5 Cara Menternak Kambing Terkini 2023

Macam mana cara menternak kambing? Pada artikel kali ini, kami akan tunjukkan cara yang efektif untuk anda ternak kambing. Ianya boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan kedua bagi anda yang terkesan dengan PKP. Pastikal anda baca sehingga habis kerana kami bakal kongsikan beberapa informasi untuk anda sukses dalam bidang ini juga peluang yang anda ada.

Sektor penternakan adalah sektor yang kian mendapat sambutan di kalangan usahawan masa kini. Antara haiwan yang boleh diusahakan di Malaysia termasuklah ternakan kambing. Dengan bermodalkan RM7,000, anda boleh memulakan projek ternak kambing dan mendapatkan pulangan yang lumayan. Ini kerana kambing boleh mengeluarkan hasil produk yang pelbagai selain daging dan susu. 

Jika anda hendak mula menternak kambing anda perlulah memikirkan baka yang sesuai dengan projek anda, cara penjagaan kandang dan medium penjualan dan pemasaran. 

cara menternak kambing

TERNAKAN KECIL-KECILAN

Kami cadangkan anda mendapatkan 2-6 ekor kambing sebagai permulaan kepada projek ternakan anda. Kambing boleh dibiakkan setelah mencapai tempoh matang iaitu kira-kira 1 tahun hingga 1 tahun setengah. Pembiakan boleh dilakukan 2 kali setahun. Terdapat juga baka yang boleh mencapai tempoh matang dalam 8 bulan hingga 10 bulan. 

Terdapat tiga kumpulan baka yang biasa diternak di Malaysia iaitu baka jenis kambing pedaging, kambing tenusu dan kambing dwi-fungsi.

BAKA KAMBING PEDAGING

  • Boer, 
  • Kacang, 
  • Black Bengal, 
  • Savanna, 
  • Kalahari Red,
  • Jermasia. 

BAKA KAMBING TENUSU

  • Alpine, 
  • Saanen,
  • Toggenburg.

BAKA DWI-FUNGSI

  • Jamnapari,
  • Anglo-Nubian.

Kambing jantan dan betina perlu diletakkan di kandang berasingan kecuali untuk tujuan pembiakan. Kebiasaannya harga sesebuah kandang adalah RM500 – RM1000 dengan keluasan minimum untuk seekor kambing sebanyak 12 – 15 kaki persegi. Untuk menjimatkan kos pembinaan, anda boleh menggunakan kayu bulat atau kayu terpakai. Kandang tidak perlu dihias cantik jadi anda boleh menggunakan wang modal anda untuk persediaan penjagaan yang lain. Teruskan membaca untuk huraian lanjut mengenai pembinaan kandang.

Makanan yang diperlukan untuk menternak kambing adalah mudah sahaja, iaitu rumput, dedauan hijau atau jagung. Sekiranya anda tidak mempunyai kawasan lapang untuk meragut rumput, anda boleh menggantung makanan di tengah kandang atau membuat palung makanan. Pemakanan kambing boleh diselang-selikan antara rumput pada waktu pagi dengan pelet pada waktu petang untuk menambah kegemukan kambing. Hampas kacang soya dan mil ikan juga boleh diberikan sebagai alternatif sumber protein.

Untuk menternak kambing pedaging, penternak kebiasaannya memilih kambing baka (Boer atau Jamnapari) berbanding kambing kampung (Kacang). Kambing baka boleh membesar sehingga 35 – 40 kg berbanding kambing kampung yang hanya 25 – 30 kg. Ini menguntungkan penternak kerana jumlah daging yang dapat dijual adalah lebih banyak iaitu 180 ketul hingga lebih 200 ketul. Daging boleh dijual di pasar basah, pasaraya mahupun di hotel-hotel dan katering. Pasaran daging korban dan akikah juga mendapat sambutan hangat, jadi anda boleh bekerjasama dengan agensi sembelihan korban untuk mendapat pasaran yang lebih meluas. Terdapat juga pihak lain yang membeli bulu kambing, tanduk dan kuku untuk dibuat baju, hiasan dan kraftangan.

Kambing tenusu memerlukan perhatian lebih berbanding kambing pedaging. Makanan harus diberikan secukupnya untuk mendapatkan pengeluaran susu yang baik. Anda boleh pertimbangkan (consider) untuk memberi vitamin kepada kambing anda. Susu haruslah diperah dua kali sehari untuk mengelakkan kambing menjadi sakit dan tidak bermaya. Hasil jualan susu kambing pula boleh mencecah RM20 – RM35 setiap liter. Anda boleh menjual di pasar awam, atau menjual kepada kilang-kilang yang membuat produk susu kambing seperti keju kambing dan sabun susu kambing. 

Selain itu, pembersihan kandang kambing tenusu perlu dititik beratkan untuk menjamin keselesaan kambing dan pengeluaran susu yang baik. Anda boleh mendapatkan cecair EM4 (Effective Microorganism) untuk menggantikan cecair penyah-kuman. Cecair ini adalah lebih murah dan berkesan untuk membersihkan kandang kambing. Ia dapat menghilangkan bau busuk dan juga masalah lalat. Banyak kegunaan cecair EM ini selain boleh digunakan untuk memandikan kambing. Anda juga boleh merujuk kepada pihak Kerajaan Negeri untuk bimbingan pembuatan cecair EM yang berkualiti di rumah.

KANDANG KAMBING ATAS TANAH 

Kandang kambing yang selesa adalah kandang yang mempunyai sistem pengaliran haba, sistem pembuangan najis yang baik, dan bahan cepat kering. Tiga kriteria ini adalah penting untuk memastikan kambing tidak mudah dijangkiti penyakit dan dapat menghasilkan pengeluaran yang berkualiti. Kandang kambing atas tanah adalah menepati kriteria ini dan sesuai dengan keadaan cuaca di Malaysia.

Kedudukan kandang memberi peranan kepada kadar kelembapan di dalam kandang. Kandang haruslah dibina secara bertentangan dengan arah matahari. Cahaya matahari yang masuk ke dalam kandang membantu untuk mengeringkan lantai dan dinding kandang sejurus memberi keselesaan kepada kambing.

Anda boleh menggunakan atap nipah, zink, aluminium atau asbestos untuk memastikan kandang anda sejuk dan selesa untuk kambing. Anda juga boleh memasang atap lutsinar untuk memberi ruang cahaya matahari ke dalam kandang. Pilihlah atap yang murah sesuai dengan bajet anda.

Untuk memastikan najis dapat dibersihkan dengan baik, lantai kandang perlu dipasang dengan jarak 1-1.5 cm supaya najis kambing jatuh ke tanah dan tidak terperangkap di dalam kandang. Tinggi kandang pula hendaklah dibina sekurang-kurangnya 5 kaki di atas tanah. Kandang yang tinggi ini memudahkan proses pembersihan najis. Sekiranya lantai kandang terlalu rendah, kambing akan sukar bernafas dan mendapat masalah mata berair disebabkan najis yang terkumpul di bawah kandang. 

Pembinaan tangga untuk kemudahan naik turun kambing boleh menggunakan kayu atau lantai simen kesat. Permukaan tangga yang kasar mengelakkan kambing tergelincir serta mengelakkan pertumbuhan kuku kambing terlalu panjang. Anda juga boleh memasang palung makanan serta paip air minuman automatik untuk memudahkan kerja-kerja harian. Jangan lupa untuk memasang pagar supaya kambing tidak hilang setelah berkeliaran seharian.

Ini adalah antara cara menternak kambing yang efektif. Sekarang kita akan pergi kepada beberapa permasalahan berkaitan ternakan kambing.

MASALAH PENTERNAKAN KAMBING

Masalah yang sering dihadapi dalam penternakan kambing adalah penyakit puru, cacing dan kutu. Cacing dan kutu menjangkiti kambing anda ketika kambing berkeliaran di kawasan padang. Cacing juga boleh bersembunyi di celah-celah rumput dan memasuki perut kambing. Pemeriksaan dan pemberian ubat secara berkala adalah penting untuk menangani masalah cacing dan kutu. Anda juga boleh memandikan kambing anda untuk mengelakkan masalah kutu.

Sekiranya kambing dijangkiti penyakit puru, kambing hendaklah diasingkan supaya penyakit tidak merebak ke seluruh ternakan. Gunakan larutan iodin untuk merawat gelembung yang pecah atau luka dan pakai sarung tangan semasa perawatan kerana penyakit puru boleh berjangkit kepada manusia. Penyakit puru yang tidak dirawat akan menyebabkan kambing susah untuk makan dan akhirnya kambing menjadi kurus kering. Masalah ini hendaklah ditangani dengan segera supaya penternakan anda tidak terjejas.

Kambing juga mudah terkena sakit kembung perut, sakit paru-paru, dan kuku kambing. Anda boleh merujuk kepada Jabatan Veterinar untuk mendapatkan jadual pemeriksaan secara berkala. Suntikan ubat tahan sakit juga boleh didapatkan untuk mengelakkan penyakit bermusim. 

Penternakan kambing kecil-kecilan dapat dimulakan dengan kos yang rendah. Agensi kerajaan seperti FAMA dan RISDA juga banyak memberikan bimbingan dan insentif untuk mereka yang ingin mengusahakan penternakan kambing. Dengan pelan pemasaran yang baik, anda dapat menikmati keuntungan sehingga RM9000 sebulan.

Setiap masalah pasti ada penyelesaian. Kalau memang anda serious untuk menternak kambing, boleh tengok perkongsian penternakan kambing di bawah untuk anda sukses.

Mulakan Sekarang – Ternak Kambing Dan Lakukan Yang Terbaik

Tak semestinya kena ada tanah yang luas baru boleh ternak kambing. Ada tanah yang sikit pun anda dah boleh ternak kambing. Sebab itu yang penting adalah pelaburan dari segi ilmu. Ilmu dan teknik yang betul membolehkan anda sukses dalam bidang ini.

Boleh juga baca artikel kami berkaitan dengan modal ternak kambing di dalam artikel di SINI.

Akhir kata, harapnya artikel cara menternak kambing ini memberikan anda input untuk ternak kambing secara efektif. Jangan lupa juga untuk dapatkan ebook percuma 16 tempat untuk buat pelaburan di Malaysia di bawah ini.

Jangan lupa untuk follow channel telegram kami dan dapatkan ebook percuma tersebut ya.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *