8 Idea Hantaran Kahwin Simple 2020

Apa idea hantaran kahwin simple dan memberi makna yang besar dalam kehidupan seseorang. Walaupun blog smartinvest101 ini adalah berkaitan dengan topik kewangan, topik perkahwinan terutama golongan muda adalah amat dititikberatkan. Daripada perkahwinan akan membentuk keluarga dan seterusnya membantu menguatkan lagi ekonomi keluarga.

Bergantung kepada bajet anda, kali ini kami berikan beberapa idea hantaran kahwin yang simple dan yag paling baik adalah ianya memudahkan anda untuk mendapatkan kesemua ini. Kesemua idea hantaran ini anda boleh dapat pada harga yang sangat mampu beli dan sangat mudah untuk anda dapati. 

Tidak terlalu murah dan tidak terlalu mahal, kalau anda mempunyai bajet yang agak besar pun boleh dapatkan pelbagai barangan ini pada harga berpatutan dan murah. Juga pada akhir atikel, kami akan kongiskan beberapa artikel kami yang lain berkaitan dengan topik kewangan pasangan yang baru berkahwin. Ianya penting dalam membentuk persepsi yang baik sejak dari awal perkahwinan.

hantaran kahwin simple

Jumlah Hantaran Kahwin

Sebelum pergi kepada topik hantaran kahwin simple, adalah lebih baik untuk anda tentukan berapa jumlah yang sesuai. Perkara ini memang boleh dibincangkan dan bergantung kepada keadaan, masih boleh nego lagi. Untuk pasangan muda yang baru nak berkahwin, memang mempunyai banyak kekangan dalam aspek kewangan, oleh itu, jumlah yang munasabah adalah sangat penting.

Sekarang ini biasa hantaran yang diberikan oleh pihak lelaki kepada wanita adalah dalam sekitar RM10,000. Ianya merupakan jumlah yang tak terlalu besar dan tak terlalu kecil. 

Apapun, anda masih boleh cuba nego jumlah ini berdasarkan kepada keadaan kewangan anda dan pasangan. Ada yang masih boleh dapat hantaran sebanyak RM6k, kerana untuk perbelanjaan lain pun perlukan wang yang banyak.

Idea Hantaran Kahwin 

Berikut adalah antara idea untuk hantaran yang sesuai untuk anda. Anda boleh adjust mengikut bajet yang anda ada.

Alatan Solat

Alatan solat adalah antara alatan simple dan murah untuk perkahwinan anda. Untuk dapatkan alatan solat seperti sejadah, Al – Quran dan lain-lain ini pun tak susah sekarang ini. Kebiasannya, untuk setiap hantaran sama ada untuk tunang ataupun untuk kahwin, memang akan ada alatan ini. Untuk memudahkan anda, kami berikan 3 pilihan alatan solat dan yang berkaitan. Boleh tengok 3 alatan ini;

Yang menarik, kesemua alatan ini anda boleh beli secara online sahaja. Boleh tengok juga pilihan lain yang ada di pasaran.

Pakaian Baju

Pakaian baju pun adalah antara idea yang menarik untuk anda pilih sebagai idea hantaran yang menarik. Sama ada baju kemeja, baju kurung ataupun kain pasang. Boleh tengok beberapa pilihan pakaian untuk hantaran.

Dompet

Tak tahu nak penuhkan barangan hantaran, boleh cuba pilih dompet untuk anda jadikan sebagai barangan hantaran. Sama ada lelaki dan perempuan, anda boleh dapatkan pada harga yang mengikut bajet anda. Bajet anda berapa? 

Skin Cara – Make Up

Alatan penjagaan kulit pun boleh anda jadikan sebagai idea untuk barang hantaran. Penjagaan kulit adalah untuk perempuan. Memang ada banyak pilihan alatan skincare yang anda boleh pilih daripada pelbagai jenama. Juga alatan make up yang menarik. Yang paling penting, ianya mengikut bajet anda.

Jam Tangan

Ini adalah antara pilihan yang unik dan menarik. Jam tangan adalah pilihan yang baik sebagai hantaran kahwin yang simple. Ada banyak pilihan jam tangan sama ada untuk lelaki dan perempuan. Boleh tengok beberapa pilihan yang menarik yang anda boleh pilih untuk cukupkan jumlah hantaran anda.

idea hantaran kahwin

Buah – buahan

Ianya adalah antara benda yang kena ada dalam hantaran anda. Mana nak cari buah-buahan ini? Boleh cari dan dapatkan di pasaraya berdekatan dengan rumah anda. Berikut adalah antara buah-buahan yang menarik untuk hantaran barangan anda. Antaranya adalah Apple, Anggur, Limau dan lain-lain.

Set Wangian

Ramai yang cuba cari perfume di shopping mall, tetapi, anda juga boleh dapatkan banyak pilihan perfume ini secara online. Kalau nak berjimat dengan wang anda, memang boleh buat pilihan secara online. Banyak jenama berkualiti yang anda boleh pilih. Berkut adalah antara beberapa pilihan yang anda boleh dapatkan;

Telefon & Smartphone

Telefon adalah antara pilihan yang menarik tetapi anda boleh teruskan kalau anda mempunyai bajet. Ada banyak cerita mereka yang memberikan smartphone dan juga iphone untuk hantaran perkahwinan. Anda juga boleh lakukan perkara yang sama untuk hantaran ini. Boleh tengok beberapa pilihan untuk anda dapatkan pada harga yang menarik dan berbaloi.

Duit Hantaran Kahwin

Macam mana nak cukupkan duit hantaran kahwin? Ini memang antara soalan yang paling mencabar untuk anda cukupkan duit hantaran. Ada beberapa tips yang kami boleh cadangkan kepada anda untuk cukupkan jumlah dalam masa yang anda mahukan. Caranya adalah dengan;

  • Kira balik kewangan anda, gaji dan pendapatan, tulis atas kertas biar senang nampak.
  • Apa komitmen bulanan anda, makanan, kereta, loan terlibat dan lain-lain. Dah senaraikan semua barulah mudah untuk nampak.
  • Daripada jumlah komitmen dan pendapatan bulanan anda, apa yang boleh dijimatkan? 
  • Macam mana cara nak tambah kesemuanya secara efektif?

Kesemua 4 perkara ini saya dah ulas dengan panjang lebar di dalam artikel di bawah ini;

Cara Tambah Pendapatan

Berikut adalah antara cara untuk anda tambah pendapatan terutama kalau hantaran masih belum cukup. Kami berikan beberapa idea menarik untuk anda bermula. Antara idea untuk anda tambah pendapatan adalah seperti berikut;

Artikel Berkaitan Berkaitan

Jangan lupa baca juga artikel kami berkaitan dengan perkahwinan sebagai panduan. Artikel ini dikupas dalam aspek kewangan bagi membantu terutama pasangan yang baru berkahwin untuk bersiap sedia dalam aspek kewangan.

Apapun, saya harap yang artikel idea hantaran kahwin simple ini dapat membantu anda untuk mendapatkan pilihan menarik untuk idea hantaran anda.

Leave a Reply

Pin It on Pinterest