5 Cara Jual Beli Saham Terkini 2023

Ramai yang mencari cara untuk jual dan beli saham online di Bursa Malaysia BSKL. Jadi, pada kali ini saya nak tunjukkan cara untuk memudahkan anda menjual dan membeli saham BSKL dengan betul. Pada akhir artikel ini, saya juga akan berikan tips dan panduan untuk anda berjaya dalam pelaburan saham yang anda ingin ceburi.

Saham merupakan salah satu pelaburan yang memang evergreen dan menjanjikan pulangan yang tinggi. Tetapi dengan syarat, perlu mempunyai teknik yang betul. Ada teknik yang betul, insyaAllah boleh konsisten profit dengan saham. Selain daripada tips dan cara jual dan beli, dalam artikel kali ini, kami juga nak berikan beberapa info kepada anda sebagai tips dan panduan terutama untuk pelaburan saham di Malaysia.

jual beli saham

Perkara Asas dalam cara jual beli saham BSKL

Perkara yang paling asas dalam jual dan beli saham online adalah anda perlu mempunyai akaun pelaburan saham. Memang penting untuk anda mempunyai akaun pelaburan saham ini kerana segala urusan jual dan beli saham perlulah melalui akaun tersebut. Jadi, macam mana nak buka akaun pelaburan saham?

Anda perlu ke mana-mana cawangan investment bank yang ada di Malaysia. RHB Invest, AmInvest, CIMB I trade, Maybank investment dan lain-lain lagi cawangan yang anda boleh pergi. Ada banyak platform pelaburan saham di Malaysia ini.

Mulakan Pelaburan Saham Anda

Ianya mengambil masa lebih kurang seminggu untuk akaun CDS anda aktif. Selepas akaun CDS anda aktif, anda boleh terus lakukan transaksi jual dan beli saham di platform yang anda miliki.

Setiap platform mempunyai carta pelaburan milik mereka yang anda boleh gunakan dalam strategi pelaburan anda. Jual beli saham berlaku melalui akaun tersebut.

**Nasihat saya, saya sengaja tidak mahu berikan info terlalu detail di sini. Buka akaun CDS di mana-mana cawangan investment bank. Kemudian anda boleh cuba beli saham yang anda minati. Macam mana nak beli saham tersbut?

Langkah-langkah jual beli saham online

#1 Pastikan yang anda sudah mempunyai akaun dan sudah memasukkan duit ke dalam akaun tersebut. Sebagai contoh, amaun saham yang anda masukkan adalah RM3000.

#2 Pilih saham yang anda minat, saya ambil contoh, jika anda pengguna telifon OneXOX, boleh dapatkan saham OneXOX pada harga Rm0.1 Dah pilih saham yang anda minat?

#3 1 lot saham = 100 unit. Jika anda ingin membeli 1 lot saham Xox, anda perlu membayar RM0.1 x 100 = Rm10.

#4 Disebabkan modal anda di dalam akaun dalah RM3000, makan anda boleh membeli 300 lot saham XOX.

#5 Jika saham XOX naik Rm0.2 seminggu selepas itu, tahniah anda telah mendapat keuntungan 100% profit. Kalau saham XOX turun RM0.05, maka secara rasminya anda rugi 50%.

Sebagai cara yang lebih mudah faham, anda boleh tengok seperti di bawah ini. Kalau nak akses platform seperti dalam video, boleh PM kami untuk info lanjut.

Belajar tips dan teknik pelaburan saham untuk memudahkan jual beli saham

Saya ada kongsikan beberapa artikel berkenaan dengan strategi pelaburan mengikut arah indeks. Boleh baca di sini.

main saham indeks

Apapun, untuk tips lebih mudah untuk mendapat untung dalam pelaburan saham, saya cadangkan anda dapatkan buka dulu akaun untuk mula melabur saham. Dari situ anda akan nampak ada banyak tips dan perkongsian yang bakal kami cuba berikan kepada anda. Ada bermacam strategi yang anda boleh gunakan khusus untuk mula melabur dalam saham. Daripada strategi macam mana cara nak buat profit dalam IPO kepada strategi tips untuk dapatkan kaunter-kaunter berkaualiti dalam Bursa.

Jual dan beli saham ni memang tak susah, senang je sebenarnya. Apa yang jauh lebih penting daripada itu adalah, tips untuk sukses dan konsisten profit dalam pelaburan anda. Macam mana tu? dengn strategi dan teknik yang betul dalam pelaburan saham.

Bonus Tambahan

Sebagai bonus tambahan, saya nak berikan kepada anda tips untuk dapatkan candlestick reversal signal. Ianya ada dalam video di atas ini untuk anda dapatkan info lanjut berkenaan dengan reversal signal. Video di atas adalah khusus untuk membantu anda melabur dalam saham. Tips ini ternyata memudahkan anda untuk mengetahui reversal signal daripada candlestick. Ianya adalah satu senjata yang mantap yang dapat membantu anda untuk berjaya dalam pelaburan saham anda.

Apapun, semoga berjaya dalam pelaburan saham anda. Terus mulakan langkah untuk melabur, jangan tunggu sampai esok. Kalau yang masih tiada akaun tu, cepat-cepat buat satu akaun pelaburan saham hari ini juga.

One thought on “5 Cara Jual Beli Saham Terkini 2023

  1. Assalamu alaikom saya nak buka akaun CDS tapi tak tahu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *