4 Cara Perkenalkan Diri Semasa Temuduga Kerajaan

Macam mana cara perkenalkan diri semasa temuduga kerajaan? Anda datang ke artikel ini, mesti anda terpilih untuk ikuti temuduga kerja bagi jawatan kerajaan. Sama ada kerajaan negeri ataupun jawatan di kerajaan persekutuan, nasihat kami lakukan sebaiknya agar anda terpilih bagi mengisi jawatan tersebut. Apapun, artikel ini, kami akan berikan beberapa tips penting bagi soalan yang ringkas iaitu, “cara perkenalkan diri anda”

Anda fresh graduate yang telah mengisi permohonan kerja perkhidmatan awam? Atau anda pekerja yang sudah lama menunggu panggilan temuduga kerajaan? Sudahkah anda bersedia untuk menghadiri temuduga? Dalam artikel kali ini, kami ingin kongsikan cara-cara memperkenalkan diri supaya kelihatan menarik ketika temuduga dengan organisasi kerajaan.

KETIKA MEMASUKI RUANG TEMUDUGA

Mungkin anda merasakan perjalanan masuk ke ruang temuduga adalah tipikal dan membosankan. Bagaimanapun, penilaian ahli panel terhadap penampilan anda bermula dari pintu masuk. Anda perlu memerhatikan beberapa perkara ketika memasuki ruang temuduga :

  • Ketuk pintu 3 kali dan tunggu sehingga dipanggil masuk.
  • Beri salam dengan suara yang lantang setelah membuka pintu.
  • Berjalan dengan teratur dan tidak tergopoh-gapah. Jangan pula membontoti.
  • Duduk dengan tertib dan cuba untuk kekalkan postur duduk yang tegak dan selesa. 

Empat perkara ini akan melambangkan personaliti anda dan memberi impresi terhadap panel interviewer. Sekiranya anda tergopoh-gapah dan tidak memberi salam, pihak interviewer akan merasakan bahawa anda seorang yang tidak bersedia dan tidak mempunyai budi pekerti yang baik.

Gunakan suara yang jelas ketika bercakap. Ini akan menunjukkan keyakinan diri dan kewibawaan yang pastinya berguna sekiranya anda memohon pekerjaan seperti guru, pegawai tadbir, pegawai antidadah dan lain-lain.

Kekemasan Pakaian Adalah Sangat Penting

Faktor pemakaian adalah antara elemen penting untuk sukses dalam temuduga. Pastikan anda memakai pakaian yang betul semasa temuduga, rambut pendek kemas, berkasut dan lain-lain lagi.

Pastikan anda jaga penampilan anda semasa sesi temuduga tersebut. Walaupun bukan temuduga kerajaan, pun penting untuk anda jaga penampilan anda.

Kekemasan adalah antara kriteris penting untuk temuduga, untuk lebih informasi dan tips lain berkaitan tips untuk temuduga khususnya kerja kerajaan, boleh tengok info di bawah ini;

CARA MEMPERKENALKAN DIRI

Ketika menghadiri temuduga, soalan pertama yang akan didengari tak lain tak bukan adalah: “sila perkenalkan diri anda” atau dalam bahasa Inggerisnya, “tell me about yourself”. Ramai yang akan membuat kesalahan dalam menceritakan tentang perkara remeh-temeh seperti hobi, ataupun makanan kesukaan. Dah macam pelajar darjah satu pula!

Sebenarnya dengan memperkenalkan diri, anda sedang memperlihatkan kemampuan anda untuk berkomunikasi. Komunikasi yang baik adalah penting untuk memastikan anda dapat bekerjasama dalam pasukan ketika bekerja nanti. Selain itu, pihak interviewer juga dapat menilai samada anda merupakan calon yang sesuai untuk jawatan dan organisasi yang anda ingin sertai.

Ketika memperkenalkan diri, anda sepatutnya mengambil peluang untuk menonjolkan kemahiran dan pengalaman anda kepada panel interviewer kerana mereka sudahpun butiran peribadi anda. Perkenalkan diri anda secara ringkas dan terus ceritakan pengalaman dan kelayakan anda. Anda boleh mulakan dengan menyatakan:

1. Nama, 

2. Tempat tinggal, 

3. Nama tempat pengajian anda, samada kolej atau universiti, 

4. Nama kursus dan tahun pengajian,

5. Pengalaman anda di tempat pengajian, serta

6. Penglibatan anda dalam persatuan, kelab atau sukan. 

Sebagai contoh – Contoh 1

Assalamualaikum, nama saya Siti. Saya dari Bangsar. Saya telah bergraduat dari Universiti Malaya dalam jurusan pendidikan pada tahun 2018. Ketika pengajian, saya telah dilantik sebagai Naib Presiden Kelab Pidato. Kelab kami telah menganjurkan Pertandingan Pidato Piala Bestari yang disertai oleh 20 buah Universiti Awam dari seluruh negara. Sebagai Naib Presiden, saya bertanggungjawab untuk merangka gerak kerja dan memastikan seluruh pertandingan berjalan dengan lancar.

Ceritakan sumbangan anda ketika mengikuti aktiviti-aktiviti kelab. Highlightkan pengalaman dan kemahiran yang anda pelajari ketika menjalani aktiviti-aktiviti tersebut. Anda juga boleh menceritakan pengalaman projek akhir tahun dan internship yang anda lalui. Ini membantu pihak interviewer melihat penglibatan anda dan potensi anda ketika bekerja nanti. 

Interviewer juga mungkin bertanya tentang latar belakang keluarga anda. Anda boleh menceritakan secara ringkas dengan menyebutkan nama serta pekerjaan ibu bapa, bilangan adik beradik dan pekerjaan mereka. Tujuan panel bertanyakan soalan ini adalah untuk mewujudkan suasana selesa ketika temuduga.

Sebagai contoh – contoh 2

Ayah saya bernama Ahmad, dulu dia seorang Pengurus Bank tetapi sudahpun pencen. Ibu saya, Nurul, berniaga nasi lemak. Saya mempunyai 5 orang adik beradik dan saya anak ke-3. Kakak saya sudah berkahwin dan tinggal di Melaka. Abang saya mempunyai sebuah bengkel cuci kereta. Adik-adik saya masih belajar di sekolah menengah.

Biar ringkas asalkan tindak terlalu panjang dan melalut. Yang penting padat dan mempunyai informasi yang berkaitan dengan jawatan yang anda cuba pohon.

KETENGAHKAN KUALITI KERJA YANG BAGUS

Selain kemahiran dan kelayakan akademik, anda juga perlu ketengahkan kualiti kerja yang baik. Selitkan cabaran yang anda tempuhi sepanjang tempoh pengajian dan kaitkan dengan nilai kualiti yang baik seperti pengurusan masa, disiplin, motivasi dan ketahanan diri. Pilih pengalaman dan kualiti yang paling berguna untuk pekerjaan yang anda pohon. 

Sebagai contoh – Contoh 1

Ketika saya bertugas sebagai guru pelatih, seorang pelajar telah menghilangkan diri ketika merentas desa. Saya dan beberapa orang guru terpaksa mencari di pelbagai tempat berdekatan sekolah. Setelah puas saya berfikir dan akhirnya bertindak menghubungi telefon peribadi pelajar itu dan mendapati dia telah pulang ke rumah untuk menonton televisyen. Pengalaman ini mengajarkan saya untuk fikiran kritis, dan bersabar ketika mengendalikan pelajar. 

Bagi anda yang sudah bekerja atau sedang bekerja part-time, anda boleh ceritakan pengalaman berharga yang anda perolehi sepanjang bekerja. Sekecil-kecil pekerjaan seperti pelayan di restoran juga dapat memberikan impresi yang bagus kerana ia menunjukkan anda seorang yang ramah dan pandai melayan kehendak pelanggan atau klien anda. 

Perlu diingatkan, anda tidak seharusnya menipu mengenai kemahiran dan pengalaman anda. Buruk padahnya nanti apabila pihak syarikat mendapati anda tidak dapat menunjukkan kemahiran dan pengalaman ketika melakukan kerja anda.

Akhir kata, relakskan diri dan berbuallah dengan selesa sambil menunjukkan sikap profesional ketika menghadiri temuduga. Usah gemuruh dan tunjukkanlah bahawa anda yakin dengan kemampuan anda untuk menggalas jawatan yang anda pohon. Kami doakan semoga anda berjaya mendapatkan pekerjaan idaman anda.

Tahniah Dan Teruskan Usaha

Bukan senang nak terpilih untuk mengikuti sesi temuduga kerja kerajaan ini. Jika anda terpilih, jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada anggota kerajaan. Nasihat kami, cuba sehabis baik bagi anda untuk memperolehi jawatan ini. Banyak kelebihan bekerja dalam sektor kerjaan ini berbanding dengan sektor swasta. Apapun, kami harap anda sukses dalam temuduga anda dan jangan lupa untuk follow channel Telegram kami di bawah ini.

Follow channel Telegram kami dan dapatkan 16 tips pelaburan di Malaysia dalam bentuk PDF. Apapun, kami harap artikel cara memperkenalkan diri – temuduga kerajaan ini membantu anda untuk bersedia dan sukses dalam temuduga anda.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *