6 Sebab Pinjaman Perumahan Bank Islam Terbaik 2024

Artikel pada kali ini adalah sedikit review dari kami untuk pinjaman perumahan Bank Islam. Sebagai seorang agen hartanah, memang kerap submit loan di banyak bank termasuklah salah satunya adalah di Bank Islam.

Mungkin ada yang tercari-cari pinjaman perumahan yang ada di luar sana, bagi saya housing loan daripada bank islam adalah yang terbaik diantara pinjaman perumahan yang ada pada masa kini. Berikut adalah pengalaman saya berurusan dengan Bank Islam dan kalau anda rasakan sesuai, boleh pergi ke bank islam berdekatan bagi mendapatkan info lanjut.

pinjaman perumahan bank islam

Kenapa Bank Islam

Sebab utama saya memilih pinjaman perumahan daripada bank islam adalah kerana ianya 100% islamik. Kalau boleh, saya sarankan kepada mereka yang beragama islam tu, pilihlah pinjaman perumahan yang islamik atas faktor-faktor hukum dan lain-lain.

Mungkin saya akan cuba ulas dengan panjang lebar berkenaan dengan pinjaman perumahan islamik vs pinjaman perumahan konvensional. Lagipun, sekarang ni dah makin ramai non muslim yang gunakan pinjaman perumahan islamik ni, kalau non muslim pun ambil pakej pinjaman islamik, kenapa kita tak mahu?

Setahun Tak Perlu Bayar 12 Kali

Antara pakej yang menarik daripada bank Islam adalah dalam tempoh setahun, ada sekali tidak perlu membayar bayaran bulanan. Biasanya pada hujung tahun. Benda ini sangatlah membantu terutama kepada ibu-bapa yang berkeluarga dan bekerja tu. Masa ni lah banyak duit yang nak digunakan. Jadi, kalau tak bayar sebulan dalam setahun memang sangat-sangat membantu kewangan keluarga.

Apapun, khas untuk anda yang ingin membeli rumah, dapatkan kos anggaran pembelian boleh isi borang ini dan kami akan hubungi anda untuk pinjaman perumahan, ianya PERCUMA!

Interest Rate Yang Menarik

Kadar BLR yang agak rendah. Kalau nak ikutkan memang kadar BLR dari semua bank ini lebih kurang sama dan kena ikut guideline daripada bank negara. Jadi, tetapi kadangkala kadar BLR Bank Islam ini agak rendah sikit berbanding dengan bank lain.

Sekarang, untuk apply pinjaman daripada bank Islam, anda boleh lakukan perkara tersebut secara online. Boleh klik maklumat dan info yang ada di atas.. Kelulusan pun dengan kadar segera dan pantas. Memang membantu anda untuk mendapatkan loan dengan kadar segera.

Sedikit Penambahbaikan Untuk Bank Islam

Kalau nak ikutkan, pinjaman perumahan bank islam ini tidaklah terlalu perfect, masih ada ruang-ruang penambahbaikan yang perlu untuk menjadikan kewangan islam lebih baik pada masa akan datang. Penambahbaikan daripada saya sendiri, kadar approval agak lambat sikit berbanding dengan bank-bank lain.

Saya apply loan untuk rumah saya di kawasan Johor bahru dengan 3 bank serentak, tetapi bank Islam lambat sikit masa approvalnya. Jadi, kalau misalkata pihak bank Islam dapat menambahbaik dan mempercepatkan approval adalah lebih baik.

Akhirnya saya ambil pinjaman dari bank islam

Ya, akhirnya saya ambil pinjaman dari bank Islam atas faktor-faktor yang saya beritahu tadi. Approval bank Islam tidaklah terlalu mengambil masa yang terlalu lama, cuma ada bank yang lebih cepat, harap, sekarang sudah makin effisyen. Apapun, kalau anda nak apply pinjaman perumahan bank Islam, boleh je apply secara online di SINI.

Tak salah untuk memohon pinjaman perumahan lebih daripada satu, bagi saya, apply je loan banyak-banyak, nnt bila dah approve, pilih je satu yang paling baik. Itulah yang saya lakukan pada rumah yang saya beli. Kalau guna laman RinggitPlus ini, memang membantu untuk apply loan rumah dengan cepat dan mudah.

Apapun, inilah serba sedikit tips daripada saya, harap dapat membantu anda untuk apply atau pinjaman perumahan dengan kadar segera. Yang paling penting adalah, pinjaman anda patuh syariah dan diberkati. Pinjaman anda patuh syariah dan hati tenang.

Tips Untuk Lulus Loan Rumah Dengan Mudah

Kami berikan 2 tips penting untuk memudahkan anda lulus pinjaman rumah dengan berkesan. Boleh amalkan 2 tips ini agar mudah dikemudian hari.

Ada Saving 10%

Kalau anda ada simpanan, lagi mudah pinjaman anda lulus berbanding kalau tiada apa-apa simpanan ataupun terlalu bergantung kepada KWSP. Mereka yang mempunyai simpanan ini, bank akan anggap anda pandai menjaga bab kewangan. Sebab itu lebih mudah untuk pinjaman anda lulus. Nak tahu tips untuk membuat simpanan secara efektif boleh tengok cadangan artikel di bawah ini;

Ada Pendapatan Sampingan

Kalau ada ianya akan sedikit sebanya membantu untuk anda agar pinjaman rumah mudah lulus. Berikut adalah antara idea untuk tambah pendapatan sampingan terkini dan mudah.

Ini adalah antara beberapa tips dan idea untuk anda tambah pendapatan. Boleh amalkan dan gunakan. Apapun, harapnya artikel ini membantu anda untuk lulus pinjaman rumah anda.

19 thoughts on “6 Sebab Pinjaman Perumahan Bank Islam Terbaik 2024

  1. boleh saya tahu prosesnye berapa lama ye?
    adakah lebih seminggu?

    1. untuk bank islam dalam 2 minggu, tapi bergantung kepada pegawai yang uruskan.

      Ada pegawai yang kadang2 tak proses pun.

      Ada pegawai yang proses tu, biasa dalam 2 minggu dah dapat jawapan.

      1. saya nak tanya, saya dah beli rumah tapi dengan bank lain…tapi saya nk refinance loan balik dengan bank Islamic ni…boleh ke?

  2. boleh saya tahu berapa rate loan perumahan di bank islam ?

    1. rate sentiasa berubah ubah, lebh baik hubungi bank islam customer servis.

  3. Hi sy mempuyai loan peribadi d bank islam blh kah saya membuat pinjaman besar untuk membeli rumah dan menutup loan peribadi tersebut

    1. boleh, tapi kena cari deal rumah yang dibawah harga pasaran.

  4. Bank islam ada x kenakan penalti kalu kita nak jual rumah bawah 5 tahun (lock in period)

    1. kena refer ke offer letter. Biasanya islamic banking tiada, tapi kena tanya banker yang uruskan.

  5. macam kes saya,. saya da submit loan dgn bank islam dlam 2 minggu lebih .da datang interview dgn org bank..tp masih belum ada jawapan smpai sekarang..adkah meraka tak proses saya punya loan..atau mngkin kena tunggu lagi .

    1. mungkin tak proses, boleh cuba hubungi pihak kami di borang yang disediakan.

  6. Salam nak tanya kalau loan lulus bila kena potong bulanan?

    1. lepas bank buat pembayaran kepada pemaju atau kepada tuan rumah. Boleh hubungi bank untuk info lanjut. Biasanya bank akan bagi surat notis dan pada masa tu, boleh buat pembayaran.

  7. Saya ada buat refinance rumah pada hujung bulan 6 tahun 2022 dengan bank Islam. Pegawai yang uruskan kata ambik masa 3 hingga 6 bulan tapi malangnya sampai hari ni dah nak masuk 9 bulan, masih tak tahu ujung pangkal, pihak bank islam kata kena berurusan dengan lawyer. Saya rasa sungguh kecewa.

  8. bank islam boleh buat pinjaman untuk buat rumah tak. klu boleh apa document yang diperlukan & jenis pinjaman apa.

  9. Salam tuan..saya ada buat loan rumah dengan Bank Islam. Saya nak tanya, macam mana cara nak buat bayaran principal.Boleh buat melalui online banking atau nak kena pergi kaunter bank

    1. boleh cuba hubungi bank dulu, call je customer servis bank islam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *