Senarai Used Car Penipu – Jangan Terjerat

Nak beli kereta, apa senarai used car penipu yang ada sekarang ini. Tak semua orang nak kereta baharu, kadangkala, anda boleh dapat “good deal” dengan membeli kereta terpakai ini. Cumanya, kalau nak beli kereta terpakai ini, kena hati-hati takut ada banyak perkara yang kita tidak mahu, boleh berlaku.

Anda yang datang ini mesti nak beli kereta, dan nak cari kereta terpakai kan! Mungkin ada pengalaman yang tidak berapa baik dengan pengusaha kereta terpakai. Apapun, kali ini, kami nak beritahu, beberapa strategi terutama kalau anda nak beli kereta terpakai, agar anda tidak tertipu lagi. Boleh baca artikel ini sampai habis kerana ada banyak info dan manfaat untuk anda.

senarai used car penipu

Ramai Yang Sudah Tertipu Dengan Pengusaha Kereta Terpakai

Ini beberapa luahan rasa yang anda boleh tahu sendiri, yang membaca pun dah memahami betapa peritnya, apatah lagi yang mengalami.

Pada semua yg nak membeli kereta tu diminta berhati hati la jgn jd mcm aku. Aku harap korang jgn la pergi used car tempat kat sungai besi tu.. kalau nak tahu nama kedai sila pm aku. Sumpah menyesal gila

Proses berjalan selama sebulan setengah last sampai harini sebiji kereta pun takde keluar.. duit booking rm7160 semua dah bayar tapi habuk pun tak ada. Banyak tabur janji je

Boleh pulak aku dah bayar booking semua tu habis dia pergi jual kereta yg aku tunggu loan sebulan setengah kat org lain.. habis tu apa guna booking kalai x reserved

Alasan seller: kereta tak boleh keluar sbb owner lama masih ada hutang dgn bank.. bila tanya kereta ada kat mana skrg boleh pulak dia jawab sudah pulang dkt owner. [sumber]

Kisah lain yang terjadi, berat membaca, berat lagi yang terkena.

berhati2 dengan used ni terletak di Selangor. Kuat menipu minggu lepas wife nak beli kete tapi kena letak deposit rm500 dulu baru boleh test drive..

dia pun letak la rm500 dah test drive, sy ada bagitau kete tulis tahun 2006 tapi tgk plate cam tahun 2005 bila minta geran dia org x bagi tgk nanti dah setel semua baru boleh

so wife summit document…. pastu loan x lulus, bila minta semua duit amoi tu ckp tolak rm200. sy tanya pasal apa dia ckp summit 2 bank 1 bank rm100. Setahu sy 1 bank aje yg call tanya detail. pastu sy tanya apa lagi 1 bank tu, amoi tu ckp ler A…. Bank. saya pun call tanya dia org ckp xde summit pun document atas nama wife…. bila sy call used car semula dia org x layan lansung … cilako tul.

masa sy pergi sana nak collect deposit ada sorang tu komplen… kete iklan tahun 2003 tapi bank ckp 2004 tgk geran pun sama 2003…

jadi broder tu nak minta kurang RM500 amoi tu ckp x boleh kalau nak kurang rm200 aje… broder tu ckp nak cancel… kalau cancel dia org tolak deposit rm500 tu sbb broder tu yg nak cancel…

buta2 org kita kena tipu kan… so berhati2 la kwn2 ngan used ni… kuat tipu org. Sy dah 3-4 berurusan ngan used car, ni kali pertama kena cam ni

http://crimewatchselangor.blogspot.com/2011/08/used-car-penipu-ks-trading.html

Macam Mana Cara Nak Beli Kereta Terpakai Yang Betul

Berikut adalah antara cara macam mana nak jual kereta anda, apapun, boleh cuba tengok ataupun strategi jual kereta dengan Carsome.

Membeli kereta terpakai di Malaysia adalah satu keputusan yang penting, dan ada beberapa langkah yang perlu anda ambil untuk memastikan pembelian anda dilakukan dengan selamat. Berikut adalah panduan umum yang boleh membantu anda:

  • Tetapkan Bajet: Tentukan bajet yang sesuai untuk membeli kereta terpakai. Ini akan membantu anda menapis pilihan kereta yang bersesuaian dengan kemampuan kewangan anda.
  • Kaji Pasaran: Lakukan kajian mengenai harga pasaran bagi model kereta yang anda berminat. Ini akan membantu anda menilai sama ada harga yang ditawarkan adalah munasabah.
  • Pilih Penjual Yang Dipercayai: Pilih penjual yang diketahui boleh dipercayai seperti pengedar rasmi, peniaga berdaftar, atau individu yang memiliki reputasi baik. Elakkan urusan dengan penjual yang mencurigakan.
  • Periksa Rekod Kereta: Semak rekod kereta terutama sejarah pemilik, status kewangan (jika ada pinjaman), dan sejarah servis. Anda boleh memeriksa dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai kereta tersebut.
  • Lakukan Pemeriksaan Fizikal: Sebelum membeli, periksa secara fizikal kereta tersebut. Elakkan membeli kereta tanpa memeriksanya terlebih dahulu. Pastikan tiada kerosakan yang ketara, dan jika mungkin, bawa seorang mekanik berpengalaman untuk membantu.
  • Uji Pemanduan: Pastikan anda menguji pemanduan kereta tersebut. Uji prestasi enjin, brek, penghawa dingin, dan semua sistem kereta. Ini akan memberi anda gambaran sebenar tentang keadaan kereta.
  • Tanya Soalan: Jangan malu untuk bertanya soalan kepada penjual tentang sejarah kereta, sebab jualan, dan apa-apa masalah yang pernah dihadapi oleh kereta tersebut.
  • Minta Laporan Kaji Selidik Kereta: Beberapa penjual mungkin akan menyediakan laporan kaji selidik terhadap kereta yang mereka jual. Laporan ini boleh memberi anda maklumat mendalam mengenai keadaan kereta.
  • Urusan Pembayaran: Pastikan semua urusan pembayaran diuruskan dengan betul. Jika anda membeli melalui penjual, pastikan semua dokumen seperti geran dan dokumen pemilikan lain diberi kepada anda dengan sah.
  • Elakkan Pembayaran Tunai: Disyorkan supaya elakkan membayar jumlah besar secara tunai. Guna cek bank atau urus pembayaran secara elektronik untuk mengelakkan masalah yang tidak diingini.
  • Buat Kontrak Bertulis: Jika mungkin, sediakan kontrak bertulis yang memuatkan butiran pembelian termasuk harga, syarat, dan kondisi. Ini adalah langkah penting bagi mengelakkan sebarang kesalahpahaman di masa akan datang.
  • Periksa Dokumen: Pastikan anda menerima dokumen seperti geran, dokumen cukai jalan, dan insurans dengan betul dan sah.
  • Lakukan Semakan JPJ: Selepas pembelian, pastikan untuk membuat semakan dengan JPJ bagi memastikan pemindahan hak milik dilakukan dengan betul.

Membeli kereta terpakai memerlukan kewaspadaan dan penyelidikan yang teliti. Jangan terburu-buru dalam membuat keputusan. Jika anda merasa tidak selesa atau ragu-ragu, lebih baik mengambil masa untuk memastikan anda membuat pembelian yang bijak dan selamat.

Jual Je Dengan Carsome & Mytukar

Saya jarang dengar ada kes penipuan terutama kalau jual kereta menggunakan servis Carsome ataupun Mytukar. 

Pembeli akan ke garaj terdekat dan akan ada pemeriksaan oleh pihak Carsome sendiri berkenaan dengan kereta yang nak dijual. Di sini, hak pembeli akan sedikit dilindungi kerana adanya pemeriksaan daripada pihak Carsome. Untuk urusan dokumentasi pun sama, dari segi pinjaman bank akan banyak diuruskan oleh pihak Carsome dan Mytukar.

Nak jual atau nak beli kereta, tak ada masalah kalau nak gunakan servis dari Carsome. Lagilah untuk elak senarai used car penipu yang sudah makin banyak. Adanya servis dari Carosme ini sedikit sebanyak menggusarkan mereka.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *