Cara Nak Buka Akaun SSPN Untuk Anak – Langkah Mudah

Blog ini memang team kami fokus berkenaan dengan info-info seperti pelaburan hartanah, saham dan pinjaman perumahan. Akan tetapi ada satu faktor lain yang kami ingin berikan info kepada anda untuk kali ini iaitu berkenaan dengan faktor cukai. Cukai merupakan antara faktor yang penting untuk rakyat Malaysia dan kali ini kami ingin berikan tips potongan cukai melalui SSPN. Iaitu berkenaan dengan cara dan tips untuk buka akaun SSPN untuk anak.

Bukan sahaja untuk anak, artikel pada kali ini adalah berkenaan dengan cara pembukaan akaun SSPN dan manfaat yang anda boleh dapat daripada pembukaan akaun tersebut. Yang paling penting sekarang, semuanya mudah kerana pembukaan akaun SSPN ini boleh dilakukan secara online! Bukan seperti beberapa tahun dahulu yang anda perlu untuk ke bank terdekat dan buka akaun di sana.

Buka Akaun Bertambah Mudah Sekarang Ini

Nak buka akaun SSPN ini tidak susah, apa yang anda perlu lakukan adalah anda pergi je link di bawah ini dan anda boleh membuka akaun SSPN dengan cepat dan mudah.

>>Buka Akaun SSPN-i KLIK LINK INI<<

Di sana, semua info berkenaan dengan cara dan tips untuk buka akaun SSPN ada di sana. Apapun, berikut adalah berkenaan dengan manfaat yang anda boleh dapatkan dengan melanggan pakej daripada SSPN ini.

1). *Pelepasan taksiran cukai sehingga RM15,000. 

2). *Manfaat perlindungan sehingga RM1,000,000. 

3). *Khairat kematian termasuk pasangan dan sehingga 3 orang anak. 

4). *Manfaat takaful bagi 36 penyakit kritikal.

Menarik kan? Di laman web tersebut juga anda boleh memilih 6 pakej yang ditawarkan daripada pakej Nilam yang berharga RM30 sebulan sehinggalah kepada pakej Berlian yang berharga RM500 sebulan. Pilihan di tangan anda. 

Yang paling penting adalah, simpanan di SSPN ini menawarkan 3 kebaikan serentak kepada anda, iaitu;

  1. Manfaat simpanan untuk anak 
  2. Manfaat takaful untuk anak
  3. Manfaat pelepasan cukai taksiran sehingga RM15000

Menarik kan dengan hanya membuat simpanan seperti ini anda boleh mendapat semua manfaat yang dinyatakan.

Nak buka akaun sendiri ataupun daftar akaun SSPN untuk anak tidak susah dan ianya sangat mudah sekarang ini.

Tiada Lagi Agen SSPN Seperti Dulu

Untuk anda yang tercari-cari, sekarang memang dah tiada lagi agen SSPN di bank-bank berkaitan dan jika anda ingin membuat pendaftaran pakej ini, apa yang anda perlukan adalah untuk daftar secara online sahaja. Memang ada yang ingin membuka akaun dengan tujuan untuk PTPTN. Proses tetap sama dan pendaftaran hanyalah melalui akaun secara online sahaja.

Kategori 1 – Warganegara Malaysia berumur 1 hari hingga 29 tahun. Pembukaan akaun SSPN -i ini dilakukan oleh ibu bapa/ penjaga yang sah dan warganegara Malaysia yang lain untuk menerima manfaat.

Kategori 2- Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun sehingga mencapai 29 tahun mempunyai pilihan sama ada untuk membuka akaun individu atau menjadi penerima manfaat di mana akaun dibuka oleh ibu bapa/ penjaga yang sah/ warganegara Malaysia yang lain.

Kategori 3 – Warganegara Malaysia yang berumur 29 tahun ke atas, perlu membuka akaun SSPN ini secara individu.

Apapun Secara Ringkas untuk pembukaan akaun ini.

KLIK LINK INI

Kemudian klik butang Daftar seperti dalam gambar

Ikuti arahan seterusnya dan anda sudah boleh membukan akaun seperti biasa dan mengikut pakej yang anda mahukan.

Leave a Reply