30 Bantuan Pendidikan Baitulmal Seluruh Negara

Macam mana nak dapatkan bantuan pendidikan baitulmal di Malaysia ini. Terutama kepada pelajar sama ada daripada peringkat rendah dan menengah kepada peringkat ijazah dan doktor PHD. Dapatkan informasi berkenaan dengan topik ini di dalam artikel kami pada kali ini.

Pastikan untuk anda baca sampai habis kerana kami akan berikan informasi secara detail berkenaan dengan jenis bantuan pendidikan baitulmal di Malaysia yang anda boleh isi dan dapatkan jika anda layak. Nasihat kami, jika layak cepat-cepat la memohon bantuan ini dengan segara.

bantuan pendidikan baitulmal

Apa itu bantuan pendidikan baiitulmal?

Bantuan pendidikan ini di khususkan kepada golongan pelajar asnaf dan fakir miskin di seluruh negara. Setiap pemohon boleh merujuk kepada majlis agama masing-masing untuk mendapatkan bantuan kerana syarat am bantuan ini tertakluk kepada anak jati negeri tersebut.

Situasi di Malaysia

“Pelajar miskin bandar tidak ke sekolah kerana masalah kewangan.”

 “Pergi sekolah hanya pakai selipar.”

“Remaja 17 tahun tetap belajar untuk SPM walaupun tidak mampu ke sekolah.”

“Daki bukit untuk jawab peperiksaan.”

Pernahkah anda terbaca headline seperti ini di surat khabar? Inilah realiti hidup pelajar-pelajar miskin yang memperjuangkan kehidupannya untuk mencari ilmu dan bekerja. Sebilangan kecilnya terpaksa untuk berhenti sekolah di peringkat yang paling rendah, malah jika ada yang mampu sehingga SPM pun pasti mereka tersekat untuk melanjutkan pelajaran sehingga ke menara gading. Banyak lagi kisah-kisah duka kanak-kanak mahu pun remaja tentang perjuangan mereka mencari ilmu.

Jika mempunyai masalah kewangan berkaitan dengan pendidikan, dapatkan bantuan daripada dana bantuan pendidikan baitulmal di Malaysia.

Ujian berat untuk pelajar miskin di seluruh pelosok negeri 

“Orang yang miskin bertambah susah, orang yang kaya diam di rumah.” Itu antara kata-kata yang boleh di gambarkan saat ini kepada pelajar-pelajar miskin di Malaysia lebih-lebih lagi apabila situasi pandemik Covid-19 makin berlarutan.

Ruang dan peluang yang dulunya boleh di bina di sekolah terpaksa berubah dengan pembelajaran dari atas talian. Aplikasi video meeting seperti Google Meet, Zoom, Webex dan Microsoft Team terpaksa menjadi pilihan guru-guru untuk menyampaikan ilmu.

“Cikgu, saya dah ada telefon. Macam mana nak buka Google Classroom ni”, ini adalah sisipan headline artikel daripada GPS Bestari yang menjadi viral di laman sosial baru-baru ini. Bila di lihat pada keadaan telifon bimbit itu retakkan pada skrinnya di mana-mana. Ada keluarga yang perlu bergilir satu telifon bimbit untuk lima orang anak. Ada juga yang tidak mampu membeli paket mobile data. Jangankan hendak beli data, makan pun susah.

Statistik pendidikan di malaysia

Berdasarkan data yang di peroleh daripada Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) 2020 dan Sistem Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) 2018, maklumat jumlah yang di peroleh adalah seperti yang di bawah:

PeringkatJumlah
Prasekolah208,131
Rendah2,741,837
Menengah2,037,433
Jumlah4,987,401

                    * Data Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) 31 Julai 2020

InstitusiJumlah
Universiti Awam39,099
IPTS92,415
Sekolah Swasta / Antarabangsa29,760
Pusat Bahasa, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)3,098
Pusat Kemahiran, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)668
Pusat Bertauliah, Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), KSM208
Mobiliti IPTA4,401
Mobiliti IPTS1,249
Jumlah170,898

                    *Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), 2018

Peningkatan jumlah mereka yang berada di alam persekolah dan yang sedang menuntut di institusi-institusi pengajian tinggi menunjukkan bahawa bantuan-bantuan dari konteks pendidikan sendiri perlu disalurkan dengan giat kepada mereka yang layak. Hal ini untuk memastikan mereka tidak mengalami kesulitan dan ketinggalan dalam mencapai kejayaan asbab faktor kewangan sahaja.

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk)

1. Skim Bantuan Biasiswa Baitulmal

Skim bantuan ini khusus diberikan untuk menampung kos pendidikan anak-anak asnaf yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum. Ini untuk memastikan faktor kemiskinan yang mereka hadapi tidak akan membantutkan kecemerlangan mereka dalam pendidikan.

Syarat-syarat am bantuan:

  • Beragama Islam
  • Warganegara Malaysia
  • Bermastautin di negeri Perak
  • Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi had kifayah (had kecukupan)
  • Permohonan hanya terbuka kepada pelajar dari Tingkatan 1 hingga Tingakatan 5
  • Aktif dalam penglibatan kokurikulum
  • Tergolong dalam asnaf fakir / miskin
  • Tidak menerima bantuan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) atau bantuan daripada mana-mana pihak / agensi

Keistimewaan yang di terima:

  • Di berikan RM 1,000.00 seorang untuk tempoh setahun.
  • Bantuan akan di berikan selama tempoh 5 tahun

Borang bantuan:

Akses kepada borang bantuan ini anda boleh dapatkan di hujung artikel ini. Boleh baca artikel ini sampai habis.

2. Skim Bantuan Am Pelajaran

Bantuan ini untuk pelajar yang baru hendak mendaftarkan diri di mana-mana institusi pengajian tinggi. Ia di berikan secara one-off kepada pemohon yang layak.

Syarat-syarat am bantuan:

  • Beragama Islam
  • Warganegara Malaysia (kecuali ibnu sabil)
  • Bermastautin di negeri Perak
  • Tergolong dalam asnaf fakir / miskin / muallaf / ibnu sabil / fisabilillah 
  • Tidak menerima bantuan pendidikan daripada mana-mana pihak / agensi

Borang bantuan:

Akses kepada borang bantuan ini anda boleh dapatkan pada hujung artikel ini.

3. Skim Bantuan Dermasiswa Pelajar Tajaan / Bantuan Am (Mesir dan Jordan)

Bantuan khusus untuk pelajar dalam bidang pengajian Islam (STAM / Sekolah Tahfiz bukan kerajaan / Diploma Tahfiz / Sarjana Muda Pengajian Islam dengan Sains) atau bidang perubatan sahaja. Permohonan hanya dibenarkan sekali sahaja untuk setahun.

Syarat-syarat am bantuan:

  • Beragama Islam
  • Warganegara Malaysia (kecuali ibnu sabil)
  • Bermastautin di negeri Perak
  • Tergolong dalam asnaf fakir / miskin / muallaf / ibnu sabil / fisabilillah 
  • Tidak menerima bantuan pendidikan daripada mana-mana pihak / agensi

Borang bantuan:

Borang bantuan berkaitan anda boleh dapatkan di hujung artikel ini. Boleh baca dahulu sampai habis.

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM)

1. Bantuan Awal Pengajian IPTA / IPTS

Bantuan diberikan kepada pelajar-pelajar Terengganu yang telah di terima belajar di peringkat Sijil / Pra Diploma / Asasi, Diploma, Ijazah Pertama (B.A), Master dan Phd. Di mana pemohon perlu membuat permohonan tidak lebih 3 bulan daripada tarikh pendaftaran dan dokumen hendaklah diserahkan dalam tempoh tersebut sahaja ke Pusat Urusan Zakat Daerah masing-masing.

Syarat-syarat am bantuan:

  • Rakyat Terengganu yang menetap di negeri Terengganu / bermastautin tetap di Terenganu tidak kurang daripada 3 tahun berturut-turut sebelum melanjutkan pelajaran
  • Beragama Islam, baligh, berakal dan merdeka
  • Tidak mempunyai pendapatan sendiri / bergaji penuh / bergaji sebahagian
  • Permohanan bantuan tidak boleh dipertimbangkan sekiranya terdapat mana-mana ibu dan bapa pemohon tidak menunaikan zakat kepada MAIDAM

Borang bantuan:

Link berkaitan dengan borang bantuan dan permohonan ini, anda boleh dapatkan di akhir artikel untuk info lanjut.

2. Dermasiswa/Bantuan Am IPTA/IPTS

Bantuan diberikan kepada pelajar-pelajar Terengganu yang telah di terima belajar atau yang telah belajar di peringkat institusi pengajian tinggi atau universiti yang boleh ditampung kos pengajiannya oleh pihak MAIDAM. Keutamaan akan di berikan kepada pelajar dalam bidang Pengajian Islam dan Bahasa Arab manakala bidang-bidang yang berunsurkan industri hiburan tidak akan diterima. 

Syarat-syarat am bantuan:

  • Rakyat Terengganu yang menetap di negeri Terengganu / bermastautin tetap di Terenganu tidak kurang daripada 3 tahun berturut-turut sebelum melanjutkan pelajaran
  • Beragama Islam, baligh, berakal dan merdeka
  • Tidak mempunyai pendapatan sendiri / bergaji penuh / bergaji sebahagian
  • Permohanan bantuan tidak boleh dipertimbangkan sekiranya terdapat mana-mana ibu dan bapa pemohon tidak menunaikan zakat kepada MAIDAM

Ini adalah tempoh pemberian Bantuan Dermasiswa atau Bantuan AM Pelajaran

Keistimewaan bantuan:

  • Diploma (RM 800)
  • Ijazah Pertama (RM 1,000)

Maklumat lanjut: 

http://www.espmb.com/maidam_zakat/DS_Syarat.aspx

Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP)

1. Bantuan Pendidikan Pelajar

Bantuan akan di berikan secara tunai kepada pelajar yang tergolong dalam Asnaf Fi Sabilillah. 

Syarat-syarat am bantuan:

  • Hendaklah berdaftar sebagai pelajar Sek. Men Agama Negeri (SMAN) dan Sek.Men Agama Majlis (SMUM)
  • Senarai pelajar daripada Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan Pihak Sekolah (SMUM).

2. Bantuan Dermasiswa

Bantuan akan di berikan kepada penuntut di universiti awam atau swasta sama ada di dalam atau luar negara mengikut kadar yang telah di tetapkan pada tempat pengajian mereka. Bagi pengajian dalam negara semua bidang didahulukan manakala pengajian di luar negara pula hanya pengajian Islam dan perubatan yang di utamakan.

Syarat-syarat am bantuan:

  • Beragama islam
  • Rakyat negeri Pahang atau pemastautin negeri Pahang
  • Berumur tidak kurang daripada 13 tahun
  • Dilahirkan / bermastautin dalam negeri Pahang
  • Sedang mengikuti pengajian di peringkat pondok atau diploma atau sarjana muda (sepenuh masa)
  • Telah lulus keputusan peperiksaan tahun / semester terkini

Borang bantuan:

https://zakat4pengajian.muip.gov.my/appZ4P/

3. Bantuan Awal ke IPT

Bantuan untuk mahasiswa kelahiran Pahang yang belajar dalam apa-apa bidang di peringkat Diploma / Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa / Ijazah Sarjana Muda bukan sepenuh masa / Ijazah Sarjana (Master) sepenuh masa / Ijazah Sarjana (Master) bukan sepenuh masa / Phd sepenuh masa / Phd bukan sepenuh masa. 

Syarat-syarat am bantuan:

  • Beragama islam
  • Pemohon adalah pemastautin negeri Pahang
  • Permohonan boleh dibuat setelah mendapat tawaran pengajian daripada IPT
  • Bagi setiap peringkat pengajian permohonan adalah layak hanya sekali sahaja dalam tempoh pengajian
  • Tidak pernah mendapat bantuan yang sama daripada MUIP
  • Telah mendapat tawaran ke IPT bagi peringkat pengajian seperti berikut sahaja

Borang bantuan:

https://zakat4pengajian.muip.gov.my/appZ4P/

4. Bantuan Tambang Pelajar Ke Luar Negara

Bantuan tambang hanya diberikan kepada pelajar sarjana muda dalam bidang pengajian Islam atau perubatan yang menuntut di Timur Tengah dan Indonesia. Di mana kadar yang di tuntut tidak boleh melebihi kadar yang ditetapkan dan hanya dibenarkan untuk tambang pergi ketika mula pengajian dan tambang balik ketika tamat pengajian.

Syarat-syarat am bantuan:

  • Beragama Islam
  • Rakyat negeri Pahang atau pemastautin negeri Pahang
  • Sarjana Muda dalam bidang pengajian islam dan perubatan sahaja
  • Hanya kepada negara-negara seperti Mesir, Sudan, Morocco, Afrika, Jordan, Yaman, Syria dan Indonesia

Borang bantuan:

https://zakat4pengajian.muip.gov.my/appZ4P/

5. Sagu Penghafaz Al-Quran

Saguhati diberikan secara terus kepada akaun-akaun pelajar yang layak dan tergolong dalam Asnaf Fisabillillah.

Syarat-syarat am bantuan:

  • Calon adalah dari rakyat negeri Pahang dan menetap di negeri Pahang
  • Pemastautin di negeri Pahang sekurang-kurangnya 7 tahun
  • Sekurang-kurangnya menghafal 5 juzu’ (bermula juzu’ satu) dan ke atas
  • Rakyat atau pemastautin negeri Pahang yang belajar atau bekerja di luar negeri Pahang adalah tidak layak memohon
  • Kategori juzu’ 1-5 hanya layak sekali sahaja dan hendaklah ada peningkatan bilangan juzu’ pada permohonan berikutnya

Borang bantuan:

https://zakat4pengajian.muip.gov.my/appZ4P/

6. Bantuan Kelab Al-Quran Kanak-Kanak (KAKK)

Bantuan ini bertujuan untuk meningkatkan mutu pendidikan agama sekolah dan mengurangkan bebanan kos pengurusan serta pembiayaan guru. 

Syarat-syarat bantuan:

  • Telah berdaftar dengan Masjlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).

Borang bantuan:

https://zakat4pengajian.muip.gov.my/appZ4P/

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)

1. Skim Bantuan Bantuan Melanjutkan Pelajaran Ke Ipt

Bantuan diberikan untuk pelajar anak jati Kelantan yang melanjutkan pelajaran ke IPT tempatan di peringkat pengajian asasi, diploma dan ijazah. Yang mana ini hanya untuk pelajar semesta satu sahaja. Pemohon juga hanya boleh menerima bantuan sebanyak sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian.

Syarat-syarat bantuan:

  • Pemohon hendaklah terdiri daripada golongan asnaf yang layak menerima zakat.
  • Keutamaan diberikan kepada pemohon peranakan Kelantan
  • Beragama Islam
  • Pemohon perlu membuat pemohonan sebelum tarikh daftar atau selewat-lewatnya 2 bulan selepas tarikh pendaftaran di institusi pengajian
  • Tiada tajaan dan bantuan lain dari mana-mana organisasi ata agensi

Kategori fakir miskin

  • Pengajian peringkat ijazah (RM 2,500)
  • Pengajian peringkat diploma (RM 1,700)
  • Asasi, matrikulasi, tahmidi, pra, sijil (RM 500)

Kategori fisabilillah

  • Diploma dan ijazah (RM 500)

Borang bantuan:

http://ipt-online.e-maik.my/frmlogin.aspx

2. Bantuan Asnaf Biasiswa Kecil Pelajar Yayasan Islam Kelantan

Biasasiwa kecil dikhususkan kepada pelajar cermelang Kelantan dari golongan asnaf yang sangat memerlukan. 

Syarat-syarat bantuan:

  • Pemohon hendaklah terdiri daripada golongan asnaf yang layak menerima zakat.
  • Keutamaan diberikan kepada pemohon peranakan Kelantan
  • Beragama Islam.
  • Terdiri dalam golong asnaf (fakir, miskin atau muallaf)
  • Mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang

Keistimewaan bantuan:

  • Tingkatan 1 hingga 3 (RM 240 setahun)
  • Tingkatan 4 hingga 5 (RM 360setahun)
  • Tingkatan 6 (RM 480 setahun)

Borang bantuan:

Boleh didapatkan secara percuma di Kaunter Zakar, Tingkat 1, MAIK.

Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah

1. Bantuan Awal Pendidikan Tinggi Baitulmal

Bantuan kepada pelajar asal Sabah yang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi awam / swasta di dalam negara sahaja. Pemohon mesti tergolong dalam isi rumah yang berpendapatan kasar di bawah RM 3,000.00. Walau bagaimanapun, permohonan layak dipertimbangkan bagi isi rumah berpendapatan kasar antara RM 3,001.00 hingga RM 5,000.00 dengan tanggungan 6 orang ke atas. 

Syarat-syarat bantuan:

  • Warganegara Malaysia berasal dari Sabah dan salah seorang, ibu / bapa pemohon berasal dan dilahirkan di Sabah
  • Berumur 18 hingga 28 tahun
  • Hanya kepada pelajar yang melanjurkan pelajaran dalam Malaysia
  • Hanya kepada peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa

Borang bantuan:

Boleh didapatkan secara percuma di kaunter PBNS Wisma Muis Kota Kinabalu.

Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)

1. Bantuan Yuran Pendaftaran

Bantuan yuran pendaftaran one-off kepada kepada pelajar Sabah yang memulakan pengajian di peringkat Diploma / Ijazah Pertama di dalam atau luar negara. 

Syarat-syarat bantuan:

  • Warganegara Malaysia dan berasal dari Sabah
  • Pemohon adalah dalam semester pertama pengajian
  • Pendapatan bulanan ibu bapa RM 6,000 dan ke bawah
  • Berumur 18 hingga 28 tahun
  • Permohonan tidak melebihi 6 bulan dari tarikh pendaftaran semester pertama

Borang bantuan:

Boleh didapatkan di kaunter Majlis Ugama Islam Sabah

2. Bantuan Tiket Penerbangan

Bantuan tiket penerbangan one-off kepada kepada pelajar Sabah yang memulakan pengajian di peringkat Sijil / Asasi / Diploma / Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa di dalam negara sahaja 

Syarat-syarat bantuan:

  • Warganegara Malaysia berasal dari Sabah
  • Pealajar yang telah mendaftar untuk tahun semasa sahaja
  • Berumur 18 hingga 28 tahun
  • Permohonan tidak melebihi 6 bulan dari tarikh pendaftaran semester pertama

Borang bantuan:

Boleh didapatkan di kaunter Majlis Ugama Islam Sabah

Zakat Pulai Pinang

1. Bantuan Permulaan Ke IPT (Dalam Negara)

Bantuan ini sangat berguna untuk menampung perbelanjaan awal kemasukan pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi dalam negara dan meringkan bebanan yang lain. 

Syarat-syarat bantuan:

  • Beragama Islam
  • Warganegara Malaysia
  • Bermastautin di Pulau Pinang sekurang-kurangnya 3 tahun
  • Pendapatan keluarga tidak mencukupi Had Al Kifayah
  • Tidak menerima bantuan dari mana-mana pihak atau telah menerima bantuan tetapi masih belum mencukupi
  • Hanya kepada pengajian  sepenuh masa sahaja
  • Anak pemohon telah mendapat tawaran belajar di peringkat sijil / diploma / ijazah pertama buat pertama kali

Keistimewaan bantuan:

  • Diploma (RM 800)
  • Ijazah ( RM 1,000)
  • Sijil / Asasi / Matrikulasi (RM 600)

Borang bantuan:

Boleh menggunakan borang bantuan IPT yang di keluarkan oleh Zakat Pulai Pinang

2. Bantuan Permulaan IPT (Luar Negara)

Bantuan ini sangat berguna untuk menampung perbelanjaan awal kemasukan pelajar ke Istitusi Pengajian Tinggi luar negara dan meringkan bebanan yang lain. 

Syarat-syarat bantuan:

  • Beragama Islam
  • Warganegara Malaysia
  • Bermastautin di Pulau Pinang sekurang-kurangnya 3 tahun
  • Pendapatan keluarga tidak mencukupi Had Al Kifayah
  • Tidak menerima bantuan dari mana-mana pihak atau telah menerima bantuan tetapi masih belum mencukupi
  • Apa-apa sahaja kursus bebas untuk dipohon tetapi permohonan akan dipertimbangkan hanya kepada kursus yang memberi manfaat kepada agama dan masyarakat.

Keistimewaan bantuan:

  • LPT luar negara (RM 2,000)

Borang bantuan:

Boleh menggunakan borang bantuan IPT yang di keluarkan oleh Zakat Pulai Pinang

3. Bantuan Awal Persekolahan 2021

Bantuan Awal Persekolahan ZPP diberikan adalah untuk meringankan beban kewangan keluarga terutamanya ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan anak-anak mereka untuk sesi persekolahan tahun hadapan.

Syarat-syarat bantuan:

  • Beragama Islam
  • Bermastautin / penduduk negeri Pulau Pinang
  • Mempunyai sekurang-kurangnya 2 anak bersekolah
  • Anak yang bersekolah di antara Tahun 1 hingga Tahun 6 / Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6

Keistimewaan bantuan:

  • 2 orang anak (RM1,500 dan ke bawah)
  • 3 orang anak (RM2,000 dan ke bawah)
  • 4 orang anak (RM2,500 dan ke bawah)

Borang bantuan:

Boleh didapatkan secara percuma di kaunter Zakat Pulau Pinang yang terdekat (Bandar Perda, Butterworth, Kepala Batas, George Town, Nibong Tebal, Bayan Baru, Balik Pulau dan Ayer Itam)

Majlis Agama Islam Johor (MAIJ)

1. Skim Bantuan Zakat bagi Pendaftaran IPT (Dalam Negara)

Bantua khusus kepada anak jati Johor yang ingin melanjutkan pelajaran di peringkat pengajian tinggi dalam negara sahaja sama ada Insititusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). 

Syarat-syarat bantuan:

  • Warganegara Malaysia
  • Beragama Islam
  • Anak kelahiran Johor dan menetap di dalam Negeri Johor
  • Bermastautin di dalam negeri Johor sekurang-kurangnya 5 tahun
  • Mendapat surat tawaran pengajian IPT tempatan
  • Pendapatan perkapita tidak melebihi RM 500 setiap tanggungan

Keistimewaan yang diterima:

  • Sijil (RM 300)
  • Diploma (RM 500)
  • Ijazah (RM 1,000)

Kaedah permohonan:

  • Semua permohonan melalui sistem permohonan IPT Online di eMAIJ
  • Lampiran permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke MAIJ daerah. Sekiranya melebihi tarikh ditetapkan permohonan akan ditolak.
  • MAIJ daerah akan membuat tapisan mengikut syarat.

2. Skim Bantuan Dermasiswa

Skim ini merangkumi satu tempat sahaja iaitu pemohon melanjutkan pelajaran di luar negara sama ada Mesir, Jordan atau Yaman. 

Syarat-syarat am bantuan:

  • Warganegara Malaysia
  • Anak kelahiran Johor dan menetap di dalam negeri Johor sekurang-kurangnya 5 tahun
  • Mempunyai Diploma Tahfiz Al Quran Dan Al Qiraat daripada MARSAH atau Darul
  • Quran JAKIM.
  • Pelajar hendaklah berdaftar dengan Pejabat Atase Pendidikan Johor di Mesir ( wakil
  • rasmi Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah dan Kerajaan Johor )dan Majlis Tertinggi
  • Pengurusan Anak Johor Mesir (MTPAJM)
  • Universiti yang di iktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
  • Tidak mendapat penajaan daripada mana-mana agensi.

Borang bantuan:

Borang berkaitan dengan bantuan, anda boleh dapatkan pada link di bawah ini untuk info lanjut.

Zakat Kedah

1. Bantuan Dermasiswa Melanjutkan Pelajaran Ke IPT Tempatan

Dermasiswa awal IPT dalam negara adalah sejenis bantuan one-off yang di berikan kepada penuntut Kedah yang bakal memasuki tahun pertama pengajian di Institusi Pengajian Tinggi dalam atau luar negara. Bantuan ini adalah dibawah asnaf fisabilillah dimana sumber kewangan adalah hasil kutipan zakat negeri Kedah Darul Aman dan diagihkan kepada 8 golongan asnaf yang layak.

Syarat-syarat bantuan:

  • Islam
  • Bermastautin / tinggal tetap di Kedah
  • Menerima tawaran melanjutkan pelajaran bagi peringkat Sijil / Diploma / Matrikulasi / Ijazah Sarjana Muda / Sarjana / Phd
  • Tempoh minimum pengajian adalah setahun
  • Bantuan di berikan sekaligus
  • Berumur 18 tahun sewaktu mengemukakan permohonan

Borang bantuan:

http://ipt.zakatkedah.com.my/iptonline/iptonline_borangIPT.wp?subselect=2707

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)

Jika anda tinggal di Wilayah Persekutuan, boleh cuba dapatkan dana bantuan pendidikan baitulmal ini dengan cara seperti di bawah.

Syarat-syarat am bantuan:

  • Beragama Islam
  • Warganegara Malaysia
  • Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
  • Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah (Kira kelayakan Had al-Kifayah)

Borang permohonan boleh di dapatkan di kaunter Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Bantuan adalah seperti yang berikut:

1. Bantuan Am Pelajaran IPT / Bantuan Persediaan IPT

2. Bantuan Am Persekolahan

3. Bantuan Tuisyen

4. Bantuan Pakaian dan Peralatan Persekolahan

5. Bantuan Galakan Hafazan Al-Quran

6. Bantuan Biasiswa / Insentif Khas Pelajar Cemerlang

7. Bantuan Pelajar Kolej Antarabangsa Sains Perubatan PUSRAWI (PICOMS)

8. Bantuan Pelajar Institut Profesional Baitulmal

Membina Kehidupan Yang Harmoni Dengan Kesejahteraan Komuniti

Di harapkan artikel bantuan pendidikan baitulmal ini dapat membantu anda untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik. Sedikit yang disalurkan, beribu nyawa boleh diselamatkan. Bantuan-bantuan yang di senaraikan di atas tertakluk kepada perubahan semasa majlis agama Islam negeri masing-masing. Jadi anda dinasihatkan untuk sentiasa mencari tahu informasi dan hebahan terbaru dari website majlis agama Islam negeri masing-masing.

Jangan lupa untuk subscribe channel telegram kami di atas dan dapatkan Ebook pelaburan secara percuma.

Link Berkaitan;

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *