Kenapa Saya Port In Ke Tune Talk!

Selepas bertahun setia dengan Umobile, akhirnya setelah di asak oleh seorang rakan, bertukar juga ataupun buat port in Tune Talk juga. Dari segi coverage sebab, untuk info, Tune Talk gunakan coverage Celcom, jadi di kawasan saya tak ada masalah kalau menggunkan coverage Celcom.

Sebab utama saya bertukar? Bukan sebab Umobile mahal pun, tapi, ada beberapa perkara yang Tune Talk boleh offer yang tak ada pada umobile. Kira bertukar sebab better offer juga la ni kan. 

So jom saya cerita pelan-pelan dalam artikel ini apa yang buat saya tukar tu. Umobile dah OK sangat, cuma ada beberapa perkara yang buat saya bertukar.

port in tune talk

Sebab Saya Bertukar Ke Tune Talk

Semasa saya bercadang nak port in Tune talk dari Umobile tu, dari segi pakej dan harga tak terlalu jauh beza pun antara keduanya. Kalau nak tukar sebab harga, memang tak berbaloi. Saya bertukar sebab di Tune Talk, ada peluang untuk tambah income ataupun jadi dealer dengan harga yang sama.

Lama juga fikir, lagipun modal untuk tukar dan jadi dealer tak besar pun. In case kalau tak berjaya jadi dealer yang berjaya pun, hampir langsung tak ada kesan kewangan yang ketara. Business simkad bukan perlu simkad stok hingga puluh-puluh ribu pun, untuk simpan stok simkad mungkin perlukan modal ratus-ratus ringgit je minima sangat dah tu. Kalau tak terjual pun tak ada kesan yang ketara sangat.

Tak nak cerita pasal dealer banyak-banyak, apa lagi manfaat yang anda boleh dapat kalau tukar ke Tune Talk?

  • Pakej langganan bermula RM15, ada banyak pakej dan agak susah nak terang, boleh tengok pakej terkini di SINI.
  • Ada insurans kemalangan, bergantung kepada term and condition.
  • Boleh upgrade jadi dealer, ini memang menarik.
  • Pakej langganan ada banyak dan boleh tukar setiap bulan. Memang berbaloi.
  • Coverage pakai Celcom, antara coverage network 4G terluas di Malaysia (Celcom yang kata bukan saya). Di tempat saya dan kebanyakan tempat tiada masalah. Kalau tempat anda ada masalah dengan Celcom, tak perlu guna Tune Talk ni.

Beli Simkad Di Mana?

Kalau anda nak port in Tune Talk, apa yang anda perlu buat adalah beli 1 simkad Tune Talk. Nak beli di mana? Boleh je beli di kedai terdekat dengan rumah anda. Cumanya, kalaui kedai terdekat ni, tak tahu di mana, mungkin di Shopping mall dan lain-lain. Paling mudah beli je di Shopee, dalam beberapa hari terus sampai rumah.

Link di atas ini adalah kedai shopee kami. Pembelian anda di link atas ini membolehkan kami untuk terus menulis dan membuat content dan review seperti ini pada masa akan datang. 

Kalau anda nak beli di Shopee ini, kelemahannya adalah, anda kena tunggu paling kurang sehari atau 2 hari untuk simkad sampai ke rumah. Kalau misalkata anda nak cepat, nak hari ni juga dan tak boleh tunggu, tak ada masalah, asalkan anda di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak, semuanya boleh diatur.

Terus Whatsapp saya di SINI dan katakan anda nak simkad Tune Talk dengan kadar segera. Asalkan anda berada di Malaysia, insyaAllah ianya beres sahaja. Hanya kalau anda terdesak sahaja, kalau tak terdesak, minta tolong untuk beli je di kedai Shopee di atas kerana urusan dan pengaturan akan jadi jauh lebih.

Step By Step Tukar Ke Tune Talk

Kalau anda beli simkad pada link di atas, kami akan berikan step by step cara nak buat pendaftaran. Semuanya boleh dilakukan dengan konsep “self register” sendiri.

Self register boleh dilakukan dengan menggunakan app Tune Talk sahaja dan kalau ada apa-apa masalah dari segi pendaftaran, boleh PM kami bagi mendapatkan info lanjut. Nombor untuk dihubungi anda dalam surat yang disertakan bersama dengan simkad tersebut.

Nak kekal no lama pun tak ada masalah dan boleh dilakukan dalam applikasi Tune Talk.

Pelan Tune Talk Pun Boleh Tahan Berbaloi

Walaupun Tune Talk ini pakai coverage Celcom, akan tetapi, banyak pilihan pelan mereka terutama pelan bulanan.

Berikut adalah senarai harga pelan RM15, RM20, RM35, RM30, RM38, RM48 dan RM68. Pelan jimat ini, kalau nak tahu detail, boleh ke Tune Talk Jimat SINI.

Ada banyak pelan ikut pada kesesuaian anda, tak OK, tukar sahaja pelan baru. Nak langgan validity iaitu tempoh sah pun tak ada masalah. Boleh langgan tempoh saha setahun pada harga RM35 sahaja. 

Pelan terbaru BestBasic28, boleh tengok review kami dalam video di bawah ini.

Anda Pun Boleh Jadi Dealer

Nak tambah income dan jana income sebagai seorang dealer Tune Talk. Sangat dialu-alukan. Nak jadi dealer sangat mudah dan kami akan cuba sedaya upaya berikan support bagi membolehkan anda untuk jadi dealer.

Hubungi kami bagi mendapatkan info lanjut. Whatsapp terus di SINI.

Antara Komen Positif Kedai Shopee Kami

  • Seller cepat respon die bagi manual sekali kat parcel kalau tak pandai seller ajar and seller buat kan dan pin simcard di beri . Seller yang servis paling tip top lah kali ni.
  • 1st reason aku pilih dia sbb support orang johor. 2nd dia bantu sampai boleh guna
  • Penjual yg ramah serta terbaik. Penghangtaran yg cepat dr penjual. Dicadangkn membeli dgn penjual in. 
  • Penghantaran cepat pandai buat bisnes…. Bagi yg kurang pengetahuan seperti saya… And layak membeli Ngan admin ni… Orang dia peramah semoga Allah perluaskan rezeki mu Aamiin ya Rabbal Alamin

Antara respond daripada pengguna yang dah gunakan dan beli simkad ini di Shopee. Alhamdulillah. InsyaAllah kami akan cuba luaskan pengaruh untuk menggunakan simkad ini di platform lain seperti TikTok Shop dan lain-lain. 

Kalau Dah Dapat Simkad, Tak OK Nak Buat Macam Mana

Kalau ada masalah dari segi pendaftaran, ianya perkara biasa. Boleh terus hubungi kami di dalam nota yang dikepilkan bersama dengan simkad tersebut. Ianya boleh selesai tak ada masalah dan ianya memang memudahkan urusan.

Kalau memang simkad dah sampai, dan ada masalah coverage. Coverage Celcom di kawasan anda terlalu lemah, memang tak boleh nak buat apa kalau ada masalah ini. Caranya adalah, buang sahaja dan ganti lain. Tak perlu pening-pening. Sebab Tune Talk ini seperti yang saya nyatakan di atas, memang tumpang coverage Celcom. Kalau Celcom OK, ianya tak ada masalah, kalau tak OK memang tak boleh nak buat apa.

Kalau ada isu, luar rumah tak ada masalah, dalam rumah ada isu coverage, yang ini kena ikhtiar untuk dapatkan wifi ataupun pasang modem di luar rumah. Isunya coverage hanya OK di luar rumah, pasang je modem dan attach dengan pelan Bebas55 dan letak di luar rumah, masalah selesai.

Jom Tukar, Tak Salah Cuba

Kalau anda memang berniat nak port in ke Tune Talk, memang dialu-alukan untuk cuba. Boleh beli di kedai Shopee saya dan saya cuba yang terbaik untuk membantu anda gunakan simkad ini sebaiknya.

Related Posts

18 thoughts on “Kenapa Saya Port In Ke Tune Talk!

    1. tak salah nak cuba cik, boleh try tune talk

  1. Ramai juga kawan-kawan saya yang menggalakkan saya supaya bertukar ke Tune Talk. Rasanya inilah masa terbaik untuk saya berbuat demikian.

  2. Banyak good review dari pengguna telco Tune Talk kan! Memang yaya dah kena tukar pelan telco ni. Sejak pindah rumah susah betul nak dapat line. Harapkan wifi je huhu

    1. boleh tak ada masalah, kalau tak OK, bulan depan tukar yang baru, tak ada apa2 komitmen

    1. yes no problem, can just buy from my shopee shop

    1. memang terbaik dan cik blh cuba tak ada masalah, gerenti puas hati

    1. no problem, thanks for cominh and enjoy tune talk article from me

  3. Akak pakai TuneTalk juga. sebab mereka ada insuran sekali. lama juga nombor ni. masa zaman Jason Lo promot dulu. welcome on board!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *