Kerajaan Perkenal Pakej 5G Rahmah – Ini Alternatif Terbaik

Tak lama selepas kerajaan umumkan pakej perpaduan yang pada saya, agak bagus untuk target market mereka yang tak gunakan data terlalu banyak, kini kerajaan perpaduan telahpun memperkenalkan pakej 5G Rahmah. Akan tetapi, sayangnya, pakej ini ditujukan untuk mereka yang berada dalam kategori B40 sahaja.

Sama ada anda layak ataupun sebaliknya, boleh lihat dan tentukan kemudian. Kali ini kami nak berikan info berkenaan dengan pakej ini, apa pilihan yang ada dan tentunya, apa alternatif yang anda ada untuk selain daripada pakej Rahmah daripada kerajaan ini. Berbaloi ataupun tidak itu bergantung kepada bajet dan penggunaan anda.

Pakej 5G Rahmah

Pakej 5G Rahmah Untuk B40

Berita baik buat rakyat Malaysia dan penjawat awam.

Saya mengumumkan Pakej 5G RAHMAH dan Insentif Postpaid RAHMAH Penjawat Awam.

Bagi pakej 5G RAHMAH, semua rakyat Malaysia boleh mendapatkan pelan data postpaid 60GB serendah RM60 sebulan serta telefon pintar 5G serendah RM240.

Untuk 100,000 pembeli pertama dalam kategori B40 pula akan mendapat telefon pintar 5G tersebut dengan harga semurah RM120.

Bagi Insentif Postpaid RAHMAH Penjawat Awam pula, rebat RM10 sebulan akan diberikan untuk mana-mana pakej postpaid sedia ada.

Ini merupakan sebahagian daripada usaha Kerajaan Perpaduan untuk mengurangkan beban ekonomi rakyat dan memastikan rakyat mendapat perkhidmatan internet berkualiti dengan harga berpatutan. Lagi berita di laman Twitter Rasmi Menteri Komunikasi.

Betul Ke Berbaloi?

Pada pandangan saya, untuk postpaid dan dari segi harga, ada banyak pilihan lain yang jauh lebih murah daripada pelan ini.

Kecuali kalau pakej 5G rahmah ini didatangkan dengan pakej telefon 5G dengan langganan RM60 sebulan, yang tu boleh dikatakan berbaloi. Ada banyak pilihan pelan yang jauh lebih berbaloi daripada pelan ini yang anda boleh dapatkan di pasaran sekarang.

Sebagai contoh, pelan Fokus33 dan Bebas55 daripada Tune Talk didatangkan dengan 60GB FUP dan FUP 100GB pada harga RM38/bulan. Memang antara pelan yang berbaloi dan sangat berbaloi untuk anda sendiri cuba.

Kemaskini: Pakej RAHMAH 5G ini akan mula ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi tempatan bermula 31 Ogos ini dengan kontrak selama dua tahun. Dua peranti yang akan ditawarkan melalui pelan ini termasuklah Honor 90 Lite 5G dan juga Samsung A14 5G. Setiap pembelian peranti ini juga akan ditawarkan bersama tempoh waranti selama dua tahun.

Pilihan Lain Yang Lebih Berbaloi

Pakej ini adalah pelan dengan kontrak 2 tahun bersama dengan pakej telefon pintar 5G di pasaran sekarang ini. Berbaloi ataupun tidak, ianya terpulang kepada anda, cuma yang menarik di sini adalah pakej ini didatangkan dengan peranti pintar 5G bersama dengan kontrak selama 2 tahun.

Pilihan ataupun alternatif lain yang anda sendiri boleh cuba adalah pilihan daripada Tune Talk. Ada beberapa pelan yang pada saya menawarkan harga yang lebih murah sedikit ataupun sama dengan bilangan FUP data yang jauh lebih baik. 

Fokus33

  • 60GB FUP
  • Unlimited Call
  • Prepaid
  • RM38/month

Fokus40

  • 80GB FUP
  • Unlimited Call
  • Prepaid
  • RM48/month

Anda boleh dapat bilangan FUP data lebih tinggi pada harga yang lebih murah. Berminat nak dapatkan pelan dari Tune Talk ini, boleh beli di kedai rasmi kami di link bawah ini.

Memang tak dinafikan, ada banyak lagi pilihan pelan yang bagus yang boleh jadi alternatif kepada pakej Rahmah 5G ini. Akan tetapi, cukuplah saya beritahu berkenaan dengan pakej dari Tune Talk ini dahulu.

Tak salah pun nak cuba, boleh kekal nombor lama dan dapatkan nombor baru tak ada masalah. Yang penting dapat digunakan dan dimanfaatkan sebaiknya.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *