Pinjaman Perumahan Bank Muamalat – Kenapa 4 Ciri Ini Terbaik

Nak beli rumah tapi tak tahu nak buat pinjaman di bank mana? Saya rekemen untuk anda cuba dahulu apa yang Bank Muamalat tawarkan. Sekarang ini bukan mudah untuk buat pinjaman perumahan, lagi-lagi kelulusan sudahpun semakin ketat sekarang ini. Mahu ataupun tidak, cara terbaik untuk mendapatkan pinjaman untuk hosing loan anda adalah dengan membuat pinjaman daripada beberapa bank termasuklah bank Muamalat ini.

Kali ini, kami akan kongsikan pengalaman menggunakan bank Muamalat untuk pinjaman perumahan dan adakah ianya berbaloi ataupun sebaliknya. Yang pasti anda cuba dahulu dan tentukan sama ada ianya berbaloi untuk anda cuba ataupun sebaliknya. Untuk info lanjut berkenaan dengan pinjaman ini, boleh isi borang di sini dan pihak mereka akan menghubungi anda bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan dengan pakej terbaik yang ditawarkan oleh pihak Bank Muamalat.

Jika anda ingin mendapatkan pinjaman untuk housing loan anda sama ada untuk pakej refinance, skim rumah pertamaku 100% ataupun pinjaman perumahan biasa, boleh isikan maklumat anda di borang INI. Pihak mereka akan menghubungi anda bagi memudahkan anda untuk mendapatkan pinjaman perumahan.

Apa Yang Menarik Berkenaan Dengan Pinjaman Ini

Cara Mendaftar Yang Mudah

Untuk mendaftar bagi mendapatkan pinjaman ini tidaklah terlalu sukar. Salah satu daripada caranya adalah dengan pergi ke mana-mana branch bank Muamalat yang berdekatan. Untuk info, tidak semua branch bank Muamalat menyediakan pinjaman perumaham, oleh itu, cara yang lebih mudah adalah dengan mengisi maklumat dalam borang di atas dan pihak bank akan menghubungi anda untuk mendapatkan maklumat dan permohonan pinjaman perumahan anda.

Pakej Yang Disediakan

Approval daripada Bank Muamalat ini tidaklah sepantas kalau dengan bank seperti CIMB ataupun Maybank, tetapi ianya memang mempunyai kelebihan yang tersendiri. Bagi saya, lebih baik untuk anda cuba untuk apply beberapa bank yang berdekatan untuk pinjaman perumahan anda. Salah satunya adalah bank ini yang menawarkan pinjaman perumahan pada kadar yang terbaik dan mampu untuk anda miliki.

#1 Pakej Interest Rate Menarik

Memang bank sentiasa cuba memberikan yang terbaik agar kekal kompetatif dalam industri. Sama juga untuk bank ini dan ianya mengenakan kadar interest rate semasa yang tidak jauh berbeza dengan syarikan perbankan yang lain yang ada di Malaysia.

#2 Tiada Lock In Period

Kalau anda ada merancang untuk menyelesaikan hutang anda lebih awal, pakej ini adalah antara pakej yang anda boleh dapatkan. Tiada penalti dikenakan jika anda menyelesaikan pinjaman lebih awal dan tentu ini membolehkan anda untuk refinance rumah anda pada masa akan datang. Pakej untuk pembiayaan semula pembiayaan perumahan dariapda Bank Muamalat juga tidak kurang hebatnya dan anda boleh mendapatkan info lanjut berkenaan dengan pakej ini nanti.

#3 Skim Rumah Pertamaku 100%

Memang pembeli rumah pertama tidak mampu untuk menyediakan cash sebanyak 10% daripada harga rumah, jadi salah satu penyelesaian adalah untuk mendapatkan pinjaman dariapda skim rumah pertamaku Bank Muamalat ini. Ianya menawarkan pinjaman 100% khusus kepada mereka yang tidak mempunyai cash yang banyak dalam mendapatkan pinjaman perumahan.

Apapun, kebiasannya untuk skim ini, anda perlu untuk menyediakan sendiri yuran guaman yang kebiasannya adalah 5% daripada harga pembelian. Kalau tiada masalah dengan ini, memang boleh untuk dapatkan pinjaman 100% loan.

#4 Pinjaman Perbankan Islam

Mencari yang patuh syariah itu sudah menjadi kewajipan kepada muslim dan pakej ini ada menawarkan pinjaman pada kadar terbaik untuk anda dapatkan di pasaran sekarang. Jika sekarang anda sedang menggunakan pakej housing loan yang konventional, digalakkan untuk beralih menggunakan pakej perbankan.

>> KLIK SINI Untuk Dapatkan Pakej Pinjaman Daripada Bank Muamalat <<

Dokumen Yang Diperlukan

Untuk set dokumen yang diperlukan, berikut adalah apa yang anda perlu sediakan untuk membuat pinjaman perumahan ini;

1 Salinan IC
2 Slip Gaji 3 Bulan
3 Bank Statement 3 bulan
4 Employment Letter
5 Penyata KWSP
6 Geran Tanah / Sales Form

Sudah ada semua dokumen ini, mudahlah urusan pinjaman perumahan anda. Apapun, kalau anda memang serious untuk mendapatkan housing loan anda, boleh ke borang atas dan pihak kami akan menghubungi anda nanti.

Boleh juga untuk anda dapatkan info lanjut berkenaan dengan pinjaman daripada Bank Rakyat, CIMB dan Maybank.

Leave a Reply