Topik pada kali ini adalah berkenaan dengan pengalaman saya sendiri dapatkan pinjaman perumahan CIMB Islamik. Tujuan untuk saya dapatkan pinjaman ini adalah untuk tujuan refinance rumah. Saya akan ceritakan dengan lebih lanjut berkenaan dengan hal ini.
Sekarang ini makin ramai yang ingin memiliki rumah dan salah satu cara untuk memiliki rumah adalah dengan membuat pinjaman perumahan. Sekarang ini ada banyak pakej menarik yang ditawarkan untuk pinjaman perumahan.
Antara pakej yang akan kami berikan info lanjut pada kali ini adalah berkenaan dengan pakej pinjaman perumahan CIMB islamik yang merupakan antara pakej yang baik kepada anda yang serious untuk memiliki rumah.
Apa yang menarik, CIMB menawarkan Skim Rumah Pertamaku 100% loan dan tidak semua bank yang menawarkan skim seperti ini. Antara bank lain yang menawarkan skim seperti ini adalah Bank Rakyat, Bank Islam dan lain lain lagi.
Apapun, kepada anda yang serious untuk mendapatkan info lanjut berkenaan dengan skim pinjaman ini, bolehlah untuk anda isi borang yang ada di akhir artikel ini. Pihak mereka anda berikan info percuma untuk anda dapatkan pinjaman ini secara step by step dan ianya pasti akan memudahkan anda untuk mendapatkan pinjaman.
Pengalaman Saya Dapatkan Pinjaman Perumahan Daripada CIMB
Untuk pengetahuan anda, saya mempunyai sebuah rumah yang saya biasa daripada Bank Simpanan Nasional. Setelah 5 tahun, saya bercadang untuk refinance rumah tersebut. Saya beli rumah tersebut di salah satu daerah di Johor dengan harga RM330k dan refinance rumah itu selepas 5 tahun dengan harga RM400k.
Disebabkan oleh kenaikan harga pasaran rumah tersebut, saya bercadang untuk refinance rumah pada harga Rm400k dan mendapat cash back RM50k selepas pembiayaan semula. Ini adalah pengalaman saya. Apapun, kali ini, saya akan kongsikan kepada anda berkenaan dengan pengalaman saya mendapatkan pinajaman perumahan ini.
Saya ada buat perkongsian berkenaan dengan pinjaman ataupun pengalaman saya sendiri refinance rumah di SINI.
Apa Yang Menarik Pakej Loan Rumah Dengan CIMB
Berikut adalah apa yang ditawarkan oleh pihak CIMB setakat artikel ini ditulis. Anda boleh dapatkan maklumat lanjut dengan bertanya kepada pegawai di branch CIMB berdekata.
#1 Harga Pasaran Yang Tinggi dan Menarik
Pertama sekali adalah harga pasaran yang tinggi. Pegawai bank yang saya berurusan memberikan harga pasaran yang tinggi untuk pinjaman perumahan yang saya tawarkan tersebut. Ini membolehkan saya mendapatkan pinjaman pada harga yang berbaloi dan terbaik berbanding dengan pilihan daripada bank lain.
#2 Approval Yang Pantas
Untuk loan saya approve ini tidaklah mengambil masa yang terlalu lama. Dalam 2 minggu selepas saya submit semua dokumen, loan saya sudah diluluskan. Ada bank yang mengambil masa sehingga sebulan hanya untuk approval. Apapun, ini adalah antara faktor yang menarik yang diberikan oleh pihak CIMB ini.
#3 Pakej Interest Rate Yang Menarik
Pakej interest rate yang ditawarkan CIMB adalah sangat fleksible. Saya mendapat pakej interest yang menari dan juga pakej semi fleksi. Apa itu semi fleksi, saya boleh selesaikan pinjaman ini dalam tempoh yang lebih singkat juga lebih mudah dan jimat interest. Kalau boleh elakkan daripada bank yang tidak menawarkan pakej semi fleksi.
#4 Tiada Lock In Period
Mudah untuk selesaikan pinjaman ada. Bila tiada lock in period, tiada penalti dikenakan kalau anda selesaikan pinjaman lebih awal sama ada melalui cara refinance ataupun buat pembayaran penuh. Menarik kan pakej yang dikenakan ini? Apapun, bagi saya, lebih baik anda cuba dahulu pakej ini dan lihat sama ada anda sudah dapat pinjaman ataupun sebaliknya.
#5 Pakej 100% Loan
Nak dapatkan pakej 100% loan, boleh cuba CIMB. Setakat ini memang ada tawarkan pakej ini. Tetapi ada syarat-syarat yang ditetapkan. Setakat artikel ini ditulis, antara syarat yang ditetapkan adalah;
- gaji bawah RM5k untuk seorang
- gaji bawah Rm10k untuk 2 orang
- Rumah pertama
Ni antara syarat ringkas kalau anda nak tahu lebih lanjut berkenaan dengan pakej perumahan daripada CIMB Islamic ini.
Sekarang ini, pakej pinjaman 100% dipanggil skim SJKP. Nak tahu SJKP tu apa, boleh tengok dalam link tersebut. Setakat artikel ini ditulis, CIMB tak menawarkan skim SJKP ini dan sehingga 2024 tiada lagi pinjaman 100% daripada CIMB. Kalau anda nak dapatkan ataupun berminat dengan SKIM SJKP ini, bolek klik pada link yang disediakan dan kami akan berhubung dengan anda.
Dapatkan Info Lanjut Sekarang
Sekali lagi, kalau anda inginkan maklumat lebih lanjut berkenaan dengan pakej pinjaman daripada CIMB ini, boleh isikan maklumat anda di bawah ini dan dan pihak yang berkenaan akan menghubungi anda dalam masa terdekat.
>> Klik Untuk Pakej Pinjaman Loan Untuk Rumah Daripada CIMB <<
Jadual Bayaran Balik Pinjaman CIMB Untuk Housing Loan
Untuk jadual bayaran balik pinjaman dan juga baki pinjaman daripada CIMB ini, anda boleh merujuk kepada branch terdekat untuk maklumat lanjut. Ataupun anda boleh download CCRIS dan dari situ, anda boleh lihat berapa baki pinjaman yang ada untuk perumahan anda.
Kami sangat menggalakkan anda untuk mencuba apa yang CIMB tawarkan untuk pakej housing loan mereka. Untuk refinance, biasanya bayaran guaman dan valuation fee boleh dimasukkan dalam loan dan ini membolehkan anda untuk tidak keluarkan duit yang terlalu banyak dalam membeli rumah yang anda mahukan sama ada untuk duduk sendiri ataupun untuk pelaburan.
Cara Mudah Lulus
Untuk memudahkan anda untuk lulus pinjaman daripada CIMB ini dengan mudah dan pantas, apa yang anda perlu lakukan adalah 2 perkara ini sahaja.
Ada Saving Yang Banyak
Saving ataupun simpanan membolehkan anda untuk meyakinkan pihak bank yang anda merupakan seorang yang mampu mengurus duit. Kalau ada saving, memang kebiasannya, kadar kelulusan adalah lebih tinggi daripada biasa. Nak tahu macam mana nak tanam tabiat menyimpan, boleh tengok beberapa artikel kami di bawah;
Ada Pendapatan Sampingan
Ada sumber pendapatan kedua pun membantu untuk anda menjana pendapatan yang konsisten. Antara sumber kedua ataupun idea untuk menjana pendapatan boleh dapatkan info lanjut di bawah;
- Shopee – Anda Boleh Menjual di Shopee
- Forex – Tips Untuk Melabur Forex
- Membina Empayer Perniagaan Tudung Sendiri.
Ini adalah antara beberapa idea menarik yang anda boleh gunakan untuk menaikkan scoring anda. Semuanya mudah, harap anda boleh mendapat pinjaman yang anda mahukan.