8 App Buat Duit Online – 2024

Ada ke app buat duit sebenarnya ni? Pada kali ini, kami nak berikan anda sedikit tips dan review berkenaan dengan app buat duit yang anda boleh explore dan gunakan terutama untuk tambah pendapatan secara sampingan ataupun untuk dijadikan sumber pendapatan utama. Tak susah pun sebenarnya nak tambah pendaptan ini, asalkan dengan tips dan strategi yang betul, insyaAllh memang boleh tambah income.

Kebanyakan strategi di dalam artikel ini memang boleh tambah pendapatan, apapun anda semestinya tidak boleh buat semua benda dalam satu masa. Pilih yang mana yang paling sesuai dengan jiwa dan minat anda. Mungkin ada yang suka menjual dan membeli, mungkin ada yang jenis suka upload video, pun boleh dapat pendapatan tambahan. Apapun, boleh tengok beberapa idea yang bakal kami kongsikan pada kali ini.

app buat duit

Tiktok Mendominasi

k tahu cara buat duit dengan TikTok? Jom, saya kongsikan beberapa cara yang boleh membantu:

  1. Pasarkan Perniagaan Anda dan Tarik Pelanggan Baru: Jika anda sudah ada perniagaan atau hobi yang menghasilkan pendapatan, kandungan TikTok anda boleh menarik lebih ramai pembeli, pelanggan, atau penonton. Ia juga boleh membantu memandu trafik ke saluran lain seperti laman web, senarai e-mel, atau saluran YouTube anda.
  2. Dapatkan Sponsorship: 70% pengguna TikTok melaporkan bahawa menggunakan e-dagang di platform media sosial ini adalah mudah. Anda boleh mendapatkan sponsor dengan bekerjasama dengan syarikat-syarikat yang ingin memperkenalkan produk mereka kepada penonton anda. Contohnya, syarikat mungkin menghantar produk percuma kepada anda dan meminta anda menyebutkannya dalam video TikTok. Anda juga boleh meminta bayaran tambahan selain daripada produk percuma.
  3. Gunakan Program Kreativiti TikTok: Jika anda mempunyai pengikut yang banyak, pertimbangkan untuk menyertai Program Kreativiti TikTok. Anda boleh mendapatkan ganjaran melalui program ini.
  4. Berikan Hadiah: Semasa siaran langsung ataupun semasa sesi live, penonton boleh memberikan hadiah maya kepada anda. Ini boleh menjadi sumber pendapatan tambahan.
  5. Jual Produk dengan TikTok Shop: Jika anda mempunyai produk sendiri, gunakan TikTok Shop untuk menjualnya. Anda pun boleh manfaatkan ciri ini dengan menjadi affiliate tiktok. Detail ada di link bawah.
  6. Monetize dengan Ciri Siri: Anda boleh menghasilkan siri video dan memonetize melalui ciri ini.
  7. Kumpul Tip dari Penonton: Penonton boleh memberikan tip kepada anda sebagai sokongan.

Ingatlah, setiap orang mempunyai pendekatan yang berbeza, jadi cubalah beberapa cara ini dan lihat mana yang berfungsi untuk anda!

Lebih tips buat duit dengan Tiktok Shop di SINI

App CIMB ITrade Online

Ni app apa? Kalau nak tahu daripada app ini anda memang boleh buat duit. Tak tipu, memang boleh. Daripada app ini, anda boleh akses pasaran saham di Malaysia dan kemudian boleh beli saham-saham yang ada. Kebanyakan saham di Malaysia ini adalah patuh syariah dan halal.

Pendaftaran untuk akses app ini pun tidaklah susah, semua application boleh dilakukan secara online sahaja. Bukan sahaja saham, malah anda pun boleh trade saham global, IPO dan lain-lain. Banyak term yang anda tak faham kan? Ini adalah antara asas dalam pasaran saham. 

Dalam blog ini dan juga Youtube Channel pun kami ada buat sharing berkenaan dengan banyak topik yang berkaitan dengan pelaburan saham di Malaysia. Apapun anda boleh tengok beberapa informasi berkaitan dengan pelaburan saham dan CGS CIMB Online dalam artikel di bawah ini.

App Shopee

Daripada Shopee ini pun anda boleh tambah income dan buat duit. Ya, Shopee bukan setakat berbelanja sahaja, anda boleh manfaatkan untuk tambah pendapatan anda. Macam mana caranya. Carany mudah sahaja, dengan menjadi seorang penjual di Shopee. Rami yang dah sukses, anda bila lagi?

Akan timbul pula beberapa persoalan berkaitan dengan Shopee ini, antara persoalan yang bakal timbul adalah, saya tak pernah tahu, macam mana nak jadi seller di Shopee ni. Kalau barang di Shopee ni, apa yang patut saya jual? Shopee ni banyak persaingan, boleh ke survive?

Memang banyak persoalan yang akan bermain di minda. Nasihat saya, anda mula je terus, untuk info,nak jul barang di Shopee ni tak susah pun, anda boleh gunakan akaun yang sama anda shopping di Shopee dan mula la menjual di situ. Cuba listkn 1 produk yang anda nak jual kemudian tambah produk dan tambah ilmu dari situ. Ada banyak sumber untuk anda belajar nak jadi penjual di Shopee, boleh tengok beberapa info dalam artikel di bawah ini;

App Lazada

Lazada ni sama sahaja macam Shopee. Kalau dahulu nak menjadi penjual di Lazada ini tidaklah mudah, kena ada company, kena daftar syarikat. Tapi kini ianya menjadi jauh lebih mudah. Mudah memang mudah. Kalau anda nak jadi seller di Shopee, apa salahnya buka satu lagi kedai di Lazada. Tak salah dan sekarang pun Lazada ada banyak promosi menarik khusus untuk pembeli dan penjual.

Kalau nak jadi penjual di Lazada ni, macam mana nak mula? Kalau nak mula, anda boleh mula di tips jadi seller di Lazada SINI. Terus mula dan jangan toleh belakang dah.

App Youtube

Sebenarnya anda pun boleh buat duit dan Youtube merupakan antara app buat duit yang bagus untuk anda bermula. Apa yang anda perlu lakukan adalah untuk cuba upload content dalam bentuk video yang berkualiti dan mungkin viral dan kena dengan apa yang penonton mahukan. Content tersebut tidak semestinya perlu terlalu panjang, asalkan ada yang menonton pun dah cukup baik.

Pendapatan sama ada melalui iklan di Youtube ataupun melalui produk ataupun ebook sebagai affiliate pun tiada masalah. Yang penting upload secara konsisten dan buat sampai jadi. Macam mana nak bermula boleh tengok contoh youtube channel kami di SINI. Ianya fokus kepada topik berkaitan dengan pelaburan dan kewangan.

Untuk bermula membuat content di Youtube, boleh baca beberapa artikel kami di bawah ini;

Luno App

Luno ni app khusus untuk pelaburan. Ianya tak lari jauh sangat dengan app #1 yang kami nyatakan di atas. Cumanya, yang #1 ini berkaitan dengan saham di Malaysia dan Luno app ini adalah app khusus untuk anda membeli matawang krypto. Apa tu? Pernah dengar Bitcoin? App ini membolehkan anda untuk menjual dan membeli Bitcoin dan untuk info, bukan setakat Bitcoin sahaja, ada lagi 4 coin lain yang anda boleh beli.

Macam mana nak mula membeli? Anda kenalah memahmi apa itu teknikal analisis sebelum membuat apa-apa pembelian. Ianya mempunyai risiko untuk rugi juga. Apapun, sama juga dalam apa-apa bidang, penuhi diri dengan ilmu sebelum terjun dalam apa-apa bidang pelaburan sama ada saham, crypthocurrency ataupun lain-lain.

Idea Buat Duit Online Tanpa Modal – Dropship

Dropship adalah satu model perniagaan dan anda boleh gunakan idea app buat duit online yang kami nyatakan di atas sebagai platform marketing. Youtube, Lazada, Shopee dan lain-lain untuk mula menjual pelbagai produk dropship. Untuk info, model perniagaan Dropship ini tidak memerlukan modal yang terlalu tinggi dan cukup sekadar modal marketing sahaja. Risiko rendah dan sesuai untuk anda yang nak test market.

Test market dulu dengan modal kecil dan kemudian, bila nampak OK dan sesuai, barulah pergi ke modal besar sedikit untuk anda laburkan. Jadi kurang risiko di sini. Untuk konsep ataupun model Dropship ini, saya rekemen anda baca dulu 2 artikel di bawah ini;

Banyak Lagi App Buat Duit Online Lain – Pilih Yang Paling Sesuai

Sebenarnya memang banyak app buat duit lain sama ada android ataupun Apple IOS yang tak dapat kami senaraikan di dalam artikel ini. Anggaplah dalam artikel ini, ianya adalah antara idea yang baik untuk anda bermula dan mula melabur dalam pelbagai pelaburan dan perniagaan yang ada di Malaysia. Pilih yang mana satu yang paling sesuai dengan apa yang anda mahukan. 

Jangan lupa untuk follow Telegram Channel kami di atas untuk mendapatkan lebih banyak info dan tips pelaburan dan banyak lagi tips penting berkaitan dengan pelaburan.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *