Review Time Internet Package – Berbaloi Ke?

Berbaloi ke guna Time Internet Package ni? Time Internet adalah antara pesaing dekat dengan Unifi daripada Telekom Malaysia. Kedua-duanya membawakan servis internet menggunakan kabel fibre yang pada saya antara servis yang sangat berbaloi untuk anda gunakan kalau tempat anda mempunyai kemudahan ataupun port fiber ini.

Pada kali ini, kami akan berikan beberapa info penting berkenaan dengan pakej daripada Time Internet ini dan adakah berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Asalkan ada coverage, tak ada masalah untuk anda gunakan, persoalan utama, adakah berbaloi ataupun lebih baik gunakan Unifi sahaja?

Pengalaman Saya Gunakan Time Internet

Saya terdetik menggunakan servis dari Time Internet ini semasa travel ke Malaka dalam bulan Ogos 2023 yang lalu. Pada ketika itu, saya menempah rumah menggunakan servis dari AirBNB dan menempah satu apartment di Kota Syahbandar Melaka (apartment Atlantis). 

Memang kebanyakan rumah yang diiklan di AirBNB ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas, termasuklah kemudahan internet. Sebab itu kadangkala kalau nak travel, saya lebih gemar menggunakan servis AirBNB berbanding dengan hotel kerana lebih berbaloi. Apapun, dirumah ini dilengkapi dengan pakej internet daripada Time Internet yang pada saya, sangat puas hati. 

Walaupun berada di tingkat 31, average speed masih lagi dalam sekitar 100Mbps ke atas. Dan selepas balik dari bercuti di Melaka, saya cuba google info berkenaan dengan pakej internet daripada Time ini, dan alangkah terkejut, pakej internet ini bukanlah dengan harga yang terlalu mahal. Pada harga bawah RM100 iaitu pada harga RM99, anda boleh dapat pakej internet pada kelajuan 100Mbps. Boleh tengok beberapa pilihan di bawah ini.

time internet package

Dengan harga itu, pada saya sangat berbaloi. Boleh baca artikel ini sampai habis kerana saya pun akan buat beberapa perbandingan dengan pakej internet lain yang ada di pasaran. Apapun, anda boleh tengok jadual di bawah ini dan pakej internet Time dengan tekan pada butang di bawah ini.

Pada saya, kelajuan 100Mbps memang dah sangat bagus, anda boleh melakukan banyak task harian seperti melayari internet, live di Tiktok, Stream movie di Netflix, kalau ada zoom meeting pun tak akan ada masalah dengan kelajuan seperti ini. Kalau anda perlukan pakej yang lebih laju, boleh tengok beberapa pilihan lain dalam pelan di atas ini.

Time Internet Coverage Nak Check Di Mana

Antara soalan cepu emas adalah, kalau nak periksa coverage macam mana? Nak periksa coverage boleh je periksa di ruangan butang bawah ini. 

Kalau ada coverage pada saya memang berbaloi guna terutama kalau masih dalam bajet anda. Pada saya, bawah RM100 untuk internet dan kegunaan rumah masih sangat berbaloi untuk digunakan. 

Kalau memang tempat anda mempunyai coverage, boleh sahaja melanggan pelan ini dan kalau memang anda seorang yang bekerja dari rumah (work from home) ini adalah pelan yang murah dan berbaloi. Internet stabil memainkan peranan di sini dan Time Internet memberikan anda kelebihan tersebut.

Kalau anda mempunyai perniagaan sendiri dan mungkin kerap menggunakan platform tiktok untuk menjual ataupun live, pun tiada masalah menggunakan servis ini. Urusan-urusan lain pun anda boleh lakukan terutama berkaitan dengan perniagaan anda. Kalau ada coverage, memang saya galakkan untuk anda langgan sahaja servis ini.

Berbaloi Ke Nak Guna

Kalau kena dengan bajet anda, memang berbaloi. Lagipun, pakej paling murah daripada Time ini adalah berharga RM99 yang di bawah RM100. Kalau memang kawasan rumah anda ada coverage Time, memang berbaloi untuk anda cuba. 

Lagipun, pesaing lain daripada Unifi mengenakan harga Rm89 untuk kelajuan 30MBPS. Tambah sedikit sahaja anda dah boleh dapat pakej yang berbaloi daripada Time Internet. Kalau tanya saya, memang berbaloi untuk anda sendiri cuba dan kena dengan bajet untuk bayar unifi anda. 

Ataupun cara lebih smart dan bijak lagi, anda tak perlu bayar pun bil internet anda, pendapatan sampingan anda boleh bayarkan ataupun pelaburan Wahed invest boleh bayarkan perbelanjaan bil untuk internet anda. Simple kan! Untuk pendapatan sampingan, ada bermacam strategi yang anda boleh cuba sendiri.

Alternatif Selain Daripada Time Internet

Alternatif pertama selain daripada Time Internet adalah pakej dari Unifi. Unifi adalah antara pelopor internet fiber di Malaysia ini. Kalau dari segi coverage, memang Time tak boleh nak dibanding dengan Unifi, akan tetapi, masih berbaloi untuk anda guna kalau anda coverage. Tambah sedikit sahaja boleh terus dapat pakej daripada Unifi.

Alternatif lain selain daripada Unifi adalah Maxis Fibre internet. Pakej daripada Maxis fibre ini tak jauh beza dengan Unifi kerana ianya menggunakan facility daripada Unifi. Boleh kata ianya tumpang facility Unifi untuk fiber milik Maxis. Lebih kurang macam Tune Talk tumpang facility celcom untuk internet 4G dan 5G milik mereka, benda yang sama yang Maxis lakukan untuk untuk servis Unifi milik mereka. 

Untuk Maxis Fibre, berbaloi untuk anda tanya kerana ada kemungkinan apabila Unifi port dah penuh, masih ada ruang kosong untuk Maxis Fibre yang masih ada. Ini membolehkan anda untuk melanggan pakej mereka.

Umobile Home 5G membolehkan anda untuk terus dapat internet secara broadband. Kalau ada rezeki, boleh dapat terus coverage 5G. Berbaloi untuk anda gunakan terutama kalau belum ada lagi Coverage fibre daripada Time. Tak perlu pening-penig, cuma kena “plug and play” je. Saya rekemen ini kalau servis di kawasan anda masih belum ada lagi coverage fibre daripada Unifi dan juga Time Internet. Kalau ada Unifi dan Time Internet, ambil sahaja servis dari mereka.

Guna Tune Talk Untuk Kegunaan Peribadi

Untuk kegunaan internet rumah yang stabil, saya rekemen Time Internet. Bayar mahal sikit tapi berbaloi dan sebenarnya taklah terlalu mahal pun, mahal sedikit je dari Unifi. 

Untuk kegunaan peribadi, saya rekemen untuk anda gunakan Tune Talk. Tune Talk adalah untuk pengguna yang tak menggunakan data yang terlalu tinggi. Di rumah sudah ada wifi yang stabil dari Time Internet. Di tempat kerja pun sudah ada coverage dan wifi, cuma untuk tujuan peribadi sahaja anda boleh gunakan Tune Talk.

Di datangkan dengan bermacam jenis pelan bulanan dari Rm15 paling murah sehingga ke Rm68. Nak beli pakej langganan tahunan pun boleh tiada masalah. 

Nak dapatkan simkad Tune Talk ini tak susah pun. Kalau dahulu yelah, anda kena ke shopping mall dan lain-lain. Kali ini, beli sahaja di kedai Shopee kami. Buat pembelian dan simkad terus sampai ke rumah. Memang memudahkan teknologi sekarang ini dan berbaloi untuk anda cuba.

Ok, sampai sini sahaja sedikit review berkenaan dengan time Internet Package dari kami. Akhir kata, kalau ada coverage, jangan fikir panjang, langgan sahaja, gerenti berbaloi.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *