Cara Membeli Rumah Dengan Gaji Kecil 2021

Macam mana cara membeli rumah dengan gaji kecil? Pada kali ini kami nak berikan tips penting yang walaupun anda bergaji kecil, tiada masalah untuk beli rumah. Yang penting anda tahu teknik dan cara yang betul untuk apply rumah. Jika tidak, ada kemungkinan yang pinjaman anda tidak akan lepas.

Saya mempunyai pengalaman menguruskan pinjaman rumah khusus untuk pinjaman perumahan loan bank dan juga proses untuk jual beli rumah. Yang penting follow step by step teknik yang bakal saya berikan ini bagi memudahkan anda untuk lulus pinjaman rumah. Sekali lagi, kalau anda bergaji kecil, tak ada masalah untuk apply pinjaman rumah yang penting follow step by step yang bakal saya beritahu di dalam artikel pada kali ini. Baca sehingga ke akhir artikel ye.

cara membeli rumah dengan gaji kecil

Masalah Pada Gaji, Cuba Dapatkan RM2k

Memang masalah gaji yang terlalu kecil, kebanyakan bank agak keberatan nak bagi pinjam terutama untuk pinjaman rumah. Ada sesetengah bank, paling kurang gaji mesti Rm3000, baru pihak bank boleh berikan pinjaman rumah. Akan tetapi, ada beberapa skim daripada pihak kerajaan, walaupun anda bergaji RM2000, pun sudah boleh nak buat pinjaman rumah. Boleh tengok skim yang saya maksudkan dalam video di bawah ini;

Saya ada berikan penerangan secara detail bagaimana anda boleh memanfaatkan Skim Rumah Pertamaku yang memberikan anda kelayakan pinjaman sehingga 100%. 

Untuk menggunakan skim ini, walaupun gaji Rm2000 pun sudah layak membuat pinjaman. Akan tetapi masih bergantung kepada berapa harga rumah tersebut. Kalau harga rumah terlalu mahal, memang tak dapat nak buat pinjaman la. Ianya berdasarkan kepada gaji anda dan komitmen lain juga.

Kalau gaji anda seorang tak lepas, boleh tengok cara di bawah ini.

Cuba Combine Gaji Dengan Pasangan Ataupun Adik Beradik

Ini adalah antara cara membeli rumah dengan gaji kecil yang efektif. Kalau seorang tidak boleh, tiada masalah untuk gabung gaji walaupun berdua termasuk dengan pasangan ataupun adik beradik lain. Fokus utama adalah untuk anda mempunyai gaji Rm2000 sebulan dan jika tiada sesiapa yang boleh anda gabung nama, memang kena bersabar dahulu dan cuba ikhtiar lain. Kami akan terangkan lagi di dalam artikel pada kali ini.

Ada sesetengah bank membolehkan anda gabung nama sehingga 4 orang, tidak terhad kepada 2 nama sahaja. Apapun, kalau 2 nama masih tak boleh nak lepas loan, tiada masalah kerana anda masih boleh mencuba sehingga 3 ataupun 4 nama. Yang paling penting adalah, pinjaman perumahan anda tiada masalah nak lulus.

Jangan Tiada Hutang Langsung – Clean CCRIS

Saya pernah ceritakan berkenaan dengan topik clean CCRIS ini di SINI. Kalau boleh janganlah langsung tiada hutang, agak susah bank nak bagi pinjaman kalau langsung tiada hutang. Boleh cuba dapatkan kad kredit ataupun ASB loan kalau anda bercadang nak buat pinjaman rumah dalam masa terdekat.

Bila langsung tiada rekod dalam CCRIS, secara automatik scoring (markah yang diberikan daripada pihak bank kepada peminjam) akan menjadi rendah. Di tambah lagi dengan gaji kecil (bawah 2000) memang akan susah nak buat pinjaman rumah. Oleh sebab itu, adalah lebih baik untuk anda buat ataupun mempunyai hutang dahulu seperti hutang kad kredit ataupun ASB loan sudah memadai.

Adalah lebih baik untuk anda bertindak 6 bulan sebelum anda nak membeli rumah. Pada masa itu memang sudah ada rekod yang “proper” daripada pihak bank terutama kalau anda langsung tiada hutang.

Rekod CCRIS kena cantik

Dah ada rekod dalam CCRIS tu, kena pastikan yang rekod anda cantik dan segala hutang di bayar pada waktunya. Ini untuk mengelakkan daripada ada tunggakan dan pihak bank nampak tunggakan tersebut.

Apabila ada tunggakan lebih daripada 2 bulan, secara automatik, scoring anda menjadi tidak cantik. Ia umpama, ada seseorang ini pernah tak bayar hutang selama 3 bulan tertunggak, kemudian dia datang berjumpa dengan anda untuk buat hutang baru. Adakah anda nak berikan hutang kepada orang seperti ini? Apa jaminan yang dia tak akan buat lagi tunggakan sehingga 3 bulan tak bayar hutang?

Ini adalah antara risiko pihak bank yang sebagai peminjam yang anda kena faham.

Mula Berfikir Untuk Tambah Income

Kalau anda mempunyai gaji bawah Rm2000, boleh consider sebagai kecil kalau nak membeli rumah. Adalah lebih baik untuk anda mula berfikir tips dan teknik bagaimana nak tambah income dan pendapatan sama ada secara sambilan ataupun perniagaan lain. Kalau nak tambah pendapatan, adalah lebih baik untuk declare cukai pendapatan. Kalau tak nanti agak sukar untuk pinjaman lulus.

Dalam blog ini, ada banyak tips dan idea untuk tambah pendapatan. Di bawah ini kami ada senaraikan beberapa idea untuk anda tambah income sama ada secara part time ataupun full time. Boleh dan tiada masalah anda baca dahulu kesemua idea yang bakal saya senaraikan seperti di bawah ini.

Sebenarnya ada banyak lagi tips dan teknik untuk anda tambah pendapatan sama ada secara part time ataupun full time di dalam blog ini. Apapun, artikel di atas adalah antara beberapa idea untuk anda tambah pendapatan dan tambah income supaya lebih mudah pihak bank nak luluskan pinjaman perumahan anda.

Kira DSR – Beli Rumah Ikut Kemampuan

Debt Service Ratio ataupun dalam istilah mudah, berdasarkan kepada gaji dan komitmen bulanan anda , berapa harga rumah maksimum. Untuk cara pengiraan, adalah lebih mudah untuk anda tonton video di bawah ini. Ada satu bahagian, kami berikan informasi berkenaan dengan cara pengiraan DSR ini. Boleh tengok dulu video ini ya;

Beli Rumah Subsale, Elak Daripada Beli Rumah Lelong

Kalau nak tips cara membeli rumah dengan gaji kecil, saya tak rekemen untuk anda cuba terus beli rumah lelong. Rumah lelong ni memanglah murah, tetapi ianya datang dengan kos-kos lain yang tak dijangka. Sebagai contoh 10% downpayment adalah wajib. Belum masuk lagi kos-kos lain seperti cukai tertunggak, kerosakan rumah dan lain-lain. Semua itu memang anda kena tanggung sendiri.

Kalau nak beli rumah lelong, saya rekemen untuk anda baca dahulu artikel kami berkaitan dengan informasi rumah lelong di bawah ini;

Amalkan Semua Tips dan Mula Berfikir Untuk Beli Rumah

Apapun, harapnya, artikel cara membeli rumah dengan gaji kecil ini memberikan anda info dan input berguna untuk anda beli rumah walaupun dengan gaji yang kecil. Di mana ada kesungguhan di situ ada jalan.

Jangan lupa untuk subscribe channel telegram kami di atas bagi mendapatkan informasi terkini berkaitan dengan topik-topik kewangan.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest