Dawn Raid Malaysia: Cerita Misteri Tak Ramai Tahu

Dawn Raid Malaysia adalah antara kisah unik yang memang layak difilemkan. Hubungan British dan Malaysia mempunyai lipatan sejarah yang sangat panjang dan bermacam-macam perkara telah berlaku di mana ia memberi kesan kepada semua rakyat yang hidup pada ketika itu. 

Dari kita dijajah oleh British, kemudian kita mendapatkan kemerdekaan pada tahun 1957, berlaku satu peristiwa di era pemerintah Tun Dr. Mahathir yang pada ketika itu merupakan Perdana Menteri Keempat Malaysia yang mungkin tidak ramai orang tahu.

Percayakah anda suatu ketika dulu negara kita pernah melancarkan sebuah serangan mengejut ke atas London?

Artikel pada kali ini, kami akan kongsikan kepada anda semua mengenai peristiwa Dawn Raid Malaysia, dari segi faktor berlaku, kronologi kejadian, dan kesannya terhadap Malaysia. 

dawn raid malaysia

Apa itu Dawn Raid Malaysia?

Untuk pengetahuan anda, Dawn Raid Malaysia adalah serangan pasaran saham bagi mengambil alih syarikat Guthrie. Guthrie adalah syarikat yang ditubuhkan pada awal kurun ke-19 dan menjadi ejen utama untuk orang Eropah kaut keuntungan di Asia Tenggara.

Serangan ini dilakukan dengan cara pembelian atau pengambilalihan semua saham syarikat yang jadi sasaran ketika pasaran mula dibuka.

Teknik serbuan yang digunakan oleh Malaysia bertujuan untuk menguasai semula hak milik negara dengan membeli saham Sime Darby, Gutrie dan Golden Hope ketika pasaran London Stock Exchange (LSE) mula dibuka.

Ia membolehkan pembeli mendapatkan sebahagian besar saham syarikat sasaran sebelum syarikat tersebut menyadarinya.

Apa yang menarik sekali adalah dicatatkan serangan ini dilakukan hanya dalam tempoh masa 4 jam sahaja!

Punca Malaysian ingin merampas Guthrie dari British?

Kalau tidak ada angin, masakan pokok bergoyang. Serangan yang dilancarkan Malaysia ini sudah tentu mempunyai sebab-sebab yang tertentu sehingga ia memerlukan persediaan dan perancangan yang sungguh terperinci. 

Kemuncak ketidakpuasaan hati Malaysia muncul apabila British melakukan perkara seperti:

1. Yuran pengajian rakyat Malaysia dinaikkan

Britain telah menaikkan jumlah yuran pengajian kepada pelajar luar negara. Hal ini telah menyebabkan kira-kira 17,000 pelajar Malaysia di UK terjerat dengan beban hidup apabila terpaksa berhadapan dengan 3 kali ganda yuran daripada sebelumnya. 

Sedangkan kalau kita lihat semula sebenarnya pelajar Malaysia adalah antara pelajar paling ramai yang belajar di United Kingdom.

2. Hak pendaratan dan pencerobohan ruang udara

Tun Dr. Mahathir yang pada ketika itu merupakan Perdana Menteri Keempat Malaysia. Beliau marah dengan tindakan Britain yang tidak memberi hak pendaratan kepada Malaysia Airlines di Lapangan Terbang Heathrow.

Bukan itu sahaja, berlaku juga pencerobohan ruang udara di Lapangan Terbang Subang yang dilakukan oleh kapal supersonic British iaitu Concorde ketika mereka dalam perjalanan ke Singapura. 

3. Subsidi pendidikan rakyat Malaysia dihapuskan 

Tidak cukup dengan tindakan tidak masuk akal British menaikkan yuran pengajian pelajar Malaysia yang belajar di sana, mereka juga bersikap racist dengan menghapus subsidi pendidikan.

Menteri Kewangan pada ketika itu iaitu Tun Dr Mahathir pernah mengancam British dengan mengatakan tindakan tersebut akan menyebabkan kerugian pada masa akan datang.

Namun begitu, amaran dan nasihatnya hanya ibarat seperti angin lalu yang tidak diambil serius sedikit pun. 

4. Menjual aset syarikat sesuka hati tanpa berunding

Guthrie dikatakan telah menjual asetnya kepada MPH iaitu sebuah syarikat milik jutawan Malaysia tanpa berunding terlebih dahulu.

Keputusan penjualan itu dibuat tanpa sebarang pengetahuan agensi kerajaan Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang masih memegang 25% saham dama Guthrie.

5. Penolakkan penanaman semula pokok getah

Pokok getah menjadi salah satu dari sumber pendapatan. Namun apa yang terjadi masalah ini tercetus kerana British menolak untuk melakukankan penanaman semula pokok getah bagi membantu petani dan penoreh getah Melayu meningkatkan hasil pendapatan mereka.

Setiap kali mesyuarat diadakan untuk menyelasaikan masalah ini, British sentiasa mengelak dari membincangkannya. 

Namun begitu, setelah  mendapat desakan demi desakan dari Bank Negara Malaysia (BNM), British akhirnya menubuhkan anak syarikat Guthrie – Ropel yang mempunyai 17% saham tanah di Malaysia daripada keseluruhan tanah miliknya.

Kronologi serangan Dawn Raid

Rancangan pengambilalihan Guthrie Corporation diteliti dan disusun dengan sangat rapi dan sulit oleh Tun Ismail Ali (bekas Gabenor BNM kedua) dan Tan Sri Khalid Ibrahim (bekas Menteri Besar Selangor kini almayhum, semoga ruhnya ditempatkan bersama dengan orang-orang beriman). Bahkan orang terdekat mereka dan media pun tidak menghidu rahsia tersebut.

Mereka telah bekerjasama dengan pemegang-pemegang saham serta mengatasi masalah yang mungkin boleh menghalang usaha untuk memiliki Guthrie.

Sebelum serangan (strategi)

  • PNB telah mempunyai saham Guthrie sejumlah 25%.
  • PNB hanya perlukan 15% saham sahaja lagi bagi membolehkan PNB menjadi pemegang saham utama Guthrie.
  • Modal sejumlah £282 juta diperlukan pada masa itu untuk membeli saham Guthrie melalui dana ASN, Petronas dan PERNAS.
  • Dan dana £282 juta tersebut diletakkan akaun bank di Switzerland.
  • Pukul 12:00 tenghari : Pada ketika di Kota London masih lagi berlegar pukul 5 pagi, Tun Dr Ismail pula bergegas ke Singapura pada hari itu untuk berjumpa dan makan tengahari bersama pengerusi OCBC, Tan Chin Tuan dengan harapan OCBC menerima tawaran yang dikemukan oleh PNB untuk tujuan membeli saham Guthrie yang dipegang bank itu.
  • Pukul 3:30 petang : Tun Dr Ismail terpaksa menunggu lama bagi mendapatkan kata putus daripada OCBC yang mana berakhir dengan keputusan yang mendukacitakan. OCBC telah menolak tawaran PNB.
  • Khalid Ibrahim terus dimaklumkan Tun Dr Ismail dengan berita buruk di masa yang cukup genting ini.
  • Pukul 3:45 petang : Sementara di kota Di London, broker Rowe & Pittman serta Rothschilds terus tertunggu-tunggu keputusan terkini dan menunggu lampu hijau dari PNB bagi memulakan pembelian saham-saham Guthrie dari pelabur Inggeris pada pagi tersebut.
  • Akhirnya, Khalid Ibrahim memberikan butiran daripada sudut harga, angka yang diperolehi dan butiran keputusan kepada broker Rowe & Pittman.
  • Sementara di Kuala Lumpur Khalid Ibrahim terus memastikan pemegang saham yang mesra dengan kerajaan Malaysia seperti BSN, Kuwait Investment Group dan juga Genting terus setia bersama mereka untuk uruniaga penjualan saham yang dijanjikan.
  • BSN, Genting, Kuwait bersetuju menjual pegangan saham mereka yang diuruskan oleh Khalid Ibrahim di Kuala Lumpur.

Semasa serangan (hari kejadian)

  • Pada 7 September 2014 (4 petang waktu Malaysia), sebahagian besar saham Guthrie di Malaysia dan di London dibeli serentak sewaktu bursa dibuka, dan ia mesti dibeli tanpa disedari oleh pihak pengurusan Guthrie sendiri.
  • Rothschilds berjaya beli saham Guthrie daripada M & G Investment Trust sejumlah 11% daripada 16-17% pegangan saham ke atas Guthrie.
  • Walaupun apada mulanya berhadapan dengan kesukaran untuk memilih broker saham terbaik, akhirnya usaha pasukan projek Serangan Subuh ini ternyata berbaloi apabila PNB dapat beli lagi saham Guthrie daripada pemegang kecil melalui broker saham Rowe & Pittman sebanyak 5%.
  • Apabila ia dibuka, PNB mengisytiharkan berita menggemparkan ini dan menguruskan dokumentasinya sahaja, sekaligus memberi kejutan kepada Guthrie dan pemegang saham lain.
  • Walaupun tanpa saham OCBC, dalam masa 4 jam, PNB berjaya memiliki 8 juta saham, atau 50.41% dari keseluruhan syarikat, tanpa disedari atau keizinan pihak pengurusan Guthrie.
  • Lewat tengahari waktu London, Guthrie jatuh ke dalam genggaman Malaysia.
  • Pengerusi Guthrie, Mark Gent hanya sedar bahawa bahawa syarikatnya jatuh ke tangan Malaysia setelah mendengar berita itu di radio.
  • Dalam masa 3 bulan, saham-saham Guthrie perlahan-lahan dijual kepada PNB. Pada akhir tahun 1981, 100% Guthrie berada di bawah pegangan anak tempatan.
  • Tidak lama selepas itu, tiga syarikat perladangan besar British di Malaysia —Highlands & Lowlands, Barlows dan Harrisons & Crosfield (H&C) akhirnya tunduk menjual kepentingan mereka di Malaysia kepada PNB.
  • Hasilnya, tanah milik Guthrie dan tanah-tanah lain milik Inggeris di Malaysia kembali ke tangan rakyat Malaysia.
  • Oleh kerana H&C memiliki tanah ladang getah, kelapa sawit dan aset bukan sahaja di Malaysia tetapi di negara lain seperti di India, New Zealand dan Taiwan, PNB juga menjadi tuan tanah baru kepada asset-aset Inggeris dari seluruh dunia.

Kesan serangan Dawn Raid kepada British dan Malaysia

Pengambilalihan Guthrie dari segi ekonomi dan politik banyak memberi kesan positif kepada Malaysia. Berlaku pertambahan demi pertambahan pada tahap pemilikan Bumiputera dan bukan Bumiputera menjelang tahun 1980. 

Bahkan, Malaysia menjadi tumpuan seluruh dunia dengan tindakan sungguh berani dan sangat menakjubkan dilakukan itu. 

Dalam masa yang sama dari peristiwa ini juga, British sedar bahawa Malaysia bukanlah sebuah negara yang rela tunduk kepada desakan ekonomi British dan ia harus dipandang serius sebagai sebuah negara yang berdaulat dan merdeka. 

Kesimpulannya, peristiwa Dawn Raid Malaysia adalah sejarah yang tidak mungkin kita lupakan kerana ia telah berjaya menyelamatkan maruah dan memartabatkan reputasi negara di mata dunia.

Related Posts

17 thoughts on “Dawn Raid Malaysia: Cerita Misteri Tak Ramai Tahu

    1. saya setuju, memang menarik dan dah macam filem hollywood

  1. Peristiwa Dawn Raid Malaysia merupakan sejarah yang menarik dan unik. Ia menunjukkan keberanian Malaysia dalam mengambil alih syarikat Guthrie, memberi kesan positif kepada negara daripada segi ekonomi dan politik, serta menunjukkan bahawa Malaysia bukanlah sebuah negara yang rela tunduk kepada desakan ekonomi British.

    1. setuju, Malaysia ada kekuatan tersendiri sebagai sebuah negara dan boleh bangkit melawan.

  2. Memang saya tidak mengetahui apa-apa tentang Dawn Raid Malaysia. Cukup menarik membaca perkongsian ini.

    1. terima kasih kerana datang, Dawn Raid ada peristiwa tersendiri dan memang menarik

  3. ms tengok video ttg ni.. rasa bercampur baur… terima kasih sgt jasa Tun Ismail Ali (bekas Gabenor BNM kedua) dan allahyarham Tan Sri Khalid Ibrahim mereka benar-benar pakar ekonomi malaysia

    1. betul, semoga roh mereka ditempatkan bersama orang yang soleh

    1. yes very interesting and i think someone should make a movie regarding this incident.

  4. Good article! at least masyarakat tahu tentang apa itu RAID dan masyarakat kena tahu apa yang mengakibatkan ia terjadi dalam dunia hari ini

    1. terima kasih dan kami cuba tulis artikel menarik lain di lain waktu

  5. menarik cerita pasal Dawn Raid ni. baru tahu cerita di sebalik nama Guthrie ni. yang tahu lebuhraya Guthrie je. hehe

    1. haha, nama Guthrie banyak kenangan dan bagus cerita ni dihebahkan

  6. Ini pun antara story yang takkan pernah kita lupa kan walaupun masa tue sangat muda, but heard about it boleh cause goosebump wor! Yeah, kalau ada documentari about this would be great, sedangkan cite 1 sen pun dah ada movie tersendiri kan!

  7. Down raid Malaysia pertama kali iena dengar, Baru iena tau pasal down raid ni .Perkongsian yang bermanfaat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *