Whatsapp Tanpa Save Number – 2 cara Simple

Macam mana caranya nak whatsapp tanpa save number terutama kalau anda nak lakukan dalam kuantiti yang banyak. Kalau nak lakukan ataupun cuba whatsapp dalam kuantiti yang sedikit tiada masalah, boleh je save number mereka dan cuba whatsapp, akan tetapi, macam mana caranya nak cuba whatsapp dengan kuantiti yang banyak?

Sekarang ini, ada banyak perisian yang membolehkan anda untuk whatsapp pada kuantiti yang banyak, tanpa anda sendiri perlu untuk save number. Ya, memang boleh dan saya sendiri menggunakan teknik ini untuk perjalanan business saya yang mungkin juga anda boleh gunakan sebagai salah satu strategi merketing business anda!

Dalam artikel ini saya akan berikan 2 cara iaitu menggunkan applikasi sahaja. Kalau sekadar nak whatsapp 2 atau 3 nombor, boleh terus gunakan applikasi ini, memang memudahkan. Cumanya, kalau anda cuba nak whatsapp lebih daripada 6 nombor dan ke atas, boleh cuba gunakan teknik ataupun perisian yang saya rekemen ini.

whatsapp tanpa save number

Teknik Whatsapp Blasting

Memang ada bermacam cara nak cuba whatsapp tanpa save nombor. Kalau tak banyak, cuba sahaja save nombor tersebut. Tapi kalau ada banyak nombor yang anda nak hantar whatsapp, takkan nak save satu-satu nombor tersebut kan!

Cara lain adalah dengan menggunakan teknik whatsapp blasting ini. Boleh gunakan applikasi sama ada Android ataupun Apple App Store, yang ini free je dan ada banyak pilihan applikasi.

Cara lain adalah dengan menggunakan perisian sahaja dan ianya berbayar. Berbaloi ataupun tidak itu, anda kena cuba sendiri dan kalau berbaloi, boleh teruskan dan kalau tak berbaloi, ada banyak perisian lain yang anda sendiri boleh cuba. 

Kalau Nak Cuba Blast Whatsapp, Lebih Baik Gunakan No Baru

Cumanya, kalau anda nak whatsapp untuk tujuan marketing ke banyak nombor, sangat-sangat diingatkan untuk anda cuba dapatkan satu nombor baru. Jika apa-apa terjadi pada nombor tersebut, ianya tak ada kesan yang ketara kepada anda. Bayangkan kalau no peribadi anda kena “block” oleh pihak whatsapp setelah didapati anda spam terlalu banyak, apa yang akan jadi?

Tak ke susah kan! Sebab tu saya sangat rekemen anda cuba dapatkan satu nombor baru. Nak dapatkan nombor baru tak susah, antara pilihan yang anda ada, boleh dapatkan di kedai Shopee.

Untuk nampak real, dan bukan spam, kalau boleh selepas anda mendaftar whatsapp menggunakan nombor baru tersebut, pastikan ada transaksi whatsapp. Cara paling mudah, join sahaja mana-mana group whatsapp dan biarkan seminggu, selepas itu, barulah mulakan aktiviti blasting anda.

Jangan lupa lepas sign up satu nombor baru, anda cuba langgan data untuk nampak lebih real berbanding kalau anda tak langgan data. Boleh mulakan dengan pakej Rm15 sebulan ataupun pakej Rm20 sebulan pun sudah sangat memadai.

Boleh terus beli di kedai shopee kami di atas ini. Ya, di atas ini adalah official kedai Shopee kami dan anda boleh membeli dari kedai kami. InsyaAllah setiap pembelian anda akan membolehkan kami untuk terus menulis artikel seperti ini pada masa akan datang.

Teknik Pertama – Pakai App

Kita terus kepada teknik macam mana nak Whatsapp tanpa save number teknik pertama adalah dengan menggunakan applikasi sahaja. Pengguna Android ataupun Apple tiada masalah, ada banyak app seperti ini dan alternatif pun banyak, tak OK, boleh buang sahaja. Paling tak pun, ada la sedikit iklan dalam app tu untuk developer dapat sedikit duit, itu sahaja.

App yang saya sedang guna pun dan rekemen kepada anda adalah app, WD2 ataupun nama sebelumnya adalah WhatsappDirect.

Masukkan sahaja nombor yang anda nak whatsapp, masukkan mesej dan kemudian terus hantar. Simple je dan memudahkan.

Kalau nak gunakan app ini, setakat 4 atau 5 nombor tak ada masalah. Akan tetapi, kalau anda nak hantar sehingga 20 nombor memang memenatkan dan tak digalakkan. Tak produktif orang kata. Ianya untuk kuantiti yang kecil

Lebih daripada 10 nombor boleh, cumanya ianya akan memenatkan anda dan boleh cuba alternatif kedau iaitu perisian yang saya sendiri guna.

Teknik Kedua – Waboost

Saya memang pengguna perisian ini dan memang saya dah gunakan agak lama juga. Saya gunakan khusus untuk perniagaan saya dan beberapa urusan lainnya. Harga persian waboost ini berubah-ubah, nak tahu harga yang terkiini boleh tengok di bawah ini.

Pihak developer perisian ini memang ada menawarkan latihan tentang cara nak gunakan perisian ini. Ianya adalah antara perisian yang bagus untuk anda blast whatsapp serentak kepada ramai pengguna. Nak buat follow up kepada pelanggan, nak up sell, ataupun bermacam lagi strategi jualan anda, tak ada masalah. Boleh je buat dengan perisian ini. Saya pun ada tunjuk macam mana demonstrasi perisian ini dalam video di bawah ini.

Kalau anda beli perisian ini, mungkin fungsi terkini dan harga akan sedikit berbeza, pada saya ianya masih lagi berbaloi untuk anda gunakan pada masa panjang. Jika anda mempunyai lebih dari 1 perniagaan, pun sangat digalakkan untuk anda gunakan. 

Nak whatsapp tanpa save number untuk kunatiti yang banyak, perisian ini adalah antara perisian yang kami sangat rekemen untuk anda gunakan. Boleh kami kata, ianya adalah antara satu perisian yang paling berbaloi yang saya pernah beli untuk digunakan jangka masa panjang. Anda boleh cuba dahulu dan lihat bagaimana keberkesanan perisian ini.

Yang menarik, perisian ini bukan setakat anda blast whatsapp sahaja, anda boleh juga kumpul database pelanggan anda dalam masa yang singkat. 5000 database pelanggan anda boleh kumpul dalam 2 hari, ya betul memang perisian ini ada fungsi ini dan tiada pada perisian lain. Anda nak kumpul database, boleh cuba gunakan perisian ini, fungsi kumpul database ini memang menarik.

Pilihan Di Tangan Anda

Ada banyak lagi cara sebenarnya dan banyak lagi applikasi yang membolehkan anda melakukan semua ini. Maksud saya, applikasi alternatif kepada whatsdirect yang saya cadangkan di atas ini memang ada banyak. Akan tetapi, cukuplah kami rekemen 2 cara ini dan anda boleh cari sendiri cara lain yang paling sesuai dengan anda.

Dalam artikel ini, saya dah bagi tips dan strategi macam mana nak whatsapp seseorang tanpa save number yang anda boleh lakukan secara percuma dan berbayar. Yang percuma, untuk kuantiti yang sedikit, akan tetapi, kalau anda nak blast untuk satu kuantiti yang agak banyak, boleh cuba perisian waboost ini.

Nak yang percuma ataupun nak yang berbayar, pilihan di tangan anda.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *