Berapa Modal Buka Francais Family Mart Malaysia 2024

Berapa modal yang diperlukan untuk buka Francais Family Mart di Malaysia ini? Ataupun kalau anda ada modal serendah RM1000 pun, anda sudah boleh untuk menjadi sebahagian daripada “pemilik” rangkaian Family Mart ini. Macam mana caranya, kami akan terangkan dalam artikel pada kali ini. Baca sampai habis ye.

Sekarang ini sudah banyak cawangan kedai Family Mart di Malaysia. Sudah pasti cawangan ini berada hampir di seluruh bandar besar di Malaysia dan daerah popular di Malaysia. Produk yang ditawarkan juga sangat unik dan berbeza dengan kedai serbaneka lain di Malaysia di mana anda boleh dapatkan menu menarik seperti Oden, Sushi dan banyak lagi cawangan Family Mart ini.

Sebab itu Family Mart ini mendapat sambutan di Malaysia dan saya nampak ianya memang boleh terus berkembang mungkin mengatasi pesaing lain di Malaysia. Tak salah kalau anda nak dapatkan info lanjut berkenaan dengan Francais Family Mart ataupun paling tidak, mula membeli saham Family Mart.

francais family mart

Family Mart Dari Jepun

Family Mart merupakan satu rangkaian kedai runcit antarabangsa yang berasal dari Jepun dan mula bertapak di beberapa negara termasuk Malaysia. Produk utamanya adalah pelbagai makanan dari Jepun termasuklah Sushi, Onigiri, Oden, produk Sandwhich dan banyak lagi produk lain yang ada.

Kalau nak rasa pergi ke kedai makanan Jepun, bolehlah pergi ke Family Mart untuk cuba pelbagai jenis makanan yang anda di sana.

Makanan Family Mart Halal Ke?

Bagi menghormati sensativiti masyarakat majmuk di Malaysia terutamanya masyarakat Muslim, Family Mart memastikan pelbagai jenis makanan yang dijual adalah bukan daripada bahan yang meragukan. Bagi produk yang diimport dari negara seperti Jepun, Taiwan dan juga Korea, ramuan produk akan diperiksa bagi memastikan tiada keraguan ataupun bahan yang tidak boleh dimakan oleh orang islam di gunakan dalam masakan ataupun produk tersebut. Bahan tersebut adalah produk tenusu, dagind dan juga babi dalam pelbagai makanan.

Pemilik Family Mart di Malaysia

Di Malaysia, Rangkaian Family Mart di miliki oleh QL Resources dan juga Maxincome Resources Sdn Bhd.Mereka mempunyai perjanjian sehingaa 20 tahun dengan pihak Family Mart untuk menguruskan rangakaian perniagaan mereka di Malaysia. Kalau anda nak tahu juga, syarikat QL Resources ini juga tersenarai dalam Bursa Malaysia dan anda boleh membeli saham mereka di sana. Topik berkenaan dengan pembelian saham ini akan kami ulas lebih detail nanti. 

Menarik kan, macam mana syarikat yang berasal dari Jepun ini mula bertapak dan meluaskan pengaruh syarikat ke banyak negara di dunia ini. 

Cawangan pertama dan detik sejarah Family Mart di Malaysia adalah di buka pada 11 November di Wisma Lim Foo Yong di Bukit Bintang. Antara makanan popular pada waktu itu adalah soft service ice cream dan Oden panas-panas. Memang best dan harga pun murah sahaja.

Anda Boleh Beli Saham Family Mart

Disebabkan oleh QL Resources ini tersenarai dalam Bursa Malaysia, anda boleh membeli saham mereka di sana. Selain daripada menjadi francais mereka, anda boleh memiliki saham QL Resource ini di Bursa saham akan tetapi, pastikan anda mahir dahulu dengan selok belok pembelian saham di Malaysia.

Kalau anda yakin yang rangkaian Family Mart ini akan terus berkembang di Malaysia, bolehlah cuba buat analisa laporan kewangan mereka, jenis perniagaan mereka dan lain-lain lagi. Antara aktiviti perniagaan QL Resources selain daripada rangkaian Family Mart adalah;

  • Aktiviti minyak sawit termasuklah ladang Biojisim
  • Produk  berasaskan ikan 
  • Ladang Ternakan Bersepadu, termasuk ladang ternakan, perdagangan makanan dan jenama pengguna

Teknikal Analisis Saham QL Resource (Family Mart)

Selain daripada analisa secara fundemantal iaitu perniagaan syarikat, anda pun tak salah untuk mengkaji secara fundemantal syarikat untuk tahu masa yang sesuai untuk membuat pembelian dan jualan saham. 

Teknikal analisis adalah analisa berdasarkan kepada graf dan keadaan sesuatu kaunter. Biasanya menggunakan Candlestick ataupun menggunakan anlisa charting lain yang sesuai. Ada banyak cara dan strategi dalam teknikal analisis, apapun, kami tak bercadang nak cerita detail berkenaan dengan topik ini dalam artikel ini. Adalah lebih baik tuan puan cuba mendalami teknikal analisis ini.

Anda perlu ada asas teknikal analisis seperti “support” dan “resistant” bagi membolehkan anda untuk membuat kajian mendalam. Ada banyak sumber untuk membuat kajian secara tekninal ini dan tools yang kami paling rekemen adalah Tradingview di SINI. Daftar FREE je dan anda boleh dapatkan 30 hari trial.

ql resource chart

Selain daripada QL Resource ini, anda puin boleh membuat analisa kaunter saham lain di Malaysia ini. Dengan analisis yang betul, anda boleh lihat banyak kaunter ataupun syarikat yang berkualiti pada harga yang rendah. Untuk tahu lebih lanjut berkenaan dengan cara untuk beli saham pada harga murah dan cara untuk profit saham, saya rekemen anda dapatkan info lanjut 

Sebelum anda mula nak melabur saham dan beli saham QL Resource untuk menjadi sebahagian daripada pemilik saham Family Mart, adalah lebih baik untuk anda buka akaun CDS dahulu. Kala yang belum ada, anda boleh buka akaun CDS saham ini dengan mana-mana broker di Malaysia. Info lanjut berkenaan dengan cara untuk buka akaun CDS ini ada dalam artikel di SINI.

Siapa Pemegang Saham QL Resources Ini

Berikut adalah antara beberapa pemegang saham utama pemilik syarikat FM ini. 

  • CBG Holdings Sdn. Bhd.
  • Farsathy Holdings Sdn. Bhd
  • Employees Provident Fund Board
  • Public Mutual Berhad
  • Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)
  • The Vanguard Group, Inc.

Banyak syarikat besar yang ada di sini dan jika anda biasa dengan pasaran saham, anda pasti akan kenal beberapa syarikat ini.

Sekali lagi, kalau nak dapatkan info dan strategi melabur dalam saham, boleh tengok perkongsian di bawah ini.

Anda Dah Tahu Latar Belakang Family Mart, Boleh ke Buka Francais?

Anda boleh baca screenshot di bawah ini. 

Buat masa ini, francais Family Mart belum lagi dibuka kepada umum. Dan antara cara mudah untuk anda menjadi sebahagian daripada pemilik saham Family Mart adalah dengan membeli saham QL Resources. 

Mungkin anda akan sedikit kecewa, akan tetapi, ada beberapa syarikat lain yang anda boleh berdaftar sebagai francais mereka. Info lanjut boleh baca dalam artikel di SINI.Ataupun anda boleh dapatkan info lebih lanjut dari Malaysian Francais Association (MFA). Di sana ada banyak francasi yang menarik yang anda boleh dapatkan info lanjut untuk menjalankan perniagaan dengan mereka.

Sampai di sini sahaja artikel pada kali ini. Harap persoalan anda terjawab berkenaan dengan berapa modal yang diperlukan dan info berkenaan dengan Francais Family Mart di Malaysia. Sekali lagi, buat masa ini, belum ada lagi info berkenaan dengan Francais Family Mart dan cara terbaik adalah dengan membuat pembelian saham QL Resources

Related Posts

12 thoughts on “Berapa Modal Buka Francais Family Mart Malaysia 2024

  1. Memang jika dapat buka Family Mart di lokasi yang sesuai, akan untung kan. Sayangnya belum dibuka untuk umum ye.

  2. Family Mart antara pasaraya serbaneka yang saya suka sebab ada banyak produk makanan y menarik dan sedap. Tapi di kawasan rumah masih tiada cawangan family mart. 🙂

  3. Bagusnya perkongsian ini, Sis baru tau asalnya FM ni.. mana tau satu hari ada modal dan di beri peluang kan, boleh juga mencubanya…

    1. boleh tak ada masalah, kalau berminat boleh cuba beli saham dulu.

  4. Nak jadi salah seorang pemilik saham Family Mart lah hehehehe boleh kaya raya.. nak buka branch masih tak mampu lagi hehehehe..

  5. My family has been a big fan of Family mart. Would love to invest in this company as well either directly or indirectly. Thanks for sharing.

  6. your articles are always so comprehensive and informative. i now know everything about family mart and im grateful for this article 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *