4 Cara Buka Akaun SSPN Untuk PTPTN

Kali ini kami ingin berikan cara untuk anda buka akaun SSPN untuk PTPTN. Sejak beberapa tahun lepas, pihak PTPTN telah mengenakan syarat, di mana, setiap mereka yang ingin memohon pinjaman daripada PTPTN, salah satu syarat wajib yang mesti dilakukan adalah untuk anda membuka 1 akaun SSPN. Lepas ada akaun SSPN-i ini, barulah anda boleh mendaftar untuk permohonan pinjaman pendidikan tersebut.

Artikel pada kali ini adalah khusus untuk anda yang datang ke blog ini untuk tujuan tersebut. Kami akan guide satu persatu bagaimana untuk anda membuka akaun dengan SSPN dan seterusnya, membolehkan anda untuk membuka akaun pinjaman pendidikan dengan pihak PTPTN. Juga, beberapa syarat tambahan yang anda perlukan untuk permohonan tersebut.

Pendaftaran Permohonan Pinjaman PTPTN

Untuk info, ada 4 cara permohonan untuk pinjaman PTPTN ini, berikut adalah antara beberapa cara yang anda perlu ikuti sebelum mendaftar. Pastikan ada 4 item di bawah ini sebelum membuat pendaftaran ye;

1 Menerima tawaran IPT

Kalau tak ada terima tawaran daripada IPT, macam mana nak buat pendaftaran kan. Kami yakin, jika anda datang ke blog ini, pastinya anda sudah menerima tawaran dan jika belum, pastikan sudah dapat tawaran daripada IPT sama ada universiti, kolej swasta mahupun kolej vokasional seperti Politeknik, IKM dan sebagainya. Dah ada tawaran, baru boleh ke lawan web ini.

2 Mempunyai Salah Satu No Akaun SSPN

Macam mana nak ada no akaun kalau tak daftar lagi kan. Untuk memudahkan anda, pendaftaran SSPN boleh dilakukan secara online sahaja sekarang ini. Boleh klik link di bawah ini untuk memudahkan pendaftaran sama ada bagi pihak anda ataupun pihak anak.

>>KLIK Untuk pendaftaran SSPN-i secara online<<

Dari situ, anda boleh pilih banyak pakej pembukaan akaun dan jika anda nak membuat simpanan pun tiada masalah. Jika anda seorang penjaga, boleh gunakan apa yang SSPN ini offer untuk pengurangan cukai. Info lebih lanjut berkenaan dengan info ini ada saya tulis di ARTIKEL INI.

3 Mempunyai Akaun Bank Panel Mengikut IPT Anda

Bank apa yang IPT anda bakal gunakan? Nak tahu lebih lanjut memang kena rujuk pihak admin IPT masing-masing kerana setiap IPT mempunyai bank panel yang berlainan. 

4 Membuat Semakan Jadual Permohonan dan Bayaran Pinjaman

Pastikan yang anda sudah membuat semakan jadual bayaran pinjaman dan permohonan selepas membaca artikel ini. Tarikh permohonan PTPTN juga adalah mengikut waktu tertentu sahaja dan ianya bergantung kepada tarikh tersebut untuk permohonan.

Dah ada keempat-empat item ini, barulah boleh membukan akaun dengan PTPTN. Berikut adalah antara langkah-langkah mudah yang anda perlu lakukan untuk permohonan dana pinjaman pendidikan.

Seterusnya anda boleh ke LINK Manual dan cara pendaftaran INI bagi tujuan untuk membuat pendaftaran. Pastikan anda sudah mempunyai keempat-empat item yang saya sebutkan di atas terutama sekali item no 2, berkenaan dengan akaun SSPN-i. Apabila sudah ada keempat-empat item ini, barulah pendaftaran akan menjadi lebih mudah.

Dapatkan PIN dari BSN

Ada satu cara lain untuk membukan akaun dengan PTPTN, ianya adalah dengan anda membeli PIN no daripada mana-mana cawangan BSN di seluruh Malaysia. Bila sudah ada PIN tersebut pun anda masih kena mendaftar secara online dan wajib ada akaun SSPN untuk proses yang seterusnya. Boleh rujuk pada pautan yang kami berikan di atas untuk info lanjut.

Leave a Reply