Ramai yang mencari tips dan teknik pelaburan hartanah yang menguntungkan. Sebenarnya ada banyak tips pelaburan hartanah yang pastinya menjanjikan banyak pelaung kepada semua untuk berjaya dalam pelaburan hartanah. Pelaburan hartanah mempunyai masa depan yang cerah selagi mana ada orang yang ingin mencari tempat tinggal di sesuatu kawasan. Pertambahan penduduk yang semakin bertambah juga bilangan tanah yang semakin sikit menyebabkan pelaburan hartanah adaha satu jenis pelaburan yang digemari.

pelaburan hartanah

Apa Itu Pelaburan Hartanah?

Pelaburan hartanah adalah pelaburan yang membabitkan pelaburan rumah atau tanah. Kebiasaan kalau disebut pelaburan hartanah merangkumi pelaburan dengan rumah kediaman atau rumah kedai. Keuntungan melalui sewaan atau capital appreciation iaitu beli rumah di sesuatu kawasan pada harga rendah dan jual semula rumah tersebut masa harga tinggi.

Apapun saya nak ucapkan tahniah kepada anda kerana membaca artikel ini, pastinya ada berminat atau ingin tahu berkenaan dengan pelaburan hartanah dengan lebih lanjut. Soalan seterusnya yang pasti bermain di minda anda, bagaimana nak bermula dengan pelaburan hartanah?

Bagaimana nak buat Pelaburan Hartanah?

Apapun yang anda mahu buat, pastikan ia bermula dengan ilmu yang betul berkenaan dengan pelaburan harta tanah. Jika salah melabur, kerugian yang anda akan tanggung adalah selama berpuluh-puluh tahun. Jadi, untuk mengelak kesilapan, dapatkan ilmu pelaburan hartanah yang betul untuk berjaya. Banyak seminar pelaburan hartanah yang ada sekarang ini, ataupun saya rekemen panduan pelaburan hartanah INI. Memang terbaik.

Otai-otai yang disebut dalam panduan tersebut memang membuat hartanah jenis ini. Boleh dapatkan ebook tersebut.

#1 Hartanah Lelong

Hartanah lelong adalah hartanah yang kebanyakannya boleh didapati di bawah harga pasaran. Kalau kena jenis hartanah yang betul, memang boleh buat untung besar untuk hartanah lelong sahaja. Beli pada harga murah dan sewakan. Tetapi awas, ada beberapa perkara yang anda harus periksa dan ada checklist untuk hartanah lelong ini. Antara checklist tersebut adalah;

1) Periksa bil-bil tertunggak termasuk Elektrik, Air, Cukai, Maintenence dan lain-lain.

2) Cash yang banyak (10% deposit+ yuran guaman + kerosakan). Anda boleh dapat semula duit ini dengan teknik yang betul. Saya cadangkan anda tambah ilmu pelaburan hartanah lelong. Ada pembiayaan khas untuk ini.

3) Rumah berpenghuni ataupun tidak. Jika rumah berpenghuni lebih sukar. Lebih baik cari rumah yang kosong untuk anda beli.

Nak info rumah lelong, boleh tengok video di bawah ini.

#2 Homestay

Homestay adalah salah satu jenis pelaburan hartanah yang popular masa kini. Tidak hairan kalau ada yang sudah memiliki berpuluh homestay untuk mereka laburkan. Jujurnya, saya tidak biasa dengan homestay, terutama dalam aspek perlu kemas semula selepas pengunjung pergi, perlu check in dan check out. Apapun pelaburan homestay adalah antara pelaburan yang bagus.

#3 Beli dan sewakan

Jujurnya saya lebih gemar untuk pelaburan jenis ini. Beli dan sewakan, tiap-tiap bulan ada duit tambahan yang membantu menambah kekayaan anda. Apa yang perlu buat adalah pastikan hartanah yang anda ingin beli bakal memberikan positive cashflow. Bermaksud, kalau harga sewa rumah tersebut adalah RM700, bayaran kepada bank pula adalah RM500, RM200 adalah lebihan yang anda bakal terima. Memang berbaloi. Cari hartanah jenis macam ini dan elakkan hartanah yang memberikan negative cashflow. Macam mana nak cari, boleh dapatkan tips di Panduan Pelaburan Hartanah INI.

#4 Beli dan jual semula

Beli hartanah dan jual semula hartanah tersebut adalah satu jenis pelaburan spekulatif. Tidak ramai yang menggunakan cara ini sekarang disebabkan sekatan yang dilakukan pihak bank negara untuk mengelak aktiviti spekulatif ini. Saya pun tak galakkan anda buat pelaburan jenis ini melainkan anda mempunyai cash yang banyak. Khas untuk ini, kalau anda nak tahu anggaran kos yang perlu ada untuk pembelian rumah, boleh dapatkan file tersebut di SINI. Ianya Percuma dan memudahkan anda untuk menganggar jumlah yang perlu dikenakan untuk pelaburan rumah.

hartanah komersial

#5 Hartanah Komersial

Hartanah komersial adalah salah satu jenis pelaburan hartanah yang berada dalam bidang yang tersendiri. Teknik pelaburan hartanah komersial agak berbeza dengan hartanah kediaman. Banyak yang perlu anda belajar kalau anda ingin mendalami dan memilih pelaburan jenis ini. Hartanah ini memerlukan cash yang besar disebabkan bangunan komersial yang memang menelan belanja yang tinggi. Nasihat saya, kalau anda baru bermula, mulakan dengan hartanah yang middle cost dahulu, bila dah ada pengalaman, barulah pergi ke hartanah komersial.

Begitulah sedikit sebanyak 5 strategi pelaburan hartanah yang anda patut tahu. Apa yang penting, anda bermula kecil, beli hartanah yang anda mampu beli seperti medium cost apartment dan sewakan. Mula dari situ, sikit demi sikit untuk dapatkan hartanah lain pada harga yang berbaloi. Ini adalah beberapa tips melabur hartanah yang paling berkesan untuk berjaya.

Jangan lupa pelaburan ilmu, seminar hartanah untuk dapatkan teknik pelaburan hartanah yang popular dan panduan INI antara yang saya rekemen untuk anda sukses dalam pelaburan Hartanah. Apapun, semoga berjaya.