5 Cara Dapatkan Semula No Tune Talk Expired

Memang kerap customer berhubung dengan saya tentang cara nak dapatkan semula no tune talk expired. Boleh kata hampir setiap minggu ada sahaja yang akan whatsapp bertanyakan tentang cara nak dapatkan semula no yang dah expired tersebut. Bukan setakat Tune Talk sahaja, yang selain Tune Talk pun ada ramai yang bertanya.

Apapun, sebagai seorang dealer Tune Talk, saya terpanggil untuk berikan kepada anda strategi dan cara nak recover semula no Tune Talk yang dah expired dengan beberapa langakh mudah. 

Cuma nak beritahu siap-siap yang saya taklah janji bulan dan bintang. Ada nombor yang masih boleh recover lagi dan ada yang memang dah tak boleh nak diselamatkan. Jom saya tunjuk satu persatu apa yang anda perlu lakukan.

Tune Talk Expired

Macam Mana Nak Tahu No Dah Expired

Tetiba sahaja dah tak ada line ataupun coverage. Dah tak boleh nak terima langsung coverage. Selain daripada no dah expired, ada juga kemungkinan lain iaitu no disekat. Kalau no expired tu biasanya sebab terlalu lama tak buat apa-apa tambah nilai ataupun langsung tak langgan apa-apa data plan.

Sama ada Tune Talk ataupun Halo Telco, anda masih lagi boleh recover no kesayangan anda. Kadangkala dah jadikan no tersebut sebagai TAC untuk bank ataupun bermacam keguanaan lagi kan. Bila dah expired tu boleh kata gelap dunia sekejap. Memang kena cepat-cepat recover. 

Cuma nak beritahu siap-siap yang, kalau no yang expired tu sudah lebih daripada setahun ataupun lebih dari 2 bulan, memang langsung tak boleh nak selamatkan lagi. Cuma, kalau baru sahaja expired tak sampai pun sebulan ataupun baru beberapa minggu, anda masih boleh dan cuba selamatkan lagi no tersebut. Macam mana nak selamatkan, boleh klik je butang di bawah untuk kami periksa sama ada masih boleh diselamatkan lagi ataupun sebaliknya.

Ataupun whatsapp ke 010-843 5381 untuk dapatkan info berkenaan dengan pemeriksaan no sama ada masih boleh recover ataupun sebaliknya. 

Kami akan cuba membalas whatsapp anda secepat mungkin. 

Video Saya Banyak Membantu Dapatkan Semula No Tune Talk

Memang kebanyakan yang pm saya katanya dapat no saya daripada youtube. Memang ramai yang telah kami bantu dapatkan ataupun recover no Tune Talk expired milik mereka. Boleh tengok video tersebut di bawah ini.

Apabila dapat sahaja pm dan saya mintak detail, pihak kami akan terus check dengan tune talk customer servis. Ini untuk periksa sama ada no tersebut masih lagi boleh dapat semula ataupun sebaliknya.

Kalau boleh dapat semula, biasanya ini adalah nasihat daripada pihak customer servis Tune Talk.

  • Mereka akan advise untuk lakukan proses ini secepat mungkin. Biasanya dalam 24jam sehingga ke 48 jam.
  • Anda kena beli 1 simkad baru Tune Talk. Nak beli di mana? Boleh terus beli di kedai Shopee kami di LINK SINI.
  • Tunggu sehingga simkad sampai dan apabila simkad sampai buat satu pendaftaran atas simkad tersebut untuk apa-apa nombor, ataupun random no. Pastikan daftar menggunakan IC yang sama dengan no yang expired tersebut.
  • Topup Rm50 pada nombor tersebut. Proses ini adalah sangat penting untuk anda recover no yang dah expired.
  • Jika anda membeli simkad dengan pihak kami, boleh terus pm kami semula di Whatsapp bagi mendapatkan semula ataupun memulakan proses recovery tersebut. Ianya boleh dilakukan dengan cepat dan pantas. 
  • Jangan lupa selepas recover no tersebut, cepat-cepat langgan data untuk elak daripada kejadian yang sama berulang.
  • Segala point ataupun reward daripada no yang lama sudah tiada jika anda lakukan proses ini. Apalah sangat no yang dah expired ni, yang penting no ni boleh guna semula kan.

Sekali lagi, untuk dapatkan semula ataupun nak recover semula no yang dah expired, klik je butang di atas dan whatsapp kami. Kami akan cuba membalas secepat mungkin.

Nombor Tune Talk mempunyai tempoh sah kredit selama 45 hari. Jika anda tidak melakukan topup ataupun tambah nilai semasa tempoh tersebut, nombor kamu akan tamat tempoh dan boleh expired. Sebab tu penting untuk langgan data dan guanakan Tune Talk secara aktif.

Berbaloi Ke Setia Dengan Tune Talk Selepas No Expired Ni?

Ada yang terfikir nak tukar ke telco lain selepas dapatkan no yang expired. Pada saya nanti dulu sebab sekarang ini pakej Tune Talk kalau anda gunakan secara peribadi dan keguaan personal, berbaloi juga sebenarnya. 

Dari segi data plan, anda boleh tengok data terbaru daripada Tune Talk epik di SINI. Saya tak nak cerita di sini sebab nanti panjang pula cerita ini. Nak tahu pelan apa, klik je link di atas.

Dari segi coverage pula, Tune Talk pakai ataupun tumpang celcomdigi. Kira coverage agak besar dan berbaloi la kan. 

Nak jadi dealer Tune Talk pun tak susah dan tak ada apa-apa syarat yang terlalu ketat. Boleh pm saya kalau nak jadi dealer Tune Talk. Ataupun boleh join group whatsapp ni kalau anda nak jadi seorang dealer Tune Talk. Anda boleh dapatkan simkad Tune Talk pada harga berbaloi dan lebih penting, dapat income pasif yang konsisten setiap bulan.

Apapun, artikel ini berkenaan dengan cara dapatkan semula no tune talk expired. Boleh ikut step by step yang saya nyatakan seperti dalam artikel ini.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *