5 Info Nafkah Anak Selepas Bercerai – Tahun 2024

Berapa nafkah anak selepas bercerai? Sedang mencari info ini dan terjumpa info pdf daripada seorang staff di jabatan agama Johor. Ianya adalah cara pengiraan yang baik kepada mereka yang inginkan pengiraan yang jelas berdasarkan kepada gaji. Terutama dalam melibatkan pendapatan bapa kepada anak.

Dalam aspek kewangan islam, memang tidak lari daripada topik nafkah anak ini. Sebagai seorang bapa yang bertanggungjawab, kenalah memastikan isu nafkah ini terjaga agar tiada masalah lain yang timbul dikemudian hari. Jadi, timbul persoalan, berapa jumlah nafkah yang perlu diberikan kepada si anak?

Boleh baca sehingga akhir artikel ini kerana kami akan berikan cara pengiraan yang sebenar agak memudahkan anda untuk membuat pengiraan secara tepat.

nafkah anak selepas bercerai

Untuk info, nafkah merupakan perkara yang wajib si bapa berikan kepada anak sehingga anak tersebut berkahwin ataupun sehingga anak tersebut pandai berdikari. Ianya merupakan antara hak-hak selepas perceraian yang patut dilunaskan sama ada oleh seorang bapa atau ibu.

Hukum Abaikan Nafkah Anak

Sebelum pergi lebih jauh, kita lihat firman Allah dalam bab cerai ini di bawah.

Tempatkanlah mereka (para isteri) di mana kamu bertempat tinggal menurut kemampuanmu dan janganlah kamu menyusahkan mereka untuk menyempitkan mereka. Dan jika mereka (isteri-isteri yang sudah ditalak) itu sedang hamil, maka berikanlah kepada mereka nafkahnya hingga mereka bersalin, kemudian jika mereka menyusu (anak-anak)mu untukmu maka berikanlah kepada mereka upahnya dan musyawarahkanlah antara kamu (segala sesuatu) dengan baik dan jika kamu menemui kesulitan maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya’ (Surah at-Talak : 6)  (sumber : kehakiman kelantan)

Termasuk juga dalam enekmen keluarga islam di mana, bapa wajib membayar nafkah dalam apa juga keadaan walaupun hak penjagaan itu berada di pihak isteri. Nafkah di dalam konteks ini bermaksud, nafkah anak ini termasuklah makanan, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan perubatan sekadar mencukupi mengikut kemampuannya.

Timbul persoalan, bagaimana kalau bekas suami terus menerus mengabaikan pemberian nafkah ini?

Inisiatif Kerajaan Untuk Menggalakkan Mereka Memabayar Nafkah 

Antara berita ataupun info berkaita adalah, jika bekas suami mengelak dari membayar nafkah secara konsisten, mereka boleh dikenakan tindakan oleh pihak mahkamah seperti dalam artikel di bawah ini.

PUTRAJAYA: Tindakan lebih tegas sedang dipertimbang kerajaan termasuk cadangan mengenakan sekatan bank terhadap bekas suami yang culas memberi nafkah kepada bekas isteri dan anak selepas perceraian.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa, berkata kerajaan sedang memperincikan pelaksanaan penguatkuasaan keadilan syariah yang memberi tumpuan kepada wanita yang diceraikan dan tidak mendapat pembelaan.

“Kebanyakan wanita tidak ada tempat untuk mengadu dari segi penguatkuasaan, jadi kita melihat keperluan penguatkuasaan kepada wanita yang tidak diberikan keadilan dari sudut nafkah yang sudah diputuskan mahkamah syariah. (sumber : berita harian)

Walaupun ianya masih lagi dalam fasa cadangan, tetapi jika diimplimentasikan, akan membawa kepada banyak kebaikan terutama kepada ibu tunggal yang menghadapi masalah dalam pemberian nafkah.

bermain saham betul

Soal Jawab Nafkah Anak

Apakah hukum pemberian nafkah?

Hukumnya adalah wajib 

Nafkah anak tanggungjawab siapa?

Si bapalah yang wajib membayar nafkah.

Macam mana cara pengiraan nafkah?

Boleh rujuk artikel ini untuk cara pengiraan nafkah yang lebih berkesan.

Macam mana nak tuntut nafkah anak ini?

Boleh buat tuntutan di mahkamah syariah negeri masing-masing.

Isu Lain Berkaitan Perceraian

Seringkali bila perceraian berlaku, banyak isu yang berlaku menyebabkan segala perbincangan antara suami dan isteri menjadi lebih sukar. Lagilah bila pertelingkahan melibatkan ahli keluarga dan adik beradik yang lain. Memang sukar untuk mencapai kata sepakat. Apapun, jika perceraian berlaku, apa yang seseorang itu perlu tahu terutama antara pihak isteri mahupun suami adalah berkenaan dengan harta sepencarian. 

Anda boleh membuat tuntutan harta sepencarian ini jika ada pihak yang meninggal sama ada suami ataupun isteri. Juga, boleh tuntut harta sepencarian selepas bercerai. Untuk info berkaitan dengan harta sepencarian, boleh baca artikel kami yang panjang lebar di SINI.

Kami juga galakkan anda untuk ambil tahu berkenaan dengan pengurusan harta pusaka terutama jika ada melibatkan kematian. Boleh tengok cara pengurusan harta pusaka di SINI. Ianya memang mempunyai banyak kaitan dengan situasi jika berlaku perceraian.

Cara Pengiraan Nafkah Anak

Macam mana nak buat kiraan? Seperti yang saya petik di atas tadi, nafkah termasuklah, makanan, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan perubatan sekadar mencukupi mengikut kemampuan seorang ayah. Jadi timbul persoalan, bagaimana jika perkara yang anak-anak mahukan tetapi tak begitu penting seperti item di bawah ini.

Adakah item ini termasuk dalam pemberian nafkah anak selepas bercerai? Ianya bergantung dan perlu ikut kepada keperluan bukan kehendak.

Apapun ini adalah pekeliling yang dikeluarkan oleh jabatan kehakiman putrajaya berkaitan dengan isu nafkah anak.

Y.A.A Ketua-Ketua Hakim Syarie

Mahkamah – mahkamah syariah negeri-negeri

Garis Panduan Skala Pentaksiran Jumlah Nafkah Anak

Saya ingin menarik perhatian Y.A.A kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Arahan Amalan Mahkamah Syariah Seluruh Malaysia Pada 2 – 3 Rabiulawal 1441H bersamaan 30 hingga 31 Oktober 2019 di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Terengganu telah bersetuju dan mengesahkan untuk menerima pakai arahan amalan berhubung dengan Garis Panduan Skala Pentaksiran Jumlah Nafkah Anak seperti yang berikut;

1 tertakluk kepada pertimbangan mahkamah, pentaksiran jumlah nafkah anak adalah berasaskan kepada nafkah bulanan bagi seorang atau lebih bilangan anak. Sekiranya bilangan anak lebih, kadar akan meningkat bergantung kepada pendapatan bapa atau suami;

2 penentuan kadar nafkah tertakluk kepada asas anak-anak yang merangkumi keperluan tempat tinggal, pakaian, makan, minum perubatan, pendidikan, umur dan jumlah pendapatan bapa sebagaimana ditentukan oleh mahkamah.

3 Cadangan dan ilustrasi pentaksiran adalah seperti berikut.

nafkah anak selepas bercerai 1

Untuk detail pekeliling, boleh tengok di bawah ini.

nafkah anak selepas bercerai 2
nafkah anak selepas bercerai 3

Apapun, kami berharap artikel nafkah anak selepas bercerai ini memberi manfaat dan bolehlah share kepada mereka yang berkenaan.

Akhir kata, jangan lupa untuk follow channel telegram kami di atas untuk lebih banyak info terkini berkaitan dengan kewangan islam dan pelaburan.

Related Posts

2 thoughts on “5 Info Nafkah Anak Selepas Bercerai – Tahun 2024

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *