Prosedur Jual Beli Rumah – Kenapa Perlunya Agen?

Akan sentiasa sahaja orang yang ingin menjual rumah mereka dan pada masa yang sama, ada juga mereka yang ingin membeli rumah. Proses penjualan sentiasa berlaku terutama dalam dalam market “subsale”. Jadi, untuk hari ini, kami ingin berikan sedikit info berkenaan dengan prosedur jual beli rumah terutama dalam proses penjualan rumah agar anda tidak melakukan kesilapan. Proses penjualan rumah tidaklah terlalu sukar tetapi anda perlukan sedikit teknik agar ianya berjalan dengan lancar.

Kalau anda cuba menjual rumah anda sendiri, ada beberapa aspek yang anda perlu ambil kira. Ianya mudah sahaja, yang pertama adalah macam mana anda nak tahu harga pasaran rumah yang anda ingin jual. Yang kedua adalah faktor marketing, apa akses marketing yang anda ada agar lebih ramai pembeli yang dapat lihat iklan anda. Apapun, kami akan cuba detailkan satu-satu agar lebih mudah untuk anda memahami proses ini.

Periksa Harga Pasaran Rumah

Paling mudah adalah untuk anda lihat pesaing lain jual harga berapa untuk rumah yang sama di kawasan yang sama. Paling cepat, anda lihat di mudah.my. Sebagai contoh, ada agen A jual rumah di kawasan tersebut pada harga RM250k, agen B pula jual pada harga RM255k, jadi anda dah boleh agak berapa harga di kawasan tersebut tanpa perlu rujuk kepada pihak jurunilai. Apa jadi kalau anda cuba jual melebihi harga yang ditawarakan di kawasan tersebut? Pastinya ianya akan mengambil masa yang lebih lama.

Untuk kebanyakan client saya, saya memang advise berdasarakn kepada competiton di mudah.my. Dari situ memang dah boleh agak berapa harga yang patut untuk anda jual. Mudah kan, memang mudah dan ianya tidak perlu terlalu complicated.

Pengiklanan

Tujuan untuk anda iklankan rumah anda tidak lain untuk bagi lebih banyak exposure agar lebih ramai yang nampak iklan tersebut. Lagi banyak akses, lagi tinggi kebarangkalian untuk anda “close deal”. Untuk info, anda boleh iklankan satu rumah secara percuma di Mudah.my. Tetapi ingat, Apabila anda iklan di mudah secara percuma, anda akan dihujani dengan panggilan dan whatsapp dari pelbagai agen. Ianya akan mengganggu anda dalam proses penjualan.

Selain dari itu, anda boleh iklankan di Facebook, dan lain-lain media social milik anda. Iklan di media social milik personal adalah sangat tidak efektif tetapi boleh cuba.

Perunding Hartanah ataupun mereka yang memiliki REN pula mempunyai akses kepada banyak portal pengiklanan seperti mudah.my proniaga, iproperty, propertguru dan lain-lain. Ianya secara tidak langsung meningkatkan kebarangkalian untuk sesebuah rumah terjual. Sekali lagi, lebih banyak exposure rumah anda kepada pembeli, lebih tinggi kebarangkalian untuk rumah tu terjual.

 

Dah Ada Pembeli, Seterusnya Macam Mana?

Dah ada pembeli, anda boleh minta pembeli untuk ke bank dan proceed dengan pinjaman rumah. Kena dapatkan bank yang betul untuk bakal pembeli agar permohonan pinjaman cepat lulus. Pengalaman saya, jika anda ke kebanyakan branch bank, dan cuba untuk membuat permohonan pinjaman rumah dari sana, ada sesetengah bank yang tidak biasa dengan proses pinjaman rumah akan melambatkan lagi perjalanan pinjaman anda. Kalau kenal dengan banker yang dah biasa buat pinjaman rumah adalah lebih baik.

Proses Guaman

Apabila pinjaman perumahan dah selesai, apa yang anda perlu lakukan adalah untuk proses guaman. Kena pastikan yang peguam anda lantik memang biasa dengan proses jual beli rumah kerana kalau tidak biasa, akan mengambil masa yang lebih lama.

Apa Yang Perunding Hartanah Boleh Bantu?

Perunding hartanah boleh selesaikan masalah dan mempercepatkan proses daripada periksa harga pasaran dengan bank, harga competitor, pengiklanan, loan dengan bank dan proses guaman. Ianya lebih memudahkan dan kebanyakan perunding hanya mengenakan komisyen sebanyak 3% daripada harga jual.

Apapun, boleh isi borang di bawah ini jika anda ingin dapatkan harga pasaran secara PERCUMA.

>>KLIK Untuk Kami Periksa Harga Pasaran Secara PERCUMA<<

Dalam sesetengah kes, yang paling penting adalah exposore rumah yang ingin anda jual kepada pembeli. Di sini peranan agen yang mempunyai REN adalah sangat penting di mana mereka mempunyai akses kepada banyak portal penjualan hartanah di Malaysia. Lagi banyak exposure, lagi banyak peluang untuk rumah tersebut terjual. Kalau nak cuba jual sendiri pun tak ada masalah. Apapun, selamat menjual dan ini adalah sedikit sebanyak prosedur dalam proses jual ataupun beli rumah.

Leave a Reply