Panduan Mudah Cara Berniaga di Ebay 2024

Perniagaan dalam talian semakin pesat dan mempunyai tarikannya yang tersendiri bagi setiap orang. Selain Shopee, Lazada, Carousell, Mudah, Taobao, dan sebagainya terdapat juga satu lagi platform online shopping yang menarik dan menguntungkan tetapi tidak ramai orang tahu.

Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda tentang Ebay dan panduan terkini bagaimana cara berniaga di Ebay.

cara berniaga di ebay

Apa itu Ebay?

Ebay merupakan sebuah laman web membeli-belah dalam talian yang terkenal dengan acara lelongan serta jual beli pengguna kepada pengguna lain. 

Kisah wujudnya Ebay diasaskan secara kebetulan bermula dari idea Piere Omidyar untuk membantu teman wanitanya, Pamela yang sukar mendapatkan penjual Pez dispenser iaitu bekas kecil yang boleh mengeluarkan satu gula-gula Pez dalam satu masa. 

Ebay suatu ketika dulu adalah empayar perniagaan yang hebat di dunia internet. Modus operandinya menggunakan perniagaan e-dagang yang menjalankan penjualan produk secara bidaan kepada semua pengunjung di laman webnya.

Bukan itu sahaja, Ebay juga turut pernah berjaya memiliki dan membeli syarikat seperti Paypal dan Skype juga. Walaupun syarikat Paypal dan Skype sekarang sudah bergerak berasingan, tetapi Ebay dilihat masih kekal dengan polisi mereka iaitu mahu membeli syarikat-syarikat startup yang berpotensi untuk masa akan datang. 

Hari ini, Ebay boleh didapatkan di pelbagai negara sehingga pengguna mampu untuk membeli dan mencari pelbagai barangan serta produk tanpa batas di seluruh dunia.

Ebay di Malaysia

Bercakap soal penerimaan Ebay di Malaysia, boleh dikatakan tidak semua masyarakat Malaysia pernah menggunakannya. Lambakan platform e-dagang yang “mengila” banyaknya menyebabkan Ebay kurang mendapat sambutan di kalangan masyarakat tempatan.

Lain halnya yang berlaku di negara-negara barat, platform seperti Amazon dan Ebay ibaratanya seperti Shopee dan Lazada di Malaysia. Terkini adanya platform seperti TikTok Shop yang membolehkan anda untuk menjual pelbagai barangan secara aktif melalui promosi video-video pendek. Nak tahu lebih lanjut berkenaan dengan TikTokShop, boleh baca di SINI.

Apa yang pasti Ebay Malaysia berada pada satu kelas yang berbeza dari yang lain dari segi kualiti perkhidmatan yang ditawarkan dan keunikan lain yang ada di dalamnya sendiri berbanding platform e-dagang yang ada di negara kita.

Perbezaan menjadi peniaga di Shopee VS Ebay

Ciri-ciri EbayShopee
Jumlah pendudukPenduduk USA ada 331 juta++Penduduk Malaysia ada 34 juta++
Jumlah pelawatJumlah pelawat website 746.63 juta++Jumlah pelawat website 25.87 juta++
Transaksi duitTransaksi dalam US dollarTransaksi dalam Ringgit Malaysia

Kelebihan menjual di Ebay

Selain perbezaan yang sangat ketara kami tunjukkan di antara Ebay dan Shopee, Ebay juga mempunyai manfaat lain yang sangat besar kepada pengguna dan penjual di dalamnya.

Antara kelebihan menjual di Ebay yang boleh kita perolehi adalah seperti:

1. Potensi pembeli

Trafik yang ada di Ebay sangat berkualiti, yang mana kebanyakkannya adalah orang yang memang sudah sedia untuk membeli.

2. Tidak perlu reply mesej atau Whatsapp

Budaya pembeli di Ebay sudah terbiasa untuk menggunakan medium komunikasi di Ebay daripada aplikasi perhubungan yang lain seperti mesej atau Whatsapp.

Justeru itu, penjual tidak perlu untuk membalas satu per satu mesej pembeli yang berurusan di mana-mana aplikasi perhubungan tersebut.

3. Boleh dilakukan secara sambilan

Kita tidak perlu menguruskan 24 jam kedai online di Ebay, dan tidak perlu juga simpan stok sehingga terancam dengan risiko rugi. 

Ini bermakna perniagaan di Ebay boleh dilakukan secara sambilan atau part time di mana-mana sahaja asalkan ada internet untuk perhubungan.

4. Dapat untung besar

Berniaga di Ebay, kita menggunakan mata wang USD. Ini bermakna setiap profit yang diperoleh akan didarabkan dengan 4. 

Sebagai contoh, sekiranya keuntungan kita adalah USD100. Apabila ditukar nilainya kepada Ringgit Malaysia, maka kita sudah mendapat RM400.

5. Tidak perlukan iklan yang mahal

Iklan adalah nadi dalam sebuah perniagaan. Bahkan ada yang berpendapat bahawa iklan sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat moden hari ini sehingga membawa kepada pengaruh yang amat dahsyat kepada pemikiran masyarakat.

Namun bagi peniaga baru, membuatkan iklan memerlukan kos yang tinggi. Menariknya berniaga di Ebay ini, kita tidak perlu bersusah payah untuk membuat iklan kerana Ebay yang sedia mempunyai pasaran market besar akan secara langsung membantu kita.

Panduan cara berniaga di Ebay

Penting untuk kita tahu bahawa Ebay tidak pernah menjual barang sebaliknya mereka menyediakan platform untuk orang luar menjual di dalamnya

Terdapat dua cara berniaga di Ebay iaitu cara pertama penjual boleh terus meletakkan harga kemudian pembeli akan membeli dengan harga tersebut.

Atau cara kedua adalah menjual dengan cara bidaan yang mana pembeli hanya membida barang jualan itu untuk membeli. Pembida yang mampu menawarkan harga tinggi berbanding yang lain, maka dialah yang akan berjaya membeli barang tersebut.

Untuk memulakan bisnes di Ebay, anda perlukan lima perkara asas seperti di bawah:

1. Sediakan laptop

Memiliki laptop untuk berniaga di Ebay lebih mudah berbanding mengunakan telefon pintar kita kerana ia menyediakan alternatif yang lebih baik dan efektif untuk anda menjalankan perniagaan dalam talian.

2. Ada jaringan internet

Tanpa internet maka tidak akan bermakna sebuah gajet. Untuk peniaga di Ebay yang menggunakan multiple akaun Ebay, disarankan untuk menggunakan internet broadband/ hotspot daripada handphone. 

Penggunaan internet stremyx dan unifi tidaklah digalakkan kerana ia mempunyai risiko untuk ia bercampur dengan IP address yang sama pada akaun ebay orang lain.

Namun sekiranya diyakini internet streamyx di rumah atau public itu selamat, maka tidak ada masalah untuk digunakan.

3. Ada kad debit / kad kredit

Seterusnya perkara penting yang perlu kita ada untuk mula berniaga di Ebay adalah kad debit / kad kredit. Untuk kad debit, boleh gunakan apa-apa sahaja kad asalkan kad tersebut ada logo MasterCard/Visa.

Kad ini penting apabila kita mahu berdaftar di PayPal bagi tujuan withdraw duit Ebay ke akaun bank di Malaysia nanti. 

Selain itu ia juga penting untuk bayar seller fees di Ebay apabila mendapat jualan.

4. Simkad

Peniaga perlukan sekali simkad untuk daftar nombor handphone di Ebay dan PayPal. Ini kerana pengesahan identiti diri akan dihantar ke dalam nombor handphone sama ada secara kod atau panggilan telefon.

Bukan setakat berniaga di ebay, banyak lagi perniagaan lain yang memerlukan anda untuk mendapatkan simkad dan nombor baru. Ianya penting agar ada pengasingan dengan nombor yang anda gunakan sekarang. Nak no baru, boleh dapatkan di kedai Shopee kami di bawah.

5. Modal pusingan

Soal berapa modal yang perlu disediakan, ia adalah bersifat subjektif dan bergantung kepada jenis barang yang kita jual. 

Selain modal utama untuk berjaya dalam Ebay adalah ilmu, kita dicadangkan untuk sediakan modal permulaan sekitar RM50 ke RM500.

Setelah selesai lima perkara asas yang disenaraikan di atas tadi, berikut ini kami kongsikan pula cara berniaga di Ebay yang betul dan terkini untuk panduan anda.

1. Buka akaun Gmail

Buat dan buka akaun Gmail atas nama peribadi atau awam bukannya syarikat, bekerja, atau tempat belajar.

2. Daftar akaun di ebay.com

Selepas buka akaun Gmail, daftar akaun anda di ebay.com.my dengan menggunakan akaun Gmail yang dibuat tadi.

3. Buka akaun PayPal

Seterusnya, kita wajib untuk membuka akaun PayPal bagi membuat transaksi jual dan beli di platform Ebay.

Semasa sign up akaun PayPal, cukup hanya dengan memilih “Buy with Paypal” untuk ada akaun PayPal yang basic bagi memulakan perniagaan di Ebay.

4. Link akaun Ebay dan PayPal

Akaun Ebay dan PayPal yang dibuat tadi perlu juga di linkkan kedua-duanya terlebih dahulu.

5. Verify akaun PayPal dan update seller fees

Langkah terakhir adalah verify akaun PayPal dan update seller fees. Terdapat dua cara verify yang boleh dibuat seperti hantar dokumen yang diperlukan ke PayPal, atau tolak RM10 dari akaun bank masuk ke dalam akaun PayPal kita.

Cara yang kedua lebih selamat dan mudah. Selesai hubungkan kedua-dua akaun dan verify PayPal, kini anda boleh menggunakan akaun Ebay anda untuk berniaga dan PayPal untuk menerima wang bayaran atas setiap jualan yang berjaya dibuat di Ebay.

Starter pack sebelum berniaga di Ebay

Untuk berniaga di Ebay sebenarnya tidaklah sukar seperti apa yang orang katakan. Memang caranya tidaklah semudah kita mendaftarkan kedai dalam talian di Shopee atau sebagainya. 

Namun, konsepnya sama sahaja. Untuk perniagaan anda berjalan lancar, di sini kami kongsikan empat jenis ilmu yang penting sebelum berniaga di Ebay. 

1. Buat kajian produk

Jual barang secara sembrono menjadi salah satu sebab kenapa perniagaan online kita tidak mendapat sambutan yang memberangsangkan. Kesannya jualan merundum dan seterusnya kita yang rugi.

2. Cari sumber supplier yang murah

Lubuk supplier yang murah dapat memberikan kita lebih banyak pulangan yang lumayan. Selain itu, ia juga amat penting dalam memudahkan kerja kita yang lain untuk jangka masa panjang.

Sekiranya anda tidak mempunyai sumber supplier yang sesuai, boleh cuba untuk cari barang-barang dengan harga murah di Shopee dan jual balik ke Ebay dengan harga yang lebih tinggi.

3. Buat iklan di Ebay

Iklan yang dimaksudkan ini adalah seni dalam mengambil gambar produk-produk yang kita jual di Ebay. 

Untuk pemula, tiada masalah sekiranya kita tidak mempunyai gajet yang canggih, guna sahaja apa yang ada. 

Yang penting gambar tersebut menarik untuk anda jual barang jualan anda itu secara auction atau buy it now.

4. Belajar proses order yang betul

Sekiranya barang anda dibeli oleh pembeli, maka anda sebagai penjual akan mendapat email yang memberi pemberitahuan, “Congratulation your Ebay item sold! You received a payment!”

Langkah seterusnya bila sudah dapat pembeli, bagaimana pula untuk proses pos barang kepada pelanggan.

Penting untuk anda kenal pasti shipping company  mana yang terbaik dan termurah. Dicadangkan untuk anda guna pos malaysia flexipax, sebab kosnya sangat murah. dengan harga RM8 + RM4.6 (tracking number) anda dah boleh hantar barang sampai ke USA.

Selesai hantar barang, upload tracking number ke dalam akaun PayPal dan akaun Ebay anda untuk beritahu update pada buyer.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan panduan cara berniaga di Ebay dapat memberikan anda semua informasi yang maklumat yang bermanfaat untuk dijadikan panduan bagi sesiapa yang mahu berniaga di Ebay.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *