Modal Ternak Kambing di Malaysia – Terkini 2023

Berapa modal ternak kambing di Malaysia? Pada artikel kali ini, kami akan berikan info berkenaan dengan modal untuk bermula ternak kambing di Malaysia. Kenapa kambing? Kerana perniagaan berasaskan ternakan ini adalah antara yang kalis kegawatan ekonomi kerana setiap masa, kambing diperlukan sebagai juadah makanan. 

Daging kambing adalah salah satu makanan yang sangat di gemari oleh rakyat Malaysia. Ini kerana, dagingnya yang lembut dan berjus apabila di bakar membuatkan ramai antara kita yang sentiasa menggemari masakan kambing. Tidak kiralah sama ada kambing bakar, kambing masak kuzi atau kari kambing dan termasuk sate kambing, ia tetap menjadi pilihan rakyat di negara kita. Malah, boleh dikatakan bila ada sahaja menu kambing pasti ramai antara kita akan berebut-rebut untuk mencubanya.

modal ternak kambing

Ramai Yang Mula Menceburi Bidang Penternakan Kambing Di Malaysia

Disebabkan permintaan yang semakin tinggi tidak kiralah sama ada bila tibanya hari raya haji atau tidak, ramai yang mula menceburkan diri dalam bidang penternakan kambing. Ia bukanlah satu perkara yang pelik jika kita lihat ramai anak muda pada masa kini mula berjinak-jinak untuk menceburkan diri dalam penternakan kambing. 

Mana tidaknya, pendapatan yang bakal mereka perolehi sangat lumayan. Ramai penternak yang mendapat pendapatan sehingga puluhan ribu ringgit sebulan dengan hanya menternak kambing.

Belum lagi pada musim haji dan akikah, pastinya ternakan kambing ini mendapat pilihan kerana ianya merupakan antara menu utama korban di Malaysia. Akikah yang dijalankan setiap tahun pun antara pelaung-peluang perniagaan yang baik untuk anda ceburi. Kalau anda serious nak dapatkan info lanjut berkenaan dengan penternakan kambing, boleh baca artikel ini sampai habis.

Berapa Modal Untuk Ternak Kambing Di Malaysia

Apabila mendengarkan pendapatan yang lumayan, sudah pastilah anda sudah mula berminat untuk mula menternak kambing sama seperti orang lain. Sudah pastinya anda sudah mempunyai pelbagai perancangan dekat mana anda hendak memasarkan kambing anda. 

Tetapi, sebelum hendak mula menternak kambing, perkara pertama yang pastinya anda akan fikirkan ialah modal Yang perlu dikeluarkan untuk menternak kambing. Ini kerana, jika tidak mempunyai modal sudah pastinya sukar untuk anda mula menternak kambing.

Sebenarnya, untuk menternak kambing, modal yang perlu dikeluarkan bermula dari puluhan ribu ringgit sehingga ke ratusan ribu ringgit. Tetapi, jika anda tidak mempunyai modal yang besar anda boleh mulakan secara kecil-kecilan dan kembangkan menjadi penternakan besar-besaran.

Kami rekemen anda mulakan secara kecil-kecilan dan kemudian, apabila makin besar dan membesar, mula buat syarikat sendiri daripada penternakan kambing. Jika ada syarikat sendiri, lebih mudah untuk anda mendapat geran daripada kerajaan Malaysia. Boleh dapatkan info lanjut berkenaan dengan cara buka syarikat SSM Enterprise di sini.

Modal yang perlu dikeluarkan termasuklah 4 perkara ini. Iaitu:

1. Pembinaan kandang.

2. Kos makanan.

3. Baka kambing.

4. Ubat-ubatan.

1-Pembinaan Kandang

Perkara pertama sekali yang perlu difikirkan apabila hendak menternak kambing ialah kandang. Kalau tiada kandang kambing macam mana anda hendak menyimpan kambing-kambing anda. Sebenarnya, modal yang dikeluarkan untuk pembinaan kandang sekitar Rm 2000.00 untuk sebuah kandang. Ia berbeza mengikut saiz dan bermacam kelengkapan yang anda sediakan. Kos ini juga berbeza jika anda tidak mempunyai tanah dan terpaksa membeli tanah untuk menternak kambing anda.

Kalau anda sudah mempunyai tanah sendiri, ianya akan menjadi lebih mudah dan murah. Terutama kalau anda ada tanah pusaka daripada ibu bapa. Kalau tiada pun tak mengapa, penternakan kambing kalau kena caranya, tak perlukan tanah yang terlalu besar pun. Tak percaya, boleh tengok info pasal penternakan kambing di SINI.

2- Kos Makanan

Selain dari kandang, makanan juga amat penting untuk memastikan kambing anda membesar dengan sihat. Biasanya, makanan yang sesuai untuk kambing adalah rumput jenis napier. Biasanya, ada penternak yang membeli rumput jenis ini dari orang lain. 

Tetapi jika anda hendak menjimatkan kos anda boleh menanam sendiri rumput jenis ini. Malah, ada juga para penternak yang mula menanam rumput jenis ini. Ini kerana, rumput jenis napier ini sangat mudah tumbuh walaupun anda menanam di kawasan yang kecil. Bukan itu sahaja, rumput ini juga dapat tumbuh dengan banyak dalam masa yang singkat.

3- Baka Kambing

Kos seterusnya yang perlu anda fikirkan ialah baka kambing. Anda perlu memikirkan baka kambing apa yang anda ternak. Ini kerana, kambing yang biasa di ternak di negara kita ialah jenis Boer, Jamnapari, Katjang, Saneen dan Anglo Nubian. Harganya juga berbeza mengikut baka yang hendak anda pilih iaitu sekitar RM 800.00 sehingga RM 1500.00 untuk seekor.

4- Ubat-Ubatan

Selain dari perkara di atas, satu lagi kos yang perlu anda pertimbangkan ialah kos ubat-ubatan. Ia adalah perkara yang wajib anda fikirkan apabila anda hendak menternak kambing. Ini kerana, kambing sangat mudah jatuh sakit sekiranya kita tidak jaga dengan baik. Jadi, setiap penternak perlu mengeluarkan kos untuk membeli ubat-ubatan supaya kambing anda sentiasa berada dalam keadaan yang sihat.

Boleh tengok juga video daripada Astro Awani di bawah ini;

Jimat Kos Ternak Kambing

Kalau nak pilihan lebih jimat dan berbaloi, boleh beli peralatan menternak kambing seperti makanan dan perkakas secara online. Alat Ini dan SINI adalah pilihan yang baik untuk anda tengok perkakasan ternak kambing.

Untuk permulaan, kos adalah sangat penting, kalau anda boleh jimatkan kos seminima yang mungkin adalah lebih baik.

Ternakkan Kambing Sudah Semakin Menjadi Pilihan Dalam Kalangan Rakyat Malaysia

Walaupun modal untuk menternak kambing adalah satu modal yang besar, tetapi dengan pendapatan yang lumayan ia telah membuatkan ramai orang berani mencuba bidang ternakan kambing ini dan ramai yang telah menjadi seorang penternak yang berjaya dengan hanya menternak kambing.

Sebelum anda pergi lebih jauh dan ingin mendalami bidang ini, adalah lebih baik anda lengkapkan diri dengan modal ilmu dahulu. Pergi je ke mana-mana seminar dan kursus berkaitan dengan penternakan kambing. Boleh juga tengok perkongsian penternakan kambing seperti di bawah ini.

Kalau ada kursus daripada jabatan vateriner, jangan lepaskan peluang untuk pelajar ilmu berkaitan dengan penternakan kambing.

Kalau ada kenal sesiapa yang dah sukses dalam tips dan teknik ternakan kambing pun jangan malu jangan segan untuk mula bertanya. Lebih baik dapatkan segala ilmu dan tips dari mereka yang dah lalui untuk anda lebih berjaya.

Anda pun boleh membaca tips dan cara ternak kambing di ARTIKEL SINI.

Apapun, harap artikel modal ternak kambing ini memberikan info dan tips kepada anda untuk teruskan niat murni menternak kambing. Jangan lupa untuk tengok artikel kami yang lain berkaitan dengan tips dan teknik untuk tambah pendapatan di bawah ini;

Semoga berjaya.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *