Skim Perubatan MADANI 2023: Cara Buat Semakan & Manfaat Perubatan FREE

Kerajaan memperkenalkan Skim Perubatan MADANI dengan memberi peruntukan sebanyak RM100 juta kepada 700,000 isi rumah. Hal ini diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika perbentangan Belanjawan 2023.

Justeru, apakah yang dimaksudkan dengan Skim Perubatan MADANI dan manfaatnya kepada masyarakat?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda malumat lanjut berkenaan dengan Skim Perubatan MADANI 2023. 

skim perubatan madani

Apa itu Skim Perubatan MADANI?

Sektor kesihatan dalam sesebuah negara sangatlah penting bagi memastikan semua masyarakat boleh hidup dalam keadaan selesa dan sejahtera. 

Namun tidak dinafikan bagi golongan yang berpendapatan tinggi untuk mendapatkan perawatan yang sempurna agak mudah kerana mereka tidak mempunyai halangan dari segi kawangan.

Tetapi ini berbeza denagn golongan yang berpendapatan rendah lebih-lebih yang berada di kawasan pedalaman. Ini merupakan salah satu sebab mengapa kerajaan memperkenalkan Skim Perubatan MADANI.

SKIM Perubatan MADANI adalah inisiatif oleh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan Malaysia yang diwujudkan bagi menampung keperluan kesihatan golongan B40 terhadap Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut).

Ia memberi manfaat perkhidmatan kesihatan percuma kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) B40, telah bermula 15 Jun 2023 manakala Fasa 2 pula, akan bermula pada minggu ke-2 Ogos 2023.

Dengan skim ini, golongan B40 dapat mendapatkan rawatan kesihatan primer akut di klinik perubatan swasta tanpa perlu membayar apa-apa. Ini bukan sahaja akan mengurangkan beban kewangan mereka tetapi juga akan mempercepatkan proses rawatan mereka.

Individu yang layak mendapatkan Skim Perubatan MADANI

Skim ini layak diterima secara automatik kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) iaitu dalam kalangan B40 iaitu berkeluarga, warga emas (tanpa pasangan) dan bujang. 

Anda boleh mendapatkan rawatan secara percuma di klinik perubatan swasta (GP) yang berdaftar di bawah Skim Perubatan MADANI bagi mengurangkan beban kos rawatan kesihatan di samping meningkatkan kesejahteraan golongan berpendapatan rendah.

Mereka yang layak ini, wajib membuat pengisytiharan bahawa mereka tidak menerima apa-apa manfaat yang sama atau serupa seperti skim yang ditawarkan daripada mana-mana skim majikan, kerajaan negeri, agensi perubatan, dan sebagainya. 

Di bawah ini adalah antara testimoni Skim Perubatan Madani yang anda perlu tahu.

Jenis rawatan percuma yang ditawarkan

Rawatan percuma yang ditawarkan adalah rawatan pesakit luar kes-kes akut seperti:

  • Demam dan selsema
  • Cirit-birit dan muntah
  • Terseliuh
  • Sakit kepala
  • Trauma ringan seperti luka ringan dan sebagainya.

Namun ada juga rawatan yang tidak termasuk dalam skim ini seperti:

  • Imunisasi rutin
  • Rawatan susulan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) rutin
  • Rawatan susulan ibu dan anak rutin (Contoh: pemeriksaan kandungan berkala)
  • Perancangan keluarga rutin
  • Perkhidmatan rehabilitasi (Contoh: fisioterapi dan terapi pemulihan carakerja)
  • Permintaan ubat tanpa konsultasi doktor
  • Permintaan suplementasi

Jumlah kos yang ditanggung dibawah skim

Selain itu, setiap individu juga akan diberikan jumlah kos rawatan yang ditanggung secara berbeza-beza mengikut kepada kategori pendapatan anda.

Berikut adalah jumlah kos rawatan yang akan ditanggung kerajaan:

Kategori (bagi penerima Sumbangan Tunai Rahmah)Jumlah Kos Rawatan yang ditanggung (RM)
Isi rumah berkeluargaRM 250
Warga emas (tanpa pasangan)6 0 tahun ke atasRM 125
Bujang21 hingga 59 tahun19 hingga 59 tahun (bujang berstatus OKU)RM 75

Bagi had jumlah kos tanggungan ini, ianya tertakluk kepada Terma & Syarat oleh pihak ProtectHealth Corporation Sdn Bhd seperti yang telah dinyatakan di laman web rasmi mereka. 

Lokasi itu Skim Perubatan MADANI

Skim Perubatan MADANI dijalankan secara berperingkat melalui beberapa fasa. Lokasi Program Rintis akan bermula di 10 daerah seperti:

  • Gombak, Hulu Langat, Klang dan Petaling (Selangor)
  • Kuala Lumpur
  • Kinta (Perak)
  • Timur Laut (Pulau Pinang)
  • Johor Bahru (Johor)
  • Kota Kinabalu (Sabah)
  • Kuching (Sarawak)

Kemudian bagi Fasa 2 yang bermula pada minggu kedua bulan Ogos 2023, kawasan yang terlibat adalah seperti:

  • Kota Setar, Kedah
  • Kuala Muda, Kedah
  • Kuala Terengganu, Terengganu
  • Kuala Nerus, Terengganu

Seterusnya bagi sasaran berikutnya yang akan bermula pada minggu keempat Ogos 2023, kawasan yang terlibat adalah seperti:

  • Perlis
  • Kota Bharu, Kelantan
  • Pasir Mas, Kelantan
  • Kuantan, Pahang
  • Melaka Tengah, Melaka
  • Seremban, Negeri Sembilan
  • Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang

Bagi Fasa 3, lokasi yang terlibat akan diumumkan dan ditambah melibatkan kawasan yang mengalami kesesakan di hospital awam bermula bulan September 2023.

Cara membuat semakan kelayakan

Sekiranya anda pengguna MySejahtera, anda boleh terus membuat semakan kelayakan di dalam aplikasi tersebut secara dalam talian.

Caranya, anda perlu klik pada butang “Check My Eligibility” Perubatan MADANI di bahagian HOME Page MySejahtera. Sekiranya anda layak, anda akan mendapat notifikasi “Tahniah” yang melayakkan anda untuk mendapat rawatan percuma.

Kemudian, anda boleh buat rujukan senarai klinik yang telah berdaftar di bawah skim ini dengan klik pada butang “Find Skim Perubatan MADANI Clinics”. Tetapkan negeri yang anda duduki dan klik pada butang “Search”.

Selain itu, anda juga boleh buat semakan kelayakan dengan melayari pautan ini: https://kelayakan-spm.protecthealth.com.my/. Anda hanya perlu masukkan sahaja nombor kad pengenalan / nombor passport/ dokumen pengenalan yang berdaftar.

Cara mendapatkan rawatan percuma

Untuk mendapatkan rawatan percuma, anda boleh mengikuti langkah seperti yang berikut:

1. Semak kelayakan

Anda boleh membuat semakan kelayakan di pautan berikut: https://protecthealth.com.my/skimperubatanmadani-ms/

2. Datang ke klinik

Anda perlu datang ke mana-mana GP yang berdaftar dibawah Skim Perubatan MADANI dengan membawa bersama kad pengenalan. Untuk memudahkan anda mengenal pasti klinik yang berdaftar, anda boleh semak pada pautan ini: https://kelayakan-spm.protecthealth.com.my/find- 

Anda perlu pilih negeri. Kemudian pilih daerah atau bandar dan klik pada butang “Cari”.

Kebiasaannya, klinik-klinik ini boleh dikenal pasti juga dengan pelekat khas yang tertera di hadapan pintu masuknya.

3. Pesakit menerima rawatan

Sekiranya anda layak, anda akan mendapatkan Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut secara percuma. 

4. Baki manfaat

Had manfaat yang telah anda terima akan ditolak selepas anda selesai mendapatkan rawatan.

Tempoh Skim Perubatan MADANI

Skim ini bermula pada 15 Jun 2023 sehingga 31 Disember 2023. 

Maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Skim Perubatan MADANI 2023, anda boleh berhubung pada pautan berikut:

Selain itu sekiranya terdapat pertanyaan lanjut mengenai skim ini, anda boleh semak soalan lazim di pautan berikut: https://protecthealth.com.my/soalan-lazim/

Kesimpulannya, skim ini membuktikan bahawa kerajaan sangat menitikberatkan soal kesihatan masyarakat di Malaysia. 

Dengan kerjasama yang erat tantara pihak kerajaan dan sektor swasta, masyarakat boleh mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang lebih baik dari semasa ke semasa.

Hal ini secara tidak langsung meningkatkan kualiti kesihatan dan kesejahteraan khususnya kepada golongan B40 di Malaysia. 

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan Skim Perubatan MADANI dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan panduan bersama.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *