Macam mana cara nak check coverage Unifi? Unifi adalah antara servis yang membolehkan anda untuk mendapatkan coverage internet yang berpatutan dan laju. Kalau kawasan anda memang ada coverage unifi, apa salahnya untuk anda dapatkan liputan unifi di rumah anda.
Jika dahulu kita mungkin boleh menganggap manusia tidak akan mampu hidup tanpa makanan, dan minuman sahaja. Sebaliknya hari ini, manusia juga tidak mampu hidup tanpa jaringan internet, dan capaian komunikasi antara satu sama lain.
Artikel pada kali ini, kami ingin berkongsi kepada anda tentang bagaimana caranya untuk kita semak coverage Unifi sebelum membuat apa-apa keputusan membeli pakej internet yang dijual di pasaran.
Apa itu Unifi?
Unifi adalah sebuah perkhidmatan jalur lebar yang menggunakan gentian optik untuk menyalurkan internet berkelajuan tinggi kepada telefon, dan Internet Protocol TV (IPTV) ke rumah anda sehingga 20Mbps.
Teknologi yang digunakan pula bergantung kepada jenis premis anda. Sekiranya anda duduk di rumah biasa, Fibre to the Home (FTTH) akan digunakan. Sedangkan bagi bangunan tinggi pula, teknologi yang dipakai adalah Very High Speed Digital Subscriber Line 2 (VDSL 2). Kedua-duanya mempunyai kelebihan, dan kekurangan yang tersendiri bergantung kepada cara penggunaan anda.
Kebaikan Unifi
Apa yang Unifi mampu lakukan sudah tentu dapat memudahkan kerja harian anda sebagai seorang pengguna internet. Unifi mampu untuk memberikan anda pengalaman yang terbaik dalam talian seperti menonton video di Youtube tanpa isu lagging, dan sebagainya.
Selain itu, ia juga menjimatkan masa anda sekiranya anda perlu memuat turun fail yang besar atau menjalankan Windows update 20 kali ganda lebih cepat daripada sebelumnya.
Kini, membuat panggilan video Skype, bersama rakan-rakan, buka media sosial, dan sebagianya tidak menjadi satu masalah lagi. Kualiti video, dan audionya juga amat baik.
Pakej yang ditawarkan kepada pengguna Unifi
Unifi menawarkan pakej jalur lebar yang sangat berpatutan, dan mampu dimiliki oleh semua orang bermula dari RM 59 sebulan sehinggalah RM 349 sebulan.
- RM89, Kelajuan 30Mbps – Sesuai untuk keluarga kecil. Maksimum peranti yang boleh dihubungkan adalah sebanyak 2 peranti sahaja
- RM129, Kelajuan 100Mbps – Maksimum peranti yang boleh dihubungkan adalah sebanyak 5 peranti. Ia sesuai untuk anda yang selalu livestreaming, game online, dan sebagainya
- Unifi Plus Box (UPB). Sesuai untuk anda yang perlukan TV atau rancangan televisyen yang menarik dibawah ultimate package
- RM149, Kelajuan 30Mbps – Boleh di pakai oleh 1 hingga 2 orang. Maksimum peranti yang boleh dihubungkan adalah sebanyak 2 peranti sahaja
- RM189, Kelajuan 100Mbps – Boleh di pakai oleh 2 hingga 3 orang. Maksimum peranti yang boleh dihubungkan adalah sebanyak 5 peranti
- RM199, Kelajuan 300Mbps – Boleh di pakai sehingga 6 orang. Menariknya, ia mampu menghubungkan banyak peranti
- RM249, Kelajuan 500Mbps. Sesuai bagi kegunaan berat lebih dari 10 pengguna. Mampu menghubungkan banyak peranti dalam masa serentak. Memberi kualiti video setinggi 4K, HD streaming, dan mendapat full signal bagi coverage Unifi
- RM349, Kelajuan 800Mbps. Sesuai bagi kegunaan berat lebih dari 10 pengguna. Mampu menghubungkan banyak peranti dalam masa serentak. Memberi kualiti video setinggi 4K, HD streaming, dan mendapat full signal bagi coverage Unifi
Untuk mendapatkan informasi yang lebih tentang pakej ini, anda boleh klik pada link di bawah ini.
Alternatif kepada Unifi pula anda boleh dapatkan info lebih lanjut di SINI.
Bagaimana cara untuk menyemak coverage Unifi?
Anda boleh menyemak coverage Unifi dengan beberapa cara yang mudah, dan ringkas. Ianya tidak memerlukan banyak data yang perlu diisi kerana semua maklumat yang tepat dapat diakses dengan pantas hanya dengan sekali klik sahaja.
1. Semak coverage Unifi dalam laman web Unifi.com
Langkah 1: Tekan pada pautan ini, https://unifi.com.my/check-coverage
Langkah 2: Masukkan alamat rumah anda
Langkah 3: Kotak cadangan di bawah akan mengesyorkan kawasan yang paling tepat untuk dipilih
Langkah 4: Klik pada kawasan yang dinyatakan di kotak cadangan
Langkah 5: Anda mempunyai pilihan untuk memilih coverage Unifi Air atau 4G
Langkah 6: Pilih mana-mana coverage yang anda mahukan. Sekiranya anda memilih 4G, kawasan yang diwarnakan biru di maps menandakan terdapatnya 4G coverage. Dan jika anda memilih Unifi Air, kawasan yang diwarnakan hijau di maps menandakan terdapatnya Unifi Air coverage
2. Semak coverage Unifi menggunakan aplikasi Open Signal
Langkah 1: Muat turun aplikasi Open Signal dari Google Play Store atau Apps Store
Langkah 2: Buka aplikasi Open Signal anda.
Langkah 3: Klik pada butang “Location”. Ia terletak pada bahagian bawah.
Langkah 4: Masukkan alamat rumah atau lokasi anda berada dengan lengkap
Langkah 5: Kemudian, pilih syarikat yang anda ingin semak di kotak Operator
Langkah 6: Imej maps yang diwarnakan hijau menandakan yang kawasan itu mempunyai coverage yang kuat. Sedangkan warna merah membawa maksud, ia mempunyai coverage yang lemah
Langkah 7: Klik pada butang “Compare performance” di bahagian bawah maps untuk membandingkan coverage dari operator yang lain
Langkah 8: Anda boleh membandingkan Unifi dengan operator yang menyediakan servis jalur lebar lain seperti Celcom, Digi, Maxis, dan Umobile
3. Semak coverage Unifi melalui balasan email
Langkah 1: Tekan pada puatan ini, https://www.unifi-tm.my/liputan-unifi/
Langkah 2: Isikan butiran peribadi yang dikehendaki seperti nama, alamat emel, nombor telefon, dan alamat rumah dengan lengkap. Pastikan alamat emel dan juga no telefon adalah akfti agar pihak Unifi dapat menghubungi anda
Langkah 3: Setelah lengkap, klik pula pada butang “Semak Liputan”
Langkah 4: Anda akan mendapatkan emel balasan dalam masa 24 jam
4. Semak coverage Unifi dari Unifi Mobile
Langkah 1: Tekan pada puatan ini, https://unifi.com.my/personal. Anda akan dibawa ke halaman rasmi Unifi
Langkah 2: Kemudian, pilih pilihan untuk “Mobile”
Langkah 3: Pilih pula sub-menu dengan menekan butang “Postpaid”
Langkah 4: Pada laman seterusnya, di bawah menu tab untuk “Postpaid”, terdapat menu Klik pada butang “Coverage” yang berada di bawah butang “Support”
Langkah 5: Masukkan alamat penuh di ruangan yang disediakan
Langkah 6: Anda sudah boleh menyemak coverage Unifi di kawasan terdekat anda
Dah semak Unifi, bolehlah buat pendaftaran terus. Pakej internet yang agak murah dan stabil. Nak buat pendaftaran boleh ke LINK SINI.
3 tips dalam memilih pakej unifi untuk kegunaan di rumah
Membuat perancangan, dan memasang kemudahan Unifi di rumah atau lokasi anda tidak sukar sebenarnya sekiranya anda faham keperluan, dan kemampuan anda sendiri. Mengapa kami mementingkan keperluan kerana anda tidak boleh lari dari penggunaan internet pada setiap hari.
Internet sudah menjadi perkara asas dalam kehidupan, tanpanya mungkin banyak kerja harian anda yang akan tergendala. Oleh itu, anda tidak boleh pilih pakej terlalu murah kerana risau ia tidak mampu memenuhi keperluan harian anda. Namu begitu, faktor kemampuan juga tidak boleh diambil remeh kerana andalah nanti yang akan bertanggungjawab untuk berdepan dengan hutang bil internet pada setiap hujung bulan.
Anda boleh tengo di bawah cara untuk dapatkan internet berkualiti selain daripada pakej Unifi.
Buat pilihan pakej Unifi mengikut kemampuan diri
Ambil tahu status kewangan, ekonomi diri, dan komitmen yang anda tanggung setiap bulan. Lakukan kira-kira untuk jangka masa panjang, Pastikan pakej yang diambil nanti tidak menjadi beban yang ditanggung kepada anda.
Kira bilangan pengguna, dan kadar pengguna di rumah
Apa yang akan berlaku sekiranya anda ambil pakej Unifi yang murah, tetapi pengguna yang menggunakannya di dalam rumah terlalu ramai? Sudah tentu, capaian internet tidak mampu sampai dengan cepat.
Kesannya, banyak kerja anda yang akan tergendala kerana isu lagging yang sangat teruk.
Baca, dan fahamkan terma dan syarat pakej Unifi yang anda pilih
Tiga perkara penting yang perlu anda ambil serius dalam terma dan syarat adalah kontrak, bayaran pendahuluan, dan penalty.
- Pastikan anda mampu untuk mengikat kontrak selama 2 tahun bersama Unifi
- Pastikan anda mampu membuat pembayaran RM 100 dalam tempoh 10 hari selepas proses pemasangan Unifi di lokasi anda
- Pastikan anda tidak sesekali menamatkan akaun Unifi anda sebelum cukuo tempoh 2 tahun, sekiranya tidak mahu dikenakan denda penalti
Diharapkan artikel berkenaan dengan cara check coverage Unifi ini dapat memberikan anda pengetahuan yang berguna untuk merancang penggunaan jalur lebar internet dengan lebih bijak. Banyak manfaat yang boleh anda perolehi dari penggunaan internet yang betul. Oleh itu, wujudkan persekitaran yang positif setiap kali anda masuk dalam dunia dalam talian.
Originally Nell punya internet service provider is Unifi ni… tapi bila pindah to my new house, i terpaksa tukar provider sebab coverage issue… but no doubt I had good experience with this one, even mobile pun guna Unifi sekarang… 🙂 masa mereka launch dulu.. terbaik coverage dia…
dekat rumah memang guna unifi ..so far coverage ok…byk juga pilihan pakej…utk unifi mobile pn ada guna sebab ada dpt free simcard
Thanks sebab perkongsian ini. I yakin ada orang yang macam I, selalu depend on others to ensure all these are working at max capacity. Now I dah tau cara nak semak sendiri hehe
Memang menggunakan UNIFI sekarang ni. Laju memang laju tapi adakalanya macam down pulak UNIFI ni. Memang angin juga la kan. Tak boleh up dengan dunia luar.
pun boleh jadi juga ye, ingatkan unifi ni tak ada probem sangat, tapi biasala kalau ada problem sikit2.
Content berguna… Kat rumah lun guna unifi skrg sbb line laju sgt… Mudah lg2 kawasan kg.. Tp klo down pun susah juga..
bagusla line laju, tapi kalau ada coverage unifi ni, memang berbaloi guna.
Yes, sy pun pengguna Unifi dan ok-lah walaupun dulu mula-mula pasang Unifi agak seringkali bermasalah. Skarang ok sudah
bagus, kalau memang ada coverage unifi memang bagus untuk guna.
Ooo nice sharing, Sis memang rumah pakai uniFii, amik pakej Turbo, so far okay laju dan meletop hahaha.. tapi takpe nanti nak test check gak laaaa
kalau dah ada coverage, memang berbaloi pakai unifi ni. Boleh rekemen pada yang lain juga.
bagusla info dan tips yang diberikan.. lps ni kalau nak coverage unifi.. boleh semak seperti yang diajarkan 🙂
Ala kawasan kg kita masih belum sampai lagi Unifi ni macam mana huhuhu cepatlah masuk fiber kat kg senang buat kerja… Orang kampung pun dah canggih guna telefon dan internet sendiri sekarang