Scammer Pelaburan Di Telegram – Jangan Biarkan

Banyak betul scammer palaburan di Telegram sampai kadangkala tu, rasa dah tak selamat kalau guna Telegram. Anda yang baca dan sampai artikel ini mesti nak tahu kan betul ke scammer pelaburan di telegram dan modus operandi (bagaimana mereka bergerak). Apapun, artikel ini adalah pengalaman saya sendiri secara umum dan harap anda sebagai pengguna, berjaga-jaga dengan skim pelaburan yang tak tentu arah di Telegram ini.

Apa yang anda boleh lakukan sebagai pengguna untuk elak daripada perkara seperti ini. Mencegah lebih baik daripada kalau dah terkena scam. Kalau dah terkena scam itu, apa yang anda boleh lakukan dan harapnya, artikel ini dapat membantu anda untuk elak daripada perkara yang tidak diingini.

Saya berharap sangat anda yang membaca artikel ini dapat tinggalkan komen di bahagian komen di bawah. Untuk jadi pengajaran kepada pengguna lain khususnya, mana tahu pengalaman anda dan perkongsian anda membolehkan tuhan membalas dan melapangkan rezeki anda nanti. Ianya akan membantu yang lain-lain untuk beringat pada masa akan datang nanti.

scammer pelaburan di telegram

Ramai Yang Kena Scam Daripada 2 Cara Ini

Saya lebih suka Telegram berbanding dengan Whatsapp dulunya. Telegram lebih pantas, nak hantar file agak besar pun tiada masalah. Kalau group telegram tu, boleh masukkan beribu peserta. Akan tetapi apabila diganggu scammer ataupun dimasukkan ke dalam group pelaburan di Telegram, ternyata Whatsapp masih lagi selamat buat masa ini.

Pihak Telegram pun sudah memberi kerjasama dengan pihak kerajaan Malaysia berhubung dengan terlalu banyak dakwaan scam yang ada di applikasi media social tersebut.

KUALA LUMPUR – Platform media sosial, Telegram hari ini akur untuk memberi komitmen dan bersedia menjalinkan hubungan kerjasama yang lebih erat dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam mengekang isu keselamatan siber di platform berkenaan.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, dalam mesyuarat selama satu jam bersama wakil Telegram hari ini, beliau menegaskan terlalu banyak kes jenayah seperti penipuan pelaburan palsu, pedofilia, pornografi dan jenayah dalam talian lain berlaku di platform media sosial itu. [sumber]

Masuk Dalam Group Telegram Pelaburan

Ini yang paling banyak berlaku apabila anda dimasukkan ke dalam group Telegram secara paksa oleh kenalan anda yang mungkin dah tak guna pun nombor tersebut. 

Kadangkala group Telegram scammer pelaburan ini menggunakan gambar pempengaruh (baca : influencer) tertentu dengan tujuan untuk menarik minat orang ramai melabur dengan mereka. Antara pempengaruh yang sering digunakan gambarnya adalah seperti Dato Dr Nazri Khan, Asri Ahmad dan lain-lain. Agamawan pun antara mereka yang sering dijadikan mangsa apabila gambarnya digunakan untuk menarik minat orang ramai yang nak melabur dengan mereka.

Dalam group tersebut menunjukkan yang seolah-olah semunya betul dan pelaburan ini benar-benar berlaku. Akan tetapi hakikatnya, ianya adalah satu strategi pihak scammer ini untuk mencari mangsa baru. Jangan percaya dan abaikan sahaja group ini. Terus tinggalkan sahaja group ini. Kemudian boleh setting two step verification dalam Telegram.

Cara Buat two step verification di Telegram

  • Buka Aplikasi Telegram: Mula dengan membuka aplikasi Telegram di telefon atau peranti mudah alih anda.
  • Akses Pengaturan atau Setting: Klik ikon tiga baris di sudut kiri atas atau tengah bawah skrin (bergantung pada versi Telegram anda) untuk membuka menu utama. Dalam menu ini, cari dan ketuk “Pengaturan.”
  • Pilihan Privasi Dan Sekuriti: Dalam menu Pengaturan, cari dan ketuk “Keamanan dan Privasi” atau “Privasi dan Keamanan” (bergantung pada versi Telegram).
  • Aktifkan Two-Step Verification: Cari pilihan “Two-Step Verification” atau “Pengesahan Dua Faktor” dan ketuk itu.
  • Masukkan Kata Laluan: Anda akan diminta untuk memasukkan kata laluan saat ini (jika anda belum ada, anda perlu menciptakannya terlebih dahulu). Kata laluan ini digunakan untuk membuka semula akaun Telegram anda jika anda lupa kod pengesahan dua faktor.
  • Tetapkan Kata Laluan Dua Faktor: Selepas memasukkan kata laluan semasa, anda akan diminta untuk menetapkan kata laluan dua faktor baru. Pastikan kata laluan ini cukup kuat dan unik. Telegram akan menunjukkan tahap kekuatan kata laluan semasa anda menaipnya.
  • Sahkan Kata Laluan: Selepas menetapkan kata laluan dua faktor baru, anda akan diminta untuk mengesahkan semula kata laluan tersebut dengan memasukkannya sekali lagi.
  • Isikan Kod Pengesahan: Akhirnya, anda akan diminta untuk memasukkan kod pengesahan dua faktor yang akan dihantar ke telefon anda untuk mengaktifkan pengesahan dua faktor. Masukkan kod ini dengan betul.
  • Selesai: Selepas memasukkan kod pengesahan dua faktor, pengesahan dua faktor anda akan diaktifkan. Pastikan anda mengingati kata laluan dua faktor anda, kerana ini adalah penting untuk memulihkannya jika anda lupa kata laluan tersebut.

Pengesahan dua faktor adalah langkah penting dalam meningkatkan sekuriti akaun Telegram anda. Pastikan anda menyimpan kata laluan dua faktor anda dengan selamat dan jangan berkongsi dengan sesiapa.

Step ini sangat penting, untuk info lebih lanjut, boleh baca artikel kami kalau Telegram kena hack nak buat apa.

Ada Yang PM Anda Untuk Pinjam Duit

Kadangkala ada sahaja kenalan saya yang menghubungi saya daripada Telegram dengan tujuan untuk pinjam duit.

Jika anda dan memang anda nak beri pinjam duit, berhati-hati dan cuba hubungi kenalan tersebut melalui cara lain. Sama ada buat panggilan telefon ataupun cuba hubungi di platform lain seperti Whatsapp untuk pengesahan.

Kebanyakannya, memang scammer yang cuba pinjam duit menggunakan profile kenalan kita, di sini kena hati-hati takut anda pun termasuk dalam perangkap mereka. Ini adalah antara cara selain scammer pelaburan di Telegram yang kerap berlaku.

Apa Yang Anda Perlu Lakukan

Untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan di Telegram atau mana-mana platform sosial lain, anda boleh mengambil langkah-langkah berikut:

  • Pastikan Profil Penjual atau Penyedia Perkhidmatan: Sebelum membuat sebarang pembelian atau melibatkan diri dalam perbualan atau urus niaga dengan seseorang di Telegram, pastikan anda memeriksa profil mereka. Lihat rekod aktiviti mereka, jumlah ahli dalam kumpulan mereka (jika berkaitan), dan pastikan mereka kelihatan sebagai pengguna yang sah.
  • Jangan Berkongsi Maklumat Peribadi: Jangan sekali-kali berkongsi maklumat peribadi seperti nombor telefon, alamat, atau butiran perbankan dalam perbualan dengan individu yang tidak anda kenali atau yang kelihatan mencurigakan.
  • Berhati-hati dengan Tawaran yang Terlalu Baik untuk Dipercayai: Jika tawaran yang anda terima terlalu baik untuk dipercayai, mungkin ia adalah penipuan. Gunakan penilaian logik anda. Penipuan seringkali melibatkan janji-janji yang tidak realistik atau tawaran yang terlalu murah.
  • Jangan Mudah Terpengaruh : Penipu mungkin akan mencuba mengejutkan anda atau memaksa anda untuk membuat keputusan cepat. Jangan terpengaruh oleh tekanan ini. Ambil masa untuk memikirkan keputusan anda dengan tenang.
  • Guna Laman Web Rasmi atau Aplikasi: Jika anda mahu membuat pembelian dalam talian atau berurusan dengan perkhidmatan dalam talian, pastikan anda menggunakan laman web rasmi atau aplikasi yang sah. Jangan klik pada pautan yang dirahsiakan melalui Telegram atau mesej yang mencurigakan.
  • Pelajari Jenis Penipuan Terkini: Pelajarilah jenis-jenis penipuan terkini yang berlaku di Telegram dan platform sosial lain. Dengan mengetahui bagaimana penipuan berfungsi, anda lebih bersedia untuk mengelakkannya.
  • Ingatlah bahawa penipuan boleh berlaku di mana-mana dalam talian, termasuk di Telegram. Sentiasa berhati-hati, lakukan penyelidikan, dan gunakan pertimbangan logik sebelum membuat keputusan.
  • Tukar Nombor Telefon Yang Baru : Ada kemungkinan nombor anda sudah tidak selamat lagi, tiada masalah kalau nak tukar nombor baru. Boleh terus beli nombor baru Tune Talk di kedai Shopee Kami DI SINI.

Apa Yang Anda Perlu Lakukan Kalau Dah Kena Scam

Kalau anda adalah mangsa scammer pelaburan di Telegram, berikut adalah apa yang anda perlu lakukan. Memang tak dinafikan yang anda mungkin akan menghadapi cabaran besar untuk mendapatkan semula wang anda.  Akan tetapi, anda boleh ambil langkah berikut;

1 Simpan semua rekod dan dokumentasi 

2 Buat laporan polis, ini sangat penting untuk dokumentasi dan tindakan lanjut.

3 Buat laporan kepada bank negara

4 Minta tolong wakil rakyat terdekat

5 Failkan tindakan undang-undang – ianya tak mudah.

scammer pelaburan di telegram

YB Steven Sim adalah ahli parlimen Bukit Mertajam merangkap Timbalan Menteri Kewangan. Boleh cuba hubungi wakil rakyat di tempat anda juga untuk bantuan.

Ikut step yang saya nyatakan dan percayalah kepada rezeki dan ketentuan ilahi.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *