ini. Jika terdapat sebarang persoalan berkaitan dengan cara ini, boleh dan dialu-alukan untuk berikan komen anda di ruangan komen di bawah. Mungkin ada penambahbaikan yang anda boleh berikan pun tiada masalah untuk ajukan dalam ruangan komen di bawah.

Jangan lupa untuk share artikel ini kepada rakan anda yang lain agar lebih banyak manfaat yang anda boleh perolehi.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *