11 Tips Deco Dapur Kecil

Ramai yang mula nak explore tips deco dapur kecil sekarang ini. Memang kebanyakan rumah sekarang ini memang bersaiz agak kecil, mungkin sebab faktor harga rumah yang mahal. Walaupun kecil, anda boleh buat nampak dapur anda menarik dengan banyak tips yang bakal kami kongsikan dalam artikel ini.

Ruang kecil susah untuk buat deco, betul ke? Artikel pada kali ini, kami ingin berkongsi kepada anda tips untuk mendekorasi dapur yang kecil khusus bagi anda yang sedang berfikir-fikir bagaimana untuk nampakkan lagi dapur lebih luas. 

deco dapur kecil

Mengapa dekorasi rumah itu penting! Apa penyebabnya?

Rumah adalah tempat di mana ia sangat penting untuk melindungi diri daripada panas, dan hujan. Bahkan ia juga adalah tempat anda berehat dari penat lelah bekerja di luar, dan berkumpul bersama keluarga yang disayangi. Tanpa rumah, anda tidak boleh berteduh kerana rumah adalah keperluan yang semua orang perlu miliki. 

Selain itu, rumah juga merupakan sebuah harta yang terbesar pernah anda ada. BIla sesuatu itu mempunyai nilai, anda perlu hargainya. Dengan deco yang menarik, ia akan meningkatkan lagi kualiti sesuatu ruang tersebut. 

Walaupun ruangan kecil pun tak mengapa, anda masih boleh membuat dekorasi rumah anda. Macam mana caranya? Boleh ikuti dan baca artikel ini sampai habis kerana ada banyak tips dan perkongsiaan yang bakal kami kongsikan kepada anda.

1. Gunakan warna putih

Warna putih kata orang warna yang cepat kotor. Namun begitu, putih juga sebenarnya akan menjadikan sesebuah ruang itu tampak lebih luas dan besar. Jadi tidak pelik jika ia digunakana sebagai warna utama dalam ruangan tertentu khususnya pada dinding dan kabinet.

Bagi ruang yang kecil, anda harus elakkan dari cat menggunakan warna yang gelap kerana ia akan menyebabkan lebih kelihatan sempit. Sekiranya mahu, gabungkan sahaja warna lain bersama warna putih tetapi pastikan gabungan warna tersebut tidak terlalu banyak sehingga nampak serabut. 

2. Gunakan rak simpanan jenis terbuka

Rak simpanan jenis terbuka lebih baik daripada yang bertutup. Ia boleh digunakan untuk menyimpan barang dapur seperti rempah ratus, garam gula, kunyit, pinggan mangkuk, dan sebagainya. 

3. Pilih pintu berkaca

Sekiranya rumah yang anda duduki mempunyai pemisah iaitu pintu kecil di antara ruang dapur dan ruangan lain, anda boleh menukar pintu tersebut dengan bahan dari kaca.

Cara ini akan lebih membantu anda dalam membuatkan dapur yang kecil nampak lebih luas kerana adanya pencahayaan dari luar masuk ke ruang dapur.

4. Simpan barang yang tidak digunakan 

Barang yang tidak selalu digunakan, dan tidak penting boleh disimpan dengan kemas ke dalam satu ruangan khas. Jangan mempamerkan kebodohan sendiri dengan menyerakkan ia atau meletakkan barang tersebut bersepah di atas meja atau di tempat lain.

Sudahlah ruang itu sempit, ditambah dengan perangai anda lagi yang tidak bijak dalam menjaga keceriaan rumah, makin suramlah ia. Gunakan prinsip ambil jika dilperlukan, simpan jika tidak digunakan. Mudah! 

5. Banyak menggunakan ruangan pada dinding

Bilik sempit, ruang terhad. Tidak mungkin anda masih mahu gunakan ruang bawah lagi untuk meletakkan barang-barang yang ada kan? Dicadangkan kepada anda untuk memaksimumkan pengunaan ruangan pada dinding.

Letakkan barang keperluan harian yang penting sahaja sudah cukup menampakkan keadaan dapur lebih luas dan tidak sempit. Gunakan rak terbuka secara memanjang dan balang-balang kedap udara yang sama saiz. Susun balang tersebut secara selari dan teratur dengan kemas di atas rak. 

Untuk tips dekorasi yang lebih efektif, saya galakkan untuk anda baca lebih lanjut tips dekorasi bajet di SINI.

6. Pemilihan karpet

Perlu ke karpet di dapur? Karpet mini atau alas kaki penting di dapur supaya mengelakkan anda daripada tergelincir atau terjatuh semasa memasak. Walaupun ia sebagai langkah untuk berjaga-jaga tetapi memilik corak yang betul pada karpet juga memainkan peranan dalam menampakkan lagi ruang anda bertambah luas. Cari corak yang matching dengan warna dinding dan jubin anda di dapur. 

7. Corak langsir kabinet dan tingkap

Corak yang dipilih pada langsir haruslah sesuai dengan lantai dan dinding dapur rumah anda. Sedar atau tidak, warna dan corak memainkan peranan yang penting juga dalam menyediakan mood gembira ketika anda mahu lakukan sesuatu. 

8. Susun atur barang dalam ruang sempit

Bila bersepahkan sekejap sahaja sudah boleh berserak, tetapi cubalah mengemas semula boleh menangis untuk kerjakan. Itu memang lumrah. Oleh yang demikian, kita perlu bijak dalam menyusun atur sesebuah ruang apatah lagi ruang yang terkenal dengan saiznya yang kecil dan sempit.

Pertama, gunakan bekas deli untuk menyimpan bahan-bahan seperti rempah ratus, garam, dan gula. Masukkan ia dalam bekas yang pelbagai saiz dan boleh disusun kemas beritngkat-tingkat. Untuk lebih mudah, buat label nama bagi setiap bekas supaya mudah anda melihatnya.

Kedua, amalkan konsep F.I.F.O (First in, First out). Caranya letakkan stok barang yang lama di depan, dan yang baru dibelakang. Jadi ia lebih pratikal dan tidak mengelirukan anda dengan bercampur antara yang lama dan baru.

Ketiga, kurangkan pergerakan. Pastikan kelengkapan atau bahan yang penting diletakkan berhampiran dengan dapur untuk anda masak. Jadi semasa memasak tidak perlu lagi berjalan ke sana ke mari. 

9. Pemilihan lampu dapur

Jangan segan untuk memasang lampu dapur yang eksklusif untuk menampakkan lagi ruang dapur anda lebih gah dan mewah di mata yang memandang. Barulah dapur yang glam!

10. Hiasan bunga 

Hiasan bunga adalah terapi hijau yang mampu untuk memperbaiki dan menukar mood tenang dalam rumah. Pokok bunga papermint sebagai hiasan dapur contohnya, boleh memperbaiki emosi dan meningkatkan kadar norepinephrine dengan lebih baik.

Jadi wajar sekiranya ramai yang menggunakan hiasan bunga di dapur sebagai booster untuk meningkatkan produktiviti harian mereka. 

11. Ambil Idea Di IKEA

Rumah anda dekat tak dengan IKEA. Di IKEA, adalah cara mudah dan pantas secara real time anda dapat ambil inspirasi deco dapur dan pelbagai sudut dalam rumah anda. Walaupun dapur anda kecil pun tak ada masalah kalau anda ke IKEA dan ambil inspirasi di sana. Saya pasti anda akan teruja kerana di IKEA, pereka hiasan dalaman profesional yang menguruskan keadaan di sana.

Walaupun anda ke IKEA, tanpa pengetahuan asas deco rumah, ianya tak akan pergi jauh. Fahami konsep hiasan dalaman yang digunapakai oleh pereka hiasan dalaman pro dalam perkongsian di bawah ini.

Diharapkan artikel berkenaan dengan tips deco dapur kecil ini dapat memberikan anda ilmu pengetahuan yang berguna untuk mencipta sebuah rumah yang indah dan mendamaikan. 

Related Posts

7 thoughts on “11 Tips Deco Dapur Kecil

  1. Kalau dapur kecil tak boleh ada pulau kat tengah tu sebab nanti akan lebih kecil. Kena pilih dapur warna cerah sikit. Kalau gelap nampak impak sempit.

    1. betul, hebat dah ada basic knowledge deco. Nice.

  2. tq atas perkongsian yang menarik ni… dapat bagi idea untuk deco da[ur rumah nanti

  3. Saya tengah mencari idea macam mana nak nampak dapur saya lebih terang dan cerah sebab sekarang dapur saya ni terlindung gelap sikit dari pencahayaan semulajadi hurmmm pening juga.. harap tips ni dpt sikit sebanyak membanyu saya… Thank you share…

  4. Idea yang bagus ni buat mereka yang inginkan nampak kelainan.. walau kecil tapi nampak modern..

  5. These are all good tips ya! memang check the boxes out of this list… Great recommendation and consideration for next renovation nanti.. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *