Nak jadi jutawan hartanah? Sebenarnya ramai yang sudah mula berjinak-jinak untuk membuat pelaburan dalam hartanah. Tetapi tidak tahu bagaimana untuk bermula dan ingin mendapatkan info berkenaan dengan pelaburan hartanah. Ramai jutawan pelaburan hartanah muda yang saya kenal juga bermula dari bawah, dari tiada apa-apa kepada mereka yang mempunyai portfolio berjuta-juta ringgit. Semuanya bermula daripada satu pelaburan kecil yang mereka buat dan kemudian pelaburan-pelaburan yang seterusnya. Tidak mustahil jika anda juga mampu untuk melakukan perkara yang sama.

pelaburan hartanah

Langkah untuk jadi jutawan hartanah tanpa modal

Untuk menjadi jutawan hartanah tanpa modal, apa yang anda perlu lakukan adalah untuk melakukan dan mencari deal-deal pelaburan hartanah yang tanpa modal. Rujuk artikel ini untuk maklumat lanjut.

Note : Baca pendedahan saya 5 teknik pelaburan hartanah buat untung

#1 Lengkapkan diri anda dengan ilmu pelaburan hartanah

Kalau anda ingin menjadi jutawan seperti jutawan hartanah melayu yang lain, perkara pertama yang anda kena lakukan adalah lengkapkan diri anda dengan pengetahuan tentang pelaburan hartanah. Ilmu adalah perkara yang sangat penting, dengan ilmu dan teknik yang betul insyaAllah akan ada banyak deal-deal menarik untuk pelaburan hartanah yang boleh anda dapatkan.

Kat mana nak dapatkan ilmu pelaburan hartanah ini?

Banyak info yang anda boleh dapatkan di internet, tetapi semua ini memakan masa kerana maklumat yang tidak tersusun yang ada di blog-blog di internet. Saya rekeman anda dapatkan Panduan Pelaburan Hartanah ini kerana ianya adalah antara teknik pelaburan hartanah terbaik lengkap dengan temubual bersama otai-otai hartanah. Anda akan mendapat pengalaman daripada otai-otai rumah lelong, rumah sublet, rumah subsale, komersial dan lain-lain lagi. Jadi memang berbaloi.

#2 Aplikasikan apa yang anda belajar daripada pelaburan hartanah tersebut

Tidak ada gunanya kalau apa yang anda belajar tetapi tiada aplikasi daripada apa yang anda belajar. Bagi saya ebook di atas sudah memadai untuk bermula dengan pelaburan hartanah. Beli saja jangan ragu. Apa yang penting adalah pelaburan hartanah yang anda beli memberikan positiv cashflow setiap bulan. Maksudnya, anda tetap dapat pulangan setiap bulan daripada pelaburan yang anda lakukan. Misalkata bayaran installment bank sebanyak RM500, sewa RM700, maka anda dapat tambahan RM200 setiap bulan. Ianya memang satu pelaburan yang berbaloi.

#3 Mulakan pelaburan anda dengan ‘small deal’

Maksud small deal di sini adalah pelaburan yang kecil. Tidak digalakkan untuk bermula dengan rumah yang berharga RM600k, tetapi anda boleh bermula dengan pelaburan hartanah untuk rumah yang berada di bawah RM200k. Banyak rumah dan apartment yang anda boleh dapatkan dengan harga itu, dan kemudian apa yang anda boleh buat adalah menyewakan semula apartment tersebut dengan harga yang lebih tinggi daripada harga installment bank. Khas untuk anda juga, kalau anda ingin tahu berapa kos yang diperlukan untuk membeli sebuah rumah, boleh Download file excel di SINI. Ianya adalah anggaran kos yang diperlukan untuk membeli sebuah rumah.

Lakukan pelaburan seperti ini untuk beberapa biji rumah dan sehingga anda mencapai amount yang anda inginkan setiap bulan. Small deal sebegini adalah sangat penting untuk membina keyakinan kepada anda untuk melakukan lebih lagi dalam pelaburan hartanah. Bila sudah biasa dengan small deal ini, bolehlah pergi ke fasa seterusnya di mana anda boleh memulakan pelaburan hartanah anda dan mendapatkan big deal yang ada di sekitar anda. Anda boleh membeli studio unit, komersial dan lain-lain lagi.

Jangan Berlengah, take action now

Kalau anda serious untuk menjadi pelabur hartanah, be serious, take action now. Kalau tak tahu macam mana nak mula tu, panduan INI memang boleh bantu anda untuk dapatkan info dan ilmu berkenaan dengan pelaburan hartanah. Kalau tidak, banyak lagi info lain yang ada yang anda boleh dapatkan di blog-blog dan forum-forum untuk ilmu pelaburan hartanah anda. Tetapi saya tak galakkan untuk anda membaca forum kerana anda akan mendapat terlalu banyak informasi melainkan anda boleh filter semua informasi tersebut.

Semoga berjaya menjadi seorang jutawan pelaburan hartanah.