Cara Memohon Lesen Perniagaan Kecil-Kecilan

Macam mana cara memohon lesen perniagaan kecil-kecilan? Sekarang ni ramai yang dah mula untuk jana pendapatan sampingan dan ada banyak kes, perlukan untuk ada lesen perniagaan yang sah. Dah ada lesen perniagaan, barulah boleh nak berniaga dan mudahlah urusan dikemudian hari nanti.

Pada kali ini, kami nak berikan kepada anda info berkenaan dengan cara untuk dapatkan lesen perniagaan dan jenis lesen perniagaan yang anda perlu tahu. Memang ada banyak manfaat yang anda boleh dapat kalau anda ada lesen perniagaan sendiri nanti. Selain daripada untuk berniaga, anda boleh gunakan lesen yang anda dapat untuk membuat pinjaman rumah. Ianya bergantung juga kepada terma dan syarat, apapun, nak buat pinjaman rumah dan nak beli rumah, memang wajib ada lesen perniagaan sendiri.

Bermula dengan kecil-kecilan dan bila dah tahu selok belok perniagaan, bolehlah bina perniagaan yang lebih besar lagi. 

cara daftar perniagaan

Apa Itu Perniagaan Kecil?

Dalam bahasa mudah, perniagaan kecil adalah perniagaan yang memerlukan modal yang rendah dan minima sahaja. Perniagaan sebagai contoh melibatkan perniagaan makanan di daerah tertentu, ataupun perniagaan berasaskan online.

Perniagaan kecil yang berasaskan makanan yang boleh dihasilakan di rumah adalah antara perniagaan kecil-kecilan yang bagus. Adakalanya perniagaan tersebut tidak memerlukan tempat yang luas dan cukup hanya di kawasan rumah sahaja seperti perniagaan kedai runcit, perniagaan online dan lain-lain lagi.

Jenis-Jenis Perniagaan Kecil Yang Anda Boleh Ceburi

Memang ada banyak perniagaan kecil yang anda boleh ceburi dan nak tahu lebih lanjut. Saya pasti, anda yang datang ke blog ini, pasti sudah ada jenis perniagaan dan produk ataupun servis yang anda nak jual. Apapun berikut adalah antara beberapa perniagaan kecil yang boleh membantu anda untuk mendapatkan idea untuk menjual ataupun memasarkan produk untuk perniagaan anda. 

  • Penjaja – Dikategorikan dalam peniaga kecil
  • Gerai Majlis Perbandaran – Perlukan lesen majlis perbandaran
  • Kedai makan ataupun food court.
  • Pasar malam
  • Kedai runcit
  • Kedai makanan frozen
  • Jadi Seller di Shopee – pun dikategorikan sebagai perniagaan kecil. Anda pun boleh bermula dengan berniaga di Shopee secara kecil-kecilan ataupun part time. Nak jadi peniaga di Shopee saya rekemen untuk anda dapatkan info lanjut dengan baca artikel kami di SINI dan SINI.

Jangan lupa untuk baca sampai habis kerana selain daripada cara memohon perniagaan kecil-kecilan, kami juga berikan beberapa strategi untuk tingkatkan jualan anda melalui strategi marketing di akhir artikel ini. 

Langkah Memohon Perniagaan 

Ada beberapa syarat utama untuk memohon perniagaan ataupun lesen perniagaan yang sah. Warganegara Malaysia, berumur 18 tahun ke atas adalah antara syarat utama untuk memohon lesen perniagaan. Jangan lupa juga beberapa faktor di bawah yang anda perlu ambil kira sebelum memulakan perniagaan anda.

  • Nama perniagaan anda, boleh gunakan nama sendiri ataupun boleh gunakan nama yang lebih komersial.
  • Produk ataupun servis untuk perniagaan anda. Pastikan anda sudah tahu jenis perniagaan anda dan produk ataupun servis yang anda nak jual. Ianya akan lebih mudah dikemudian hari.
  • Milik perseorangan ataupun perkongsian, yang mana satu yang paling sesuai dengan apa yang anda mahukan.

Daftar Perniagaan di SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia)

Anda perlu utnuk mendaftar perniagaan anda dengan pihak ataupun portal SSM. Boleh sahaja untuk anda walk in ke mana-mana cawangan SSM terdekat dengan rumah anda. Cara lain, anda boleh mendaftar syarikat secara online sahaja.

Cara untuk mendaftar SSM secara online, anda boleh dapatkan info lanjut dalam artikel di SINI. Anda wajib ada SSM sebagai cara memohon lesen perniagaan kecil-kecilan yang efektif.

Apapun secara ringkas, berikut adalah cara untuk anda mendaftar SSM secara online sahaja.

Perkhidmatan Dalam Talian SSM (http://www.ssm.com.my/en/services_registration)

  • Klik SSM e-services
  • Klik SSM – Pendaftaran Perniagaan Baru (BORANG A)
  • Masukkan ID Pengguna, Kata Laluan dan klik log masuk
  • Klik Ok pada skrin yang tertera

Anda perlu untuk mengisi Borang A bagi tujuan untuk pendaftaran perniagaan. Jangan lupa untuk lampirkan sekali dengan lampiran kad pengenalan dan surat sokongan jika perlu.

Lesen Pernigaan Melalui Majlis Perbandaran 

Anda pun boleh memohon lesen perniagaan melalui majlis perbandaran masing-masing. Anda cuma perlu ke majlis perbandaran tempat anda berniaga sahaja untuk mendapatkan lesen berkaitan. Cuma perlu untuk saya ingatkan yang setiap kawasan mungkin berbeza untuk syarat mendapatkan lesen perniagaan. Adalah lebih baik untuk anda membuat panggilan telefon dahulu bagi mendapatkan detail dokumen yang diperlukan bagi memudahkan urusan. 

Strategi Untuk Sukses Dalam Perniagaan Anda

Ada beberapa cara dan strategi untuk membolehkan anda sukses dalam perniagaan anda. Antaranya adalah untuk anda memanfaatkan modal yang anda dan kemudian fokus kepada marketing. 

Berniaga Modal Minima Dahulu

Sebelum anda pergi lebih jauh, digalakkan untuk anda gunakan modal yang paling minima dahulu untuk berniaga. Dah nampak boleh berjaya dan dah tahu selok belok perniagaan, bolehlah mula melabur dengan modal yang lebih besar sikit. Antara strategi ataupun cara adalah dengan menggunakan teknik dropship dalam perniagaan anda.

Dropship – Antara Yang Anda Boleh Cuba

Kalau nak cuba berniaga dengan modal minima, memang boleh cuba strategi ataupun model dropship. Saya cadangkan dropship kerana ianya merupakan salah satu business model yang tak perlukan modal yang besar. Anda hanya perlu untuk fokus kepada strategi marketing sahaja. Boleh baca lebih detail di SINI.

Ada banyak cara dan strategi Dropship ini, anda boleh gunakan strategi dropship untuk perniagaan tudung. Boleh tengok video di bawah ini.

Anda pun boleh gunakan strategi dropship dengan modal yang minima dan juga, tak ada masalah untuk gunakan strategi Dropship untuk jual di Shopee. Apapun pilihan di tangan anda.

Manfaatkan Whatsapp Dan Facebook Untuk Tujuan Marketing

Anda mungkin sudah ada perniagaan sendiri ataupun sedang berfikir untuk ada perniagaan sendiri. Apa salahnya untuk manfaatkan Facebook dan Whatsapp melalui strategi yang bakal kami cadangkan di bawah ini.

Strategi Whatsapp Marketing Untuk Business

Untuk Whatsapp marketing, sekarang ini memang boleh gunakan strategi Whatsapp untuk dapatkan pelanggan. Memang mudah sahaja untuk bina berpuluh ribu database pelanggan Whatsapp sekarang ini. Anda cuma kena fokus dan bergantung kepada strategi teknikal yang mudah sahaja. Tak percaya, boleh tengok artikel di SINI untuk dapatkan info lanjut tentang strategi Whatsapp Marketing.

Strategi Facebook Marketing Untuk Perniagaan

Selain strategi Whatsapp, anda pun boleh gunakan strategi yang sama untuk Facebook Marketing. Macam mana strategi Facebook ini, secara mudahya anda cuba post iklan anda di Facebook group. Nampak simple tapi sangat efektif. Lebih menarik, anda cuba post iklan secara automatik dan bukannya manual. Macam mana tu, boleh baca lebih lanjut dalam artikel di SINI.

Sampai di sini sahaja artikel berkenaan dengan cara memohon lesen perniagaan kecil-kecilan. Harapnya artikel ini berikan info dan input kepada anda untuk memohon lesen perniagaan dan sedikit tips marketing dari kami untuk anda kembangkan perniagaan anda.

Related Posts

One thought on “Cara Memohon Lesen Perniagaan Kecil-Kecilan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *