Contoh Quotation Simple Untuk Perniagaan

Dalam artikel ini, kami nak tunjukkan contoh quotation dan macam mana cara untuk anda dapat buat quptation secara online. Kalau tak boleh nak buat online, tak ada masalah, sebab ada banyak sangat aplikasi yang anda boleh guna untuk buat quotation secara online. Artikel pada kali ini adalah sebagai satu panduan khusus kepada anda yang nak buat quotation tapi tak tahu nak mula dari mana.

Quotation ini adalah penting kerana ianya mengandungi maklumat produk dan harga yang dijual setelah pelanggan melakukan permintaan untuk sesuatu barang ataupun servis. Jika tiada Quotation, ada kemungkinan yang harga servis atau barangan berbeza dengan apa yang ditawarkan dan ini menyebabkan ketidakpuasan hati di kemudian hari.

Lebih mudah, quotation ini adalah tentang maklumat produk yang ingin dijual beserta dengan harga khusus untuk pelanggan.

contoh quotation

Apa Yang Perlu Ada Dalam Quotation

Berikut adalah beberapa perkara yang perlu ada dalam quotation. Biasanya dalam quotation akan mengandungi maklumat terperinci berkaitan dengan produk yang ingin dijual. Antara maklumat tersebut antaranya adalah;

  • Nama produk atau Code berserta keterangan seperti keadaan atau kondisi produk tersebut.
  • Jumlah Unit Produk dijual
  • Harga untuk setiap unit produk
  • Jumalah diskaun yang diberi jika dibeli secara pukal
  • Kaedah pembayaran

Apa yang paling penting adalah isi dan maklumat dalam surat quotation ini jelas dan mudah difahami. Servis ataupun barangan yang nak dijual tersebut mampu difahami oleh pihak pembeli ataupun pihak yang meminta quotation.

Fungsi Utama Quotation

Jika pelangan berminat tentang sesuatu produk ataupun servis, mereka akan bertanya berkenaan dengan quotation bagi mendapatkan gambaran secara jelas harga yang ditawarkan. Biasanya dalam quotation akan dinyatakan sekali harga quotation, unit dan jumlah harga keseluruhan. 

Ianya boleh terjadi untuk Business To Business (B2B) ataupun segmen pelanggan Business To Cutomer (B2C). walaupuan dalam banyak keadaan adalah untuk segmen perniagaan, boleh jadi juga untuk segmen pelanggan B2C. Terutama sekali untuk perniagaan tersebut nak buat pembelian dalam satu kuantiti yang agak banyak. 

Boleh jadi juga pelanggan akan membandingkan beberapa quotation untuk mendapatkan harga terbaik untuk perniagaan mereka. Dari situ, pelanggan akan memilih servis ataupun produk mana yang murah dan berpatutan sebelum membuat keputusan. Jika berlaku perang harga, pastikan servis yang anda tawarkan ini mempunyai keunikan yang tersendiri. Pun tak lari kalau anda nak cuba aspek marketing bagi meningkatkan jumlah pelanggan anda. Aspek marketing akan kami terangkan secara detail di penghujung artikel.

Elemen Yang Perlu Ada Dalam Quotation

Berikut adalah antara item yang perlu ada dalam sesebuah quotation. 

  • Nama syarikat pembekal
  • Alamat syarikat pembekal
  • Tarikh quotation
  • No quotation
  • Logo ataupun letter head syarikat kalau ada
  • Bilangan item yang dibeli
  • Harga pembelian dalam quotation
  • Jumlah nilai quotation 

Taklah wajib ada semua item, dan setiap perniagaan itu biasanya mempunyai keperluan yang tersendiri. Boleh juga untuk tambah beberapa item ataupun kurangkan beberapa item dalam quotation.

Cara Buat Quotation Online

Banyak urusan sekarang ini anda boleh buat secara online sahaja. Asalkan ada akses internet, semua anda boleh lakukan dengan mudah. Sebagai contoh, pekerjaan saya banyak memerlukan saya untuk edit PDF dan juga untuk combine PDF, untuk itu saya gunakan servis dalam platform online untuk lebih mudah.

Anda tak perlu nak beli software untuk quotation dan lebih mudah untuk gunakan applikasi yang disediakan secara online lebih mudah. Untuk contoh quotation yang simple dan efektif, boleh gunakan link di bawah ini.

https://www.refrens.com/en-my/free-online-quotation-generator#refrens-page-form

Memang mudah dan simple.

Tips Marketing Untuk Perniagaan

Dah alang-alang anda nak contoh quotation ni mesti anda dah ada perniagaan sendiri. Nak tak kalau saya tunjuk strategi untuk tingkatkan jualan dan dapatkan leads untuk perniagaan anda dengan menggunakan strategi Whatsapp dan Facebook.

Whatsapp dan Facebook mempunyai banyak kegunaan dan salah satunya adalah untuk perniagaan dan dapatkan lebih ramai pelanggan.

Whatsapp tidak hanya untuk berhubung, itu mungkin dahulu. Sekarang ini anda boleh gunakan whatsapp untuk dapatkan leads perniagaan anda. Macam mana tu? Boleh gunakan strategi waboost. Info lanjut, boleh baca dalam artikel di SINI. Kami ada terangkan secara panjang lebar beserta dengan video tutorial bagi memudahkan anda untuk mendapatkan konsep Whatsapp blasting ini. Mudah dan memang menarik.

Facebook pun tak kurang penting kerana anda boleh gunakan Facebook untuk dapatkan lebih ramai pelanggan di daerah sekitar anda. Ianya sesuai jika perniagaan yang anda tawarkan adalah perniagaan ataupun servis bersifar setempat. Sebagai contoh anda jual makanan di Shah Alam ke, ataupun anda jual rumah di Bangi ke, ianya sangat efektif. Strategi yang agak panjang lebar itu saya ada terangkan secara detail dalam artikel di SINI. Juga beserta dengan video tutorial bagi membantu anda.

Cepat-Cepat Buat Quotation Sekarang

Cepat-cepat untuk anda buat quotation sekarang juga. Tak susah pun nak buat sebut harga ini dan semua anda boleh lakukan secara online sahaja sekarang ini.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *